Saturday, July 21, 2012

me, you & Ramadhan.

Assalamualaikum w.b. t :)
May Peace be upon you :)
Salam ramadhan al-mubarak!

1 Ramadhan.

First time sambut Ramadhan di bumi Kiwi. Semoga Ramadhan kita di isi dgn perkara-perkara bermanfaat dan ramadhan kali ini disambut dgn lebih bermakna walau dimana jua kita berada. Jom sama-sama perbaharui niat puasa kita hanya kerana Allah bukan sebab-sebab lain. InsyaAllah


*dalam dakapan ukhuwwah kita mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di Bumi..


Dalam bulan yg mulia ni jom kita sama-sama berdoa. Doa apa? Doalah apa2 saja sebab pada bulan ni, doa-doa muslim yg berpuasa dgn penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah, InsyaAllah akan dimakbulkan :) xnak ka doa kita dimakbulkan? heeee :D dah tu apa tggu lagi??? jom! top up amal ibadah, recharge iman, upgrade takwa and cuba delete and uninstall semua dosa dan jahiliyyah-jahiliyyah kita. pastu kalau ada duit lebih, jom beli anti-virus "sedekah" utk better protection and investment. hee :D InsyaAllah. Semoga setiap usaha kita diredhai Allah dan bulan ini membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Ramadhan kareeeem!

credit: hijabiz

"Demi masa! Sungguh, manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
[103:1-3]


*Mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak sahaja,
 menjadi kepompong dan menyendiri,
 berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam,
 bertafakkur bersama iman yang menerangi hati,
 hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari,
 melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia.

Semoga suatu hari nanti kita bertemu dlm jalan yg diredhai
Di mana tujuan kita hanya pada yang satu, Allah s.w.t.
Percaya pada janji. Tiada yg lebih menepati janjinya melainkan Dia.
tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati,
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Jom perbaiki diri, kejar cintaNya. kejar redha illahi!

kerana..

*"Sungguh disyurga, menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta keranaNya" Semoga Allah memberikan segala yang terbaik untuk kita didunia dan dihari akhirat. InsyaAllah.
Allahuma Ameen :)

*petikan dari buku Dalam Dakapan Ukhuwwah karya Salim A. Fillah

Nurafeefa Bungsu

Tuesday, July 17, 2012

random~

Assalamualaikum wbt :)
May peace be upon you! :)

yeayyy! esok nak p ski trip and baru half way done packing. erm suddenly rasa nak blog. dah lama rindu nak blog tapi bila nak start type mesti ada sesuatu yg menghalang. urm, distractions :/ but atlast, diizinkan Allah, ak dapat meneruskan penulisan. Ak bukanlah penulis hebat, ak bukan siapa-siapa, ak hanyalah diriku. jari2 yg menari-nari di lantai keyboard hanyalah utk kepuasan diri semata dan menyentuh hati-hati manusia yg membacanya. mungkin bg mereka penulisan ak biasa2 saja. tapi aku percaya penulisan yg lahir dari hati pasti akan menyentuh hati :)

menjadi diriku.
minggu yg lalu banyak mengajar ak erti kehidupan. masalah yg dirasakan rumit dan sukar utk diselesaikan, Alhamdulillah dapat diselesaikan dengan izinNya. Kekuatan yg datang dengan izin Allah. Lega. tiada lagi perkara-perkara yg merunsingkan minda. kadangkala solusi terbaik hanya boleh didapati apabila kita berterus terang dan bersedia utk menerima kelebihan, kekurangan diri dan sedia maaf-memaafkan antara satu sama lain :) hidup ini indah. lebih indah lagi apabila kita bersama-sama dgn org yg dapat memahami kita, terima kita seadanya. disaat kita menjadi diri sendiri, berusaha menyesuaikan diri dgn keadaan, hidup akan menjadi lebih mudah dan bahagia. tiada lagi kepura-puraan, hipokrit dan individualistik.

..masuk kandang kambing mengembek..
..masuk kandang harimau mengaum..

janganlah jadi seperti rusa masuk kampung.

berubah.
sepanjang ak berada di Welly, aku dapat merasakan perubahan dan semakin hari aku semakin menyukai tempat ni. tempat dimana kita berada dalam kalangan minoriti. kita dapat melihat dgn jelas apa yg betul dan apa yg salah tggalnya lagi untuk diri kita sendiri memilih. memilih untuk kehadapan atau kebelakang. Ya! suasana disini amat tenang, kadang-kadang ak dapat lihat org bukan islam lebih memahami islam itu sendiri dari org yg mengaku diri dia Islam*tamparmukasendiri*. ya, dulu ak mengaku, ak Islam tapi islam pada nama. IC. tp kini ak lebih faham Islam. islam yang islam dan bukan Islam. nampak perbezaan tu? haa. kalau tak nampak sila bukak buku Bahasa Melayu tingkatan 1 anda kembali. hehe (hint: kata nama)
Mungkin aku bukan lagi aku yg dulu dan mungkin aku bukan org yg baru. ak hanya menjadi diriku. diri yang inginkan perubahan, tertarik dgn kebaikan. fitrah manusia.

..yg seperti kura-kura berjalan mencari-mencari cahaya di hujung jalan..
..dgn harapan menjadi kura-kura pertama yg sampai dgarisan penamat..

untuk berubah haruslah istiqamah dan bukan mudah, buat ikut kemampuan. jujur pada diri. aku mengaku masih banyak yg lopong didada. semakin diuji, semakin lemah diri ini. terlalu lemah pada dugaan, ujian dunia. kalah dgn bisikan syaitan, lupa pada nikmat yg Allah kurniakan. lupa bersyukur..tp Alhamdulillah Allah mengurniakan org2 yg baik disekeliling aku, yg sentiasa mengingatkan aku kepadaNya :) Sahabat yg baik, adalah sahabat yg apabila kita bercakap dgnNya bertambah iman menerima kita seadanya. Jazakallah khair sahabat :)

nikmat.
kadang-kadang apabila dihitung, nikmat yg Allah berikan. hmm tidak ternilai. tp mengapa sukar utk bersyukur?

..dan nikmat tuhanMu yg manakah yg kamu dustakan?..(Ar-Rahman diulang 31 kali)
*tertamparmukalagi*
..dan nikmat tuhanMu yang manakah yg kamu dustakan?...



hmm. renung-renungkanlah..

Nurafeefa Bungsu

Sunday, June 17, 2012

Analogi Pokok

Assalamualaikum wbt :)
May be peace be upon you.


Salam musim peperiksaan! hehe. Dalam pada kita semua sibuk mengkaji dan mentelaah buku-buku ilmiah, jom take 5 and baca analogi pokok :) hee. tak panjang pun just nak share apa yg dpt masa tazkirah maghrib td  :)


Surah Ibrahim ayat 23-27 (:
Bismillahirahmanirahim.


Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal salih, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.
   

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.


Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapatkan pelajaran).


Dan bandingkan kalimah yang jahat-buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah terbongkas akar-akarnya dari muka bumi tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.


Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.


Sadaqallah hul azim.


hmm. nampak tak Allah ada bagi kat kita analogi pokok? mcm mana pokok boleh dijadikan pengajaran kepada manusia. kita sebagai manusia selalu saja melihat pokok dari sudut saintifik dan sering kali alpa dan gagal utk melihat dgn mata hati. klise~ pokok bekalkan oksigen, bagi buah kepada manusia~ sumber pendapatan pekebun, perlindungan masa hari hujan, tempat burung2 bersarang dan blablabla. tapi dalam surah Ibrahim Allah memberikan analogi berbeza tentang pokok; perumpamaan pokok dgn kalimah yg baik. hmm.
baca dan hayati makna surah tersebut dgn mata hati, :)


p/s: Pokok dan semua benda kat dunia ni tunduk dan patuh mengikut perintah Allah(sunnatullah), kita macam mana ya? Jom sama2 muhasabah diri dan berusaha menjadi pohon-pohon yg berakar kuat(iman) yang sentiasa mengeluarkan buah-buah(bermanfaat) dgn izin Allah s.wt. InsyaAllah.


uh nuu.. exam lagi 3 hari. doakan agar semua urusan kita dipermudahkan Allah :)


“Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).


"Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima."


"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rezeki berupa ilmu yang bermanfaat bagiku. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."


Amin Ya Rabbal A'alamin.


Semoga bermanfaat :)


Nurafeefa Bungsu