Tuesday, December 27, 2011

[9:40]



♥ Surat at Tawbah 9:40 ♥

                  Never despair or give up hope because you never know what Allah has planned for you.

“Things aren’t always as they seem. Umm Musa was told to throw her son in the river, 

Yusuf was left for dead in a well, Maryam delivered a child alone, 

Ayesha was accused of a terrible sin, 

Yunus was swallowed by a whale, 

Ibrahim was thrown in the fire, 

Muhammad lost the love of his life Khadija, 

and Umm Salamah thought no one could be better than Abu Salamah.(Peace be upon them).

 Yet look at how it turned out for them in the end… So don’t worry, Allah has a plan for you.”

Hoping for the best :)

credit: Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Thursday, December 22, 2011

hmm.

Assalamualaikum w.b.t. :)
erm, sebenarnya banyak jaa post yg dah tulis tp mostly dekat draft tak tau nak publish ke tak. hmm. ntahlaa.
kusut. next week result dah nak keluar. ak pun haru gak nieyh. mcm2 dalam otak ni haa. what if? what if? what if..semua if if iflah..tp ak sedar perkataan if tu tak boleh kita guna pakai selalu. tak elok. sebab Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita, jadi nak taknak kita kena terima dgn redha kan? Qada' dan Qadar.

but still, nervous kot. boleh tak x nak taw result? hehe

rasanya semua org rasa benda sama. when worst come to worst kita kena sentiasa prepare for the worst thing to happen tp dalam masa yg sama kita hope and pray for the best. InsyaAllah :) supaya nnt kita redha dan bersyukur dgn apa yg telah ditetapkan olehNya.

Note to self: InsyaAllah Feefa, everything will be fine. everyone else will be fine too. Just don't stop believing and don't stop praying. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pemberi Kurnia. Dia takkan lupa memberi walaupun kadang-kadang kita yang leka dan lalai dalam mengingatiNya. :(

Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Be confident, jgn pernah berputus asa. sentiasa bersangka baik kepadaNya. InsyaAllah. Dia akan berikan yang terbaik. Amin.

Love,
Nurafeefa Bungsu.
#dimalamyangkelampabilamatatidakdapatdilelapkan. ^_^

Tuesday, December 20, 2011

red velvet saya punya :)







Love,
Nurafeefa Bungsu.

kesederhanaan itu kesempurnaan.


senyum :) 
tak perlu kata apa-apa.
Aman!

....

And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought.
[30:21]

Monday, December 19, 2011

desire.

salam :)
nak semua ni boleh tak?

1) a white and light green cottage by the seaside. (unrealistic for now)


 2.  green swatch!

 3. watermelon flip flop by Fipper

4. A white Myvi


5. a white Blackberry Torch.

6. red velvet as my wedding cake. hehe!

feefa, dream on! dream on!!
sila berpijak dibumi yang nyata ya. semua ni takkan datang bergolek. kalau nak kena usaha okay.
InsyaAllah satu hari nnt ak akan pastikan ak akan dapat semua ni.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (QS. Ibrahim: 7).
bersyukurlah dgn apa yg ada.

p/s: the future belongs to those who believes in the beauty of their dreams. tak salah untuk bermimpi kan?

Love,
Nurafeefa Bungsu :)

Friday, December 9, 2011

this is your life.

salam :)

just a quick post about life and how we (me and you) should live our life. don't ever ever ever everrr let other's influence you to decide on anything. they have their own life to think about. our life = our choice.
they sure can help in giving opinions and advice but we, should be the one who make the decision and whatever decisions we make, we must bare the benefit and consequences.(that's what my mum always told me) it may be difficult and risky. but what is life if we always make the right choice rite? sometimes false or bad decisions are for us to learn from our mistake.
yes, life is short, live your dream and share you passion. stop thinking about what others think about you.
don't stop believing. start dreaming and believe in your dream and your dream will come true!
(in one condition; start believing in Him first! )
must remember, we are unique. each and everyone of us. we have our own strengths and weaknesses. don't compare and don't judge. at the end, who we are? we are simply just like one of them. never fail to be grateful for what He gave to us. Alhamdulillah.

"If you are grateful, We shall increase (favors) unto you." (Ibrahim: 7).



 step forward and chase your dream. don't hesitate. it does not matter when or how we start but how we actually ends it. InsyaAllah.

credit to Nur Jayizah Md Ismail for all those motivational photos and qoutes on her FB profile. :)

Love,
Nurafeefa Bungsu

Wednesday, December 7, 2011

Alya's masterpiece of Happy Family :)

salam :)
 this is drawn by my niece Alya Hana, 5 yrs old. So creative!

 edited by me :) 
a collage of a beautiful happy family!

Saturday, December 3, 2011

:)

You’ll just never know , so many emotions I choose not to show.


P/S: Saya bukan orang yg pandai show emotion to the person i love, but i do appreciate them because of who they are and who they choose to be. and you'll just never know how important they are to me.


walaudimanakitaberadakitatetapmemandangbulanygsama ^_^

Thursday, December 1, 2011

something to share with everyone :)

salam :)
sekarang musim cutikan? semua mesti jauh from kawan-kawan, tp ada gak yg tak cuti and still ada kat kolej masing-masing preparing for finals, exam, test and quizzes. All the best kawan-kawan :)

and december is here. bulan penentuan for me i guess. result WACE akan keluar hujung bulan ni, so doakan utk yg terbaik. Test ielts pun bulan nie. mcm2lah yg akan berlaku bulan ni.. so, go with the flow. hopefully everything will be fine. InsyaAllah.

erm. musim2 cuti ni mulalah iman turun naik. bila iman tu rasa macam menurun cepat-cepatlah naikkan ya kawan-kawan. erm, tba2 teringat dekat Insyirah rangers. the sweet moments when we're together. harap2 semua org berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. (Nerah, Syafiqah, Sarah, Azwa, Solehah, Ainul)

tadi ak terbaca buku hadith yg Kak Fareha bagi and came across dgn hadith ni..jadi ak decide nak share dgn blogreaders sekalian. harap2 bermanfaat :)


ﻋَ ﻦْ أَﺑِﻲ هُ ﺮَ یْ ﺮَ ةَ رَ ﺿِ ﻰَ اﷲ ﻋَ ﻨْ ﻪُ ﻗَ ﺎ لَ: ﻗَ ﺎ لَ رَ ﺳُ ﻮ لُ اﷲ ﺻَﻠﱠﻰ اﷲ ﻋَ ﻠَ ﻴْ ﻪِ وَﺳَﻠﱠﻢ : (( ﻣِ ﻦْ ﺡُ ﺴْ ﻦِ
إِ ﺳْ ﻼَ مِ ا ﻟ ﻤَ ﺮْ ءِ ﺗَ ﺮْ آُ ﻪُ ﻣَﺎ ﻻَ یَ ﻌْ ﻨِ ﻴْ ﻪِ)) ﺡﺪیﺚ ﺡﺴﻦ رواﻩ اﻟﺘﺮﻣﺬي وﻏﻴﺮﻩ هﻜﺬا   .

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: 
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Pengajaran hadis:
Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara
yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah. Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

InsyaAllah. peringatan untuk diri sendiri dan org lain juga :)
semoga cuti ini iman kita bertambah dan kurang melakukan kerja-kerja tak berfaedah; menyibukkan diri dengan perkara yg bermanfaat.
Kesimpulannya disini, bila hati bermaharaja lela. the best solution is back to basic. revive the Quran and Sunnah. InsyaAllah u will feel better.

Love,
Nurafeefa Bungsu.

Sunday, November 27, 2011

Masterpiece #1


Salam :) 
Okay, sebenarnya tak tau apa yang ada dalam fikiran Fadhilah masa dia start tulis novel ni. But i'll try to continue with my own idea and imagination. 
Rindu Fadhilah. Al-Fatihah.

Go on and read it. Kalau nak komen pun boleh :) Masterpiece with no title yet :D

 Khairina melihat bangunan besar yang tersergam indah dihadapannya.
 'Wow, besarnya! Rasa tak sabar pulak nak mulakan hidup baru kat sini, aku kena banggakan mama dan papa!' Dia tersenyum sambil memikirkan impian dan cita-citanya untuk menjadi seorang akauntan berjaya dan mewarisi firma ayahnya, Encik Asmadi.
Dalam rasa seronok terselit juga perasaan takut, gementar, cuak dan macam-macam lagilah perasaan yang susah nak diungkapkan dengan perkataan.
'Rileks Airin,rileks...ini semua hanya sementara ja. Tak lama lagi okaylah tu" terngiang-ngiang ditelinga Airin suara Ilham yang menenangkannya pagi tadi.
"Airin, mama dan papa tak dapat teman kamu pergi daftar nanti, tapi mama dah mintak tolong Pak Man uruskan semuanya, Airin jangan risau ya hujung minggu nanti kami datang melawat kamu ya sayang" pujuk Puan Sarah
"Airin sayang, dengar cakap papa, kamu belajar rajin-rajin dan papa nak kamu yang warisi firma papa nanti. Kalau nak harapkan kakak kamu tu memang taklah. Dia tu bedah-bedah orang bolehla, abang2 kamu pulak mana minat bisnes, semua attached dengan robot" sambung papa.
 
