Friday, July 29, 2011

ramadhan tiba lagi :)



salam. :)
Alhamdulillah. tinggal lebih kurang sehari ja lagi sebelum kita menjenguk ke bulan ramadhan. semoga bulan ramadhan kali ni lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya :)
sama-samalah kita topup iman, download ibadah2 sunat dan upgrade takwa kita kepadaNya. mudah-mudahan kita menjadi hambaNya yg bersyukur atas segala nikmat dan rezeki serta bersabar atas segala dugaan dan cabaran Nya. InsyaAllah. Amin.


Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al Mubaraq yg penuh barakah!

Tuesday, July 26, 2011

when there is a beginning there will be an end~


photo source: kak ninie's blog

salam :)
woah dah lama rasanya x update blog. mcm dah berbulan-bulan. sedangkan baru kelmarin dulu ak update. haha. mcm2 ak nak cakap untuk blog post kali ni. kalau nak tahu just stay, relax and enjoy reading the post. kalau x nak, tggu apa lagii? nyahh kau dr sini :P thanksbai :]

okay, first nak cakap pasal blog entry ke 200 yg dah terlepas and this is officially my 207th blog post. banyak kan? hehe. suka plak rasanya. harap2 bila satu hari nnt aku dah tua, aku baca balik semua post2 yg ak tulis dgn penuh perasaan ni dan ak rasa bangga dgn apa yg aku tulis. Aku bukanlah seorang blogger yg hebat- cuma aku suka meluahkan isi hati aku dan berkongsi cerita dgn yg sudi membaca. dan aku harap blog aku memberi manfaat kepada orang yg membaca :) aku jugak suka membaca luahan perasaan org, pengalaman org..it makes me a better person. sebenarnya dgn membaca blog-blog yg berfaedah kita jugak dapat belajar macam-mcm.*ayat skema. org puteh cakap, you are what you read :)


hmm, next aku nak cakap officially, esok bermulalah kisah hidup ak kat sunway. cuti yg dah nak dekat 10 hari ak habeskan kat rumah tanpa buat apa-apa mmg best sgt! happy gila khinzir :P HAHA. rasa bahagia yg amat tak tahu nak ungkap macam mana. rasa macam dah habes ausmat pun ada~ hehe. bawak balik buku mcm x nak balik sunway dah tapi study nya x pun. hampeh. mmg xla. rasa cam org bodoh lak bila masa cuti nak bt assignment, report semua. mmg xlaa. ak sanggup bersengkang mata nanti kat SMR utk siapkan semua kerja ni. Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini. Amin

sedih tu mmg sedih, cuti dah nak habes..lepas ni hidup ak dah mula hectic balik. tapi nak buat mcm mana kan? everything must come to an end. even yg hidup pun pasti akan mati. dah alang2 ckp pasal ajal maut tu..ak ada baca satu buku ni.. mmg menyentuh perasaan aku. pernah tak bayangkan macam mana kalau org yg kita sayang- contohnya mak, ayah or family terdekat yg mmg sangat amat rapat dgn kita menyahut seruan Illahi? bygkan diorg pergi buat selama-lamanya dan kita xkan pernah jumpa lagi dgn mereka..mesti sedih sgt2 kan? tapi when worst come to worst.. pernah x kita bayangkan kita sendiri yang mati?? apa yg jadi? ada x org nak sedih, nak meratapi pemergian kita? dan siapa yg akan temankan kita disana? kemana kita pergi apa akan jadi dgn diri kita? pernah bayangkan tak? bila kita fikir pasal mati ni kita akan rasa insaf. cukupkah amalan yg kita buat? layak atau x kita masuk syurga? ak betul2 takut.. ak x bersedia utk semuanya. even Albert Einstein pun xkan tahu apa yg akan jadi dekat org yg dah mati. jadi, kita sentiasa kena muhasabah diri dan sentiasa igt bahawa kematian akan menjenguk kita anytime, xkiralah kita ni muda or tua. renung-renungkanlah. orang yang paling bijak adalah org yg sentiasa mengingati mati bukan formula maths atau sejarah dunia ya kawan kawan. harap maklum..semoga kita semua berada dalam lindunganNya. InsyaAllah.

oh ya bulan ramadhan pun bakal menjelang tiba. x sabar rasanya untuk menyambut kedatangan bulan yg penuh rahmat dimana amalan kita semua akan digandakan. InsyaAllah ak berazam ak nak sambut bulan ramadhan ni dgn penuh meriah, ak nak banyakkan baca Al-Quran, tambahkan sedekah (senyum pun satu sedekah jugak), rapatkan hubungan sesama muslim, upgrade ibadah fardhu aku dan cuba tambah pahala sebanyak mungkin. ak nak jadi hambaNya yg lebih bertaqwa. disamping tu, ak xnak lupa jugak tanggungjawab ak sbg muslim yg sedang belajar. aku ingin jadi yg terbaik, jadi aku harus melipat gandakan usaha aku. InsyaAllah. aku akan cuba. Aku percaya Allah sentiasa ada dan Dia akan membantu hambaNya. mak pesan walau apa pun yg terjadi jangan lupakanNya. jangan mudah putus asa dgn rahmatNya. kalau dia ambil sesuatu atau turunkan sesuatu ujian mesti ada sebab musababnya. He knows best. Dia Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak.

aku rasa post ni dah menjadi semakin serius. ntah tak tahu kenapa, ak rasa ak perlu share semua ni. sbb ak ada dgr seorang dr kakak usrah aku cakap and this is from one of the hadith "sampaikanlah walau sepotong ayat" - Hadith Riwayat Bukhari. jadi, aku rasa tugas ak kat muka bumi Allah ni sangat besar dan banyak lagi amanah yg belum aku laksanakan untuk ak mengaku yang ak ni khalifah dmuka bumiNya. terasa diri ini sungguh kerdil dan hina. and rasanya nilah salah satu cara untuk memulakan proses menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yg aku ada. InsyaAllah.

hmm sebak rasanya hati ni bila fikir esok dah nak balik. xpa feefa xpa..dan kerana Allah bersabarlah. kesudahan yang baik adalah milik org yg sabar. nnt raya boleh balik lagi. hehe. so chill. :) hmm. mcm dah banyak ja ak berleter and bersyarah kat atas tu an..tapi harap2 apa yg aku sampaikan ni bermanfaat. and nnt kalau ak dah x bz and rasa bosan ak update lagi blog kesayangan beta ni k..

1240am- dalam bilik aku ditemani roket2, stars glow in the dark.
Penang.



Saturday, July 23, 2011

stanza cinta ~


Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia:

Qalbun Syakirun - hati yang selalu bersyukur
Al- Azwajun Solihah - pasangan hidup yang soleh
Al-Auladul Abrar - anak yang soleh
Al-Biatus Solihah -lingkungan yang kondusif utk iman
Al-Malul Halal - harta yang halal
Tafakkuh fid-Deen - semangat untuk memahami agama
( Ibnu Abbas RA)

Jika kamu letakkan hatimu di akhirat, pasti kamu akan bahagia di dunia dalam redha-Nya. Tetapi jika kamu letakkan jiwamu hanya pada dunia, maka kamu akan merasai pahit-maungnya hati yang tidak berