Thursday, May 30, 2013

part of them.



Assalamualaikum wbt.
May Peace be upon you dear blog readers :)

Semoga semua berada dalam keadaan yg baik dan sejahtera hendaknya.
heee. berdasarkan gambar dua kat atas and tajuk pun dah tahu post ni about what kan. so, to keep it short. Lets have some initiative to get know each and everyone of them (bukan ramai 10 jaa pun). try ingat setiap seorang dari mereka what they have done untuk melayakkan mereka dijamin masuk syurga. subhanAllah. Actually, they are the real superhero! nobody else layak digelar superhero, termasuklah BATMAN, SUPERMAN, CICAKMAN dan yg seangkatan dgnnya.

mereka-mereka inilah superhero manusia yg sebenar. SUPERHERO islam *respect*
oleh itu, saya menyeru diri ini dan sahabat-sahabat untuk sama-sama kita mencontohi apa yg mereka lakukan. walaupun apa yg kita lakukan itu tidaklah sehebat mana sehingga layak untuk menjamin kita ke syurgaNya. tapi setidak-tidaknya kita berusaha untuk mencuba kan?

Allah tukan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak pernah melihat pada hasil tapi pada usaha kita.
walaupun seteruk mana, sejahil mana kita pada masa silam. itu bukanlah satu penghalang untuk kita berusaha memperbaiki diri. semua org mempunyai harapan yang cerah untuk berubah. :)

jom tgk video ni,

Sebelah Sayap  ---> CLICK HERE!

"Hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly"
"If a religion fails to offer hope then it is not divinely from God"


must watch video. Semoga bermanfaat :)
Yup, itu saja sharing for this week. till we meet again inshaAllah.
Goodbye May, Hello June ! and ohh winter is hereeee :)

Lots of love,
Nurafeefa Bungsu
30/5/2013
#inmyroom

p/s: as for me personally i admire abdul rahman bin auf. nak sangat jadi macam dia. inshaAllah. :)

Tuesday, May 21, 2013

Journey

Assalamualaikum wbt :)
May peace be upon you dear blog readers.

semoga semua orang berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. :) saya disini agak sibuk jugaklah memandangkan this is the last few weeks of trimester one of my second year. tulah haaa, pejam celik pejam celik. ehh dah nak habes satu sem. hmm

assignments, testss, quizzess, reportss semua menggunung-ganang tingginya. dah macam gunung Everest. Ehh?! [exaggerate lebih ni] haha. tapi inshaAllah semua masih under control :) bak kata president WMSO last yr, Bro Shahril, kalau xda masa kita cari masa. saya sangat setuju dgn kata2 beliau. kalau kita nak buat sesuatu tu bersungguh-sungguh dan mmg nak buat mesti kita tak kisah kalau kita ada masa atau tak. kalau kita tak cukup masa pun kita akan cari jugak masa tu sampai ada kann? contohnya macam if shopping, lagi 5 minit kedai nak tutup tapi masih tak berputus asa beratoq (baca: beratur) nak bayar. haa mcm tulah analoginya.

kalau kita buat sesuatu tu ada baiknya kita buat sehabis baik sehinggalah ke garisan penamat. manfaatkan masa sepenuhnya. kalau kita rasa tak cukup masa inshaAllah cukup ja masa tu kalau kita manfaatkan sepenuhnya. Masa tu kan makhluk Allah jugak :) - pesan seorang rakan. haa. biasalah study, kadang result okay, kadang2 result teruk. macam lift. kadang2 kat atas, kadang kadang kat bawah. hmm. bila okay tu happy Alhamdulillah. tapi bila teruk tu. hmmmm mulalah -> nak terjun harbour bagai. ohhh man nooo! hmm.

jadi solusinya, marilah kita sama-sama (saya menyeru diri ini dan rakan-rakan sekalian) untuk study, kerja, makan and apa2lah kerana Allah. InshaAllah if kita buat sesuatu ikhlas kerana Allah, maka kuranglah rasa penat , stressnya itu dan semakin bersungguh-sungguh dan bersemangatlah kita buat sesuatu tu. Sebab apa? sebab kita buat kerana ketaatan, kecintaan kita padaNya. dan serahkan sepenuhnya pengharapan kepadaNya kerana Dialah yang merencanakan kehidupan kita. :) Buat sehabis baik dan haraplah yang terbaik dariNya. Doa untuk yang terbaik. Dia akan berikan yang terbaik InshaAllah.

".. Aku adalah apa yang disangkakan oleh hambaku.." (Hadith Qudsi)

Jadi sentiasalah bersangka baik terhadap Allah. :) haaa tu jala kot nak share. sebenarnya peringatan tu semua untuk diri sendiri sebenarnya yg kadang2 lupa, alpa, leka tujuan study tu sebenarnyaaaa. haaa. study kerana Allah Feefa! Go Feefa Go! ok bai. haha.

okay lastly, nak cakap. kadang2 kita rasa kita ni banyak sangat dosa kan? tapi still Allah bagi lagi peluang untuk kita hidup. bahkan bukan tu saja banyak lagi nikmat yang Dia bagi kat kita sampai tak terkira-kira. tak percaya?! haa pergila kira beras kat dapur tu haaaa sambil kira berapa sedutan oxygen yg kita sedut. pastu berapa gelen air yg kita minum sambil kira beras and atas apa kita duduk masa kira beras tu and dari mana kita dapat duit utk beli kerusi yang kita duduk untuk kita kira beras tu haa. Ada berani?

Jelas lagi nyatalah, terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kat kita. dan kita ni sebagai hamba ( baca: hamba kot! hamba, servant) bukan sahaja tak reti nak bersyukur tapi dok mintak-mintak lagi macam2 sambil tu dok buat dosa sana sini, gosip sana-gosip sini. hmmm T_T tapi tu pun Allah still bagi kita mcm2 nikmat untuk hidup. pernah tak terfikir sebab apa?? haaa fikir-fikirkanlaaah sebelum anda difikirkan eh?!

..
..

haa. dah habes fikir? belum? meh nak bagi jawapan. sebenarnya (baca dgn nada lemah-lembut) sayang-sayangku sekalian, Allah nak bagi kita peluang. peluang untuk apa? haa, peluang untuk kita betulkan kesilapan kita, peluang untuk kita mencari keampunan dariNya, peluang untuk mula bersyukur dan berubah. Sedarkah kita?? huhuhu. Malang sekali tidak! (silalah terasa) T_T Selalu saja kita ambil kesempatan untuk buat lebih banyak dosa [nanges lelaju] sedarlah diri. sedarlahhhhh. betapa tak bersyukurnya kita kepada Dia.

Jadi belum terlewat lagi untuk kita memohon keampunan dariNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ayuhlah.


"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa."
Surah Ali Imran : 133

Akhirul kalam, marilah sama-sama kita berusaha untuk study kerana Allah. Usaha, doa dan Tawakal. Do our best and Let Allah do the rest. InshaAllah. :) Semoga dipermudahkan urusan semua orang :) Have a great day ahead! Thanks for reading! semoga bermanfaat. :D

Love,
Nurafeefa Bungsu.
22/5/2012 - 12 Rejab 1434H