Khairina tahu dialah harapan keluarganya kerana bukan sahaja dia seorang anak yang pintar, tetapi kerana hanya dia seorang sahaja antara abang-abang dan kakaknya yang mewarisi minat ayah dan mamanya. Wang.

Lamunannya terhenti. Pak Azman memberi isyarat dari dalam bangunan itu menandakan  segala urusan pendaftaran telah selesai dan dia sudah boleh mengeluarkan barang untuk dibawa ke asrama. Pak Man sudah lama berkhidmat dengan keluarganya semenjak mama dan papanya mendirikan rumah tangga lagi. Khairina sudah menganggap Pak Man sebagai salah seorang ahli keluarga rapatnya dan jika mama dan papa sibuk, Pak Manlah tempat dia bermanja dan mengadu.
'Huh? kenapa cepat sangat Pak Man?'
"Hish kamu ni Rin, Pak Man ni haa dah penat uruskan borang-borang kamu, dah naik bengkok tulang empat kerat Pak Man ni haa" Khairina menarik nafasnya lalu tersenyum.
"Yalah Pak Man, sepatutnya Rin sendiri yang uruskan pendaftaran tu, ini tak susahkan Pak Man saja. Rin dah besar, Rin kena belajar uruskan diri Rin sendiri sampai bila Rin nak harapkan Pak Man.."
"Rin, Pak Man tak kisah buat semua ni, Rin pun Pak Man dah anggap macam anak Pak Man sendiri. Pak Man sayangkan Rin, Yaya, Along, Angah dan Achik. Pak Man dah janji dengan arwah nenek dan atuk Rin dulu, selagi kudrat Pak Man masih ada, Pak Man akan berkhidmat untuk keluarga Rin seikhlas yang mungkin"

Khairina mengangguk, air matanya mengalir membasahi pipi gebunya. Berat hati untuk  melangkah keluar dari kereta. Dia sedar tempat baru ini pasti akan mengubahnya menjadi individu lain. Tempat yang akan mengubah Khairina menjadi lebih matang dan dewasa. Dia perlu kuat dan tabah.

“Aku dah ready, You can do it Airin” Khairina memotivasikan diri sendiri.

Dengan langkah berhati-hati dia keluar dari kereta, Khairina melambaikan tangan kepada pemandunya itu lalu menyorong begnya menuju ke arah asrama. Rasa cemburu menyelinap dalam diri Khairina apabila melihat keadaan disekeliling. Selalunya hari pendaftaran pelajar baru pasti pelajar-pelajar akan ditemani ibu dan ayah tapi mama dan papanya terpaksa ke London atas urusan perniagaan. Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana jarak rumah dan kolejnya agak dekat jadi tak perlulah dia membawa banyak barang seperti pelajar-pelajar lain lagipun papa dan mamanya berjanji akan melawat pada setiap hujung minggu.

 Di hujung bangunan berbumbung biru itu, Kharina  melihat sekumpulan pelajar berkumpul  disitu dan tanpa membuang masa Khairina pun menghayunkan kakinya ke sana.
"Oh..list kedudukan bilik..erm..aku duduk bilik mana ni?' Kharina mencelah-celah dalam kelompok pelajar tersebut. Tapi pelik pulak bila semua yang tengah semak senarai tu pelajar lelaki..
"Agaknya aku salah blok kot...adoyai.." Omel Khairina dalam hati.
"Hai cik adik.....cik adik nak cari bilik abangka?" perli salah seorang pelajar lelaki di situ.
"A'ahla abang saya tengah cari bilik abanglah ni..erm..mak saya suruh tanya mana blok perempuan eh?"
"Entahlah dik, abang pun baru masuk kolej ni, tak sempat nak belek peta, malam nanti adik tanya InsyaAllah abang boleh jawabkan...HAHAHAHA" 
"Apa kata adik manis tanya Pak Cik Guard kat depan tu" balas seorang budak lelaki yang berdiri bersebelahan Khairina.

Pipi Khairina sudah kemerah-merahan apabila ditertawakan sebegitu. Haish nak buat macam mana hari pertama dah kena perli. Nasib-nasib.
 
"Oh, kalau macam tu samalah kita, saya pun baru daftar hari ni. Nama saya Aisya Khairina. Terima Kasih banyak-banyak walaupun korang ni tak berapa membantu sangat" balas Khairina lalu beredar dari kesesakan kawasan tersebut. Sebaik sahaja Khairina menoleh kebelakang dia terlanggar sesuatu. Gedebuk!

"Eh, sorry!!! saya tak sengaja.." Buku-buku yang dipegang lelaki itu bertaburan di lantai. 

Khairina berasa serba salah. Alahai.... mamat ni baru first day bawak buku macam dah setahun belajar kat sini. Nerd betul. Bebel Kharina dalam hati sambil membantu lelaki tersebut mengutip buku di lantai. 
"Terima Kasih, tapi maaf awak tak diterima"
"Eh, apasal pulak? Sedangkan Nabi pun ampunkan umat ni kan awak yang entah sapa-sapa ni . Awak ni sapa? Ah, lantaklah malas nak layan, nak maafkan maafkanlah tak nak sudah! saya tak hairan" bentak Khairina yang sudah keletihan lalu menyorong beg ke arah Pak Cik Guard.
"Pak Cik, boleh tak Pak Cik tunjukkan saya arah ke asrama perempuan?'
"Boleh-boleh, tapi apa yang kecoh sangat tadi tu?"
'Entahlah pakcik, gila diorang tu! " Khairina menahan marah . Geram dengan pelajar lelaki tadi.

Pak Cik Guard tersebut pun membantu Khairina ke blok Sutera Mawar tanpa banyak bertanya. Keadaan di situ lebih sesak dari keadaan di blok Merah Saga tadi. Setelah mengetahui lokasi dorm, Khairina terus ke bilik untuk meletakkan barang dan berehat sebelum sesi suai kenal bermula petang nanti. Bilik Khairina berada di tingkat atas sekali berdekatan dengan bilik air.
"Masaklaahh aku nak panjat tangga hari-hari nanti..hmm.. mintak-mintaklah roommate aku tak sampai lagi. Senang sikit nak kemas barang..Bismillahirrahmannirrahim,Ya Allah permudahkanlah urusanku. Dia membuka pintu biliknya..
'Yes!Yes! takda sapa lagi"moodnya kembali tenang.
'Emm..boleh tahan besar bilik ni.3 single bed, 3 almari dan 3 meja blajar..cantik dah..tak payah nak berebut..haha..' Khairina rasa lega setelah melihat kondisi bilik asramanya..lupa sekejap peristiwa menyakitkan hati tadi. 

 Asrama yang baru dibina lebih kurang 2 tahun lepas masih dalam kondisi yang baik dan teratur. Perabot dan kemudahan asas yang disediakan juga memuaskan hati Khairina. Khairina menarik begnya dan diletakkan disebelah katilnya, lalu dia melabuhkan punggung di atas katil yang empuk. Dia memilih katil paling hujung berdekatan balkoni  supaya lebih selesa dan agak tersembunyi kerana dia sukakan privasi. Pemandangan dari balkoni juga amat menenangkan.

 “Mana pegi roommate aku ni?tak sampai lagi ker? Ah, lantak diorang la yang aku fikir kenapa?..baik aku kemas baju sekarang" 

Beg bajunya dipunggah dan segala isi beg disusun dengan kemas di dalam almari. Bantal busuk kesayangannya sejak darjah 5, diletakkan di atas katil dan segala barang makanan disimpan dipantri. Memang sudah tercatit dalam buku panduan, segala barang makanan pelajar perlu disimpan dipantri untuk tujuan keselamatan dan kebersihan oleh pihak kolej. Khairina pun akur dengan peraturan yang telah ditetapkan.  Sebaik melangkah keluar dari bilik, sebuah keluarga yang bercakap dengan loghat Kelantan pekat sampai didepan pintu.
Assalamualaikum...

-end of chapter 1-
28/11/2011 12.15am

Thursday, November 24, 2011

jom berBroga sebentar!

salam :)
hai dear blog readers. this is just a quick post. bukan luahan perasaan atau apa..just nak kongsi experience mendaki bukit Broga. weee~

at first, igtkan xla adventure sangat broga tu sbb bila baca online apa yg diorg stress is kena pakai good pair of shoes yg ada good grip supaya x tergelicir. jadi saya pun dgn senang hati pakailah jeans, t-shirt dan "good pair of shoes". thanks to Filzah sbb pinjamkan kasut sbb kasut saya rasa mcm x cukup grip and sports shoes dah hantar balik penang. so okaylah, i'm ready to climb.. pukul 4.36pagi kami mulakan pendakian.

awal-awal tu okay lagi, cool..tp halfway ak dah mula penat..tarik nafas turun nafas..silap bawak beg selimpang pulak..adoih.. suppose kalau pergi daki atau nak bt benda lasak bawak BEG GALAS ya kawan-kawan. kalau tak anda akan susahkan org lain. thanks to Faris sbb tolong bawak kan beg dan Fateh sbb simpankan botol air. Sorry susahkan korang. Nasib baik jugak ada yg lain-lain yg tolong suluhkan lampu torchlight..sbb ak TAK BAWA torchlight jugak. feefa...feefa.. haish!

dalam lebih kurang 5.05 am kami pun sampai ke puncak ketiga. Alhamdulillah. MasyaAllah, pemandangan yg sangat lawa. subhanallah. kami pun berehat-rehat sambil menikmati udara segar dan merdu bunyi cengkerik mendendangkan melodi dpagi hari. cewahhh! tujuan asal kami ke Broga ialah nak tgk sunrise, tapi ada masalah sikit bila x sure mana barat, timur, selatan dan utara! HAHA. kompas cap apa aku tak tau. heheh.

jadi, kami pun tggu sajalah matahari tu timbul..ada banyak gak insiden menggelikan hati tapi biarlah ia menjadi kenangan mendaki Broga. haha! yeah, and finallyyy..matahari pun mula menunjukkan muka :) cantik sungguh pemandangan dari atas Bukit Broga. Patutla Dr. SMS angkasawan negara tu tangkap gambar wedding dia kat atas bukit nieyhh. sumpah lawa! tak tipu. sapa yg tak pernah pergi better try sbb nak daki tu tak susah sangat and turun dia lagi best!!! slidee babeeehh slideeee! mmg boleh diklasifikasikan sbg sesuatu yg menyeronokkan! bayangkan aku slide turun bukit dgn jeans... mmg terbaiklaaah :D

rasanya masa yg diambil utk turun lagi cepat berbanding masa nk daki. tapi ak bab2 turun bukit ak cuak sikit bukan apa ak fobia sbb pernah jatuh tergolek-golek-guling-guling masa jelajah gua wang burma kat Taman Negeri Perlis dulu HAHA. sbb tu better ak take precaution. biar lambat asal selamat..tapi last2 *gedebuk* jatuh jugak. wkakaka :) tapi apa-apa pun it is a fun experience though.

maybe once in a lifetime sbb tak sure akan sampai Broga lagi atau tak. :( but anyways, few days after Wace sangat best.. special thanks to Hasbi and Nabila sbb bawak aku jalan-jalan KL, Broga and macam-macam lagilah.. salah satu kenangan yg aku takkan lupakan :) mendaki Broga Hills.

Kesimpulannya disini:
1. nak daki bukit kena pakai appropriate attire ( Jangan pakai JEANS ya kawan2 hehe)
2. Bawak beg GALAS. supaya senang nak bawak barang dan tak yah susahkan kawan-kawan anda.
3. xperlu bawak makanan masa daki bukit sbb xkan lapar sbb teruja tgk pemandangan yg lawa ;)
4. Handphone, gadjet2 seumpamanya simpan elok2 supaya tak tercicir
5. pastikan Kompas anda berfungsi.
6. Jangan lupa bawak torchlight sbb pagi2 before subuh gelap!! cahaya bulan x cukup terang nak redah hutan HAHA. Kalau takda torchlight pastikan handphone anda boleh suluh jalan :) ataupun jalan dengan org yg ada torchlight :)

 okies done with my story telling. jom ushar gambar-gambar yg sempat dsnap :) 

beautiful.


can you see the rainbow?









the hikers.

trademark broga- lalang yg lawa :)

till then, nnt update on latest activities yeah :)
photos: credit to Faris and Fateh and some pictures are from my 5230 :) more pictures do visit my FB profile. Pieces of My Life Part 10.
Love,
Nurafeefa Bungsu

Friday, November 18, 2011

here and then.

salam :)
rasa nak blog tu dah mai. hehe. apa cer semua? harap-harap semua berada dalam keadaan sihat sentiasa dan happy-happy selalu. okay banyak nak cerita untuk this post since my WACE exam dah habes. Looking forward   for the one month holiday (holidayka?) haha. we'll see.

first, nak cerita pasal WACE.. hehe. i'm done with my WACE examination and that means i have completed Ausmat. macam tak percaya you ols. hehe. start off with EALD paper, sumpah listening dia sangat lajuu..nasib baiklah boleh tangkap jugak..harap2 bolehla nak score. next paper econs, pelik. perkataan ni sesuai utk menggambarkan soalan econs. dia bukan susah sangat but pelik. i hope i did okay for this paper. InsyaAllah.

lepastu, next paper is on the 8th November, and it is a few days after raya haji. erm cakap pasal haji..makchaq dgn bab bab tengah melaksanakan ibadah haji dekat Makkah skrg, doakan mereka mendapat haji yg mabrur :) okay sambung balik, since raya haji terselit dtengah-tengah paper econs dan maths saya pun x dapat balik to celebrate with family dekat Penang. so sad :( first time raya diperantauan tapi best jugakla sbb bibik gayah, tokyam hantaq makanan lepas tu housemate and kawan-kawan yg rumah dekat-dekat ni macam Ainul and Nik bwak banyak makanan balik SMR. mmg cukuplah makanan tu dr pagi sampai petang.
ada sate, ketupat, rendang, nasi dagang..etc. syukur Alhamdulilllah walaupun x dapat balik raya atleast dapat jugak celebrate. solat raya dekat masjid pyramid jumpa lembu yg nak kena sembelih. HAHA. experience okay. hehe

hmm..dah habeh bab raya-raya nieyh. time for exammmm! cuak kot maths punya exam. Tapi Alhamdulillah boleh jawab sbb soalan dia x susah sangat. dan rasa berbaloi jugak tak balik raya sbb atleast boleh jawab maths :) doakan boleh score tinggi and paper ni tak scale dowm sangat..3 papers down 2 more to go! and the gap is exactly one week. mmg gila la nak dok umah study 24/7 ja kan? next paper is accounts and psycho. so, masa gap tu settlekan dokumen-dokumen yg nak kena lengkapkan (Letter of Good Conduct) kena pergi jumpa pesuruhjaya sumpah semua. hmm. kerja renyah sikit. tapi akhirnya dapat gak settle bt benda tu before balik penang. sbb the only place to get the LOGC tu dekat Wisma Putra, putrajaya! heh.

special thanks to, mr driver a.k.a bapak, Hasbi (and abang dia jugak taktau nama apa sbb pinjamkan kereta) supaya kitaorg dapat settlekan LOGC tu. Masa, pergi Putrajaya tu Mak II pun ada gak. hee. Nabila. and the best thing is that dapat makan dekat kedai nasi kandaq dekat masjid putra tu :D happy. Licin Hazman makan nasi kandaq dia, siap lap ngan tisu lagi pinggan tu. HAHA. okay next time kalau korang p penang kita p makan nasi kandaq ORI punya..lagi bestttt!

okay, dah siap LOGC tu, start study balik utk accounts. Alhamdulillah paper akaun pun boleh buat. susah susah jugak. xla senang sgt sbb time constraint. harap2 x careless sbb ada jugak soalan yg x sempat disiapkan. after accounts tu, mostly budak2 ni semua dah habes paper. merayau lah apa lagi. kecuali bdak psycho and budak CAE. tapi ak x kisah, hidup ni cuma sekali..ak ikut gak geng budak umah depan ni p KLCC sbb diorg nak pergi Petrosains. ak plak x pernah pergi, jadi pergi jelah kan. Exam Psycho bukan esok tapi lusa. maknanya i still have one more day tu pulun. Pergi KLCC with Alia, Azwa, Solehah, Hawa, Fatin, and Syafiqah. diorg seronok, happyla sbb dah habes exam.(aku pun bt-btla macam dah habes sdgkn ada lagi satu paper) aiyahh. hehe. tp ak tak rasa rugi pun pergi sbb best petrosains tu. :)

lepas makan kat Signature KLCC, terus balik sambung study psychology. and damn, kertas mmg susah part essay. tp yg bahagian depan tu semua ak jawab sebaik mungkin. harap-harap okaylah paper tu.. so, for now i'm praying hard that ATAR boleh meet the target. markah internal pun average jaa semua subject so it all depends on the external. doakan saya dapat ATAR and results yg cemerlang eh kawan2. Amin. Kalau ada rezeki boleh fly pergi NZ. nak pergi VUW! nak meet kak Zayana!!! tp x kisahlah U mana2 pun but as long as lepas requirement JPA. InsyaAllah. doa-doakanlah.

yeah. then I'M DONE with examss!!! malam tu pergi dinner. ya, saya pakai simple saja; denim look. malas nak fikir macam-macam. plus i'm not going to wear dress before my wedding reception!! HAHA. maksudnya disini, saya hanya akan pakai dress socalledladylikelook hanya masa kenduri kahwin nnt..untunglah suami sayakan??? bagi dia keistimewaan sikit. hehe. and why i choose denim - because it looks cool. saya suka cool dan simple and senang nak gerak. yg paling penting comfortablekan? yg paling best sama colour pulak tu dgn lecturer EALD saya yg handsome tuuu..awhh*blushing*. blue and white. (HAHAHA! this has nothing to do with anything. muehehe admire dia saja. not more than that. mmg suka cara dia since the first class!) overall, dinner tu best jugak..snap2 picture. wishing everyone farewell and hopefully boleh jumpa lagi semua org nnt. will miss Ausmat muchoo!

like seriously, Ausmat is one of the most toughest phase in my life, but yet college life is one of the best phase in my life too. Despite semua halangan, cabaran, dugaan, kesedihan, perasaan macam-macam, homesick, pengorbanan, banyak benda yg saya belajar. Ausmat telah mengajar saya erti kehidupan sebenar. I developed new skills, better communication skill and atleast dia menyedarkan saya ttg satu benda; setiap org is special and all we need to know that each and everyone of us ada kelemahan dan keistimewaan tersendiri which makes us all special and unique in our own way. so, whatever it is just be yourself and jgn pressure2. be with people who can make you happy :) so glad dapat jumpa kawan-kawan baru yg sgt AWESOME. best experience.

tapi, family pun banyak bagi support. syukur sangat mak dgn papa sangat understanding dan tak push sgt. Sayang mak and papa. they know my limits and potential. kalau kdg2 rasa down atau sedih; family is the best cure. think of them for seconds and tadaaa. you will feel much better. selalu igtkan diri tujuan utama study; niat yg penting. tak lupa jugak kakak, abang, cousins dan semua org yg buat ak relief and less pressured.

for now, taknak fikir lain dah, usaha dah, tinggal doa dan tawakal. hrp i get what i want InsyaAllah. VUW. doakan taw. May Allah Bless.

p/s: some pictures to look at. hee.

 diva-diva!  picture hebat of the year. muehehe.
 raya haji diperantauan.

.
Olaa! denim look.

 nasi kandar hameed with them @ putrajaya

 with Mr Oliver :)
 Awesome housemates!
 Ausmates!
Rainbows of my heart.

End of Chapter.

Friday, November 11, 2011

emo.

saya rasa sedih nak nanges T_T
                                                                                               

Thursday, November 10, 2011

spongebob?

 this is so sweet :)

auwww :)


Friday, November 4, 2011

can i marry my best friend?


people who are meant to be together will always find their way.


 distance is just a space in between.


 i wanna marry my best friend! be my bestfriend first :)


compliment each other. share same interest.


the best things comes to those who wait and i don't mind waiting.
p/s: but not too long please :)


Wednesday, November 2, 2011

desserts.




salam :)
i cannot resist my desire to blog tonight. nervous.
May Allah ease everything. hope my dreams will come true. 
yeah, the pictures gave me some motivation.
i'm trying my very berry best.
 i'm trying and i'm proud that i am still trying my best even though i know i'm not the best. 
 who cares.
 because i know that He knows that i have given my very berry best.
let Him, the Al Mighty be the decision maker. he knows best. the very berry best. :)
ace the wace. 
InsyaAllah.

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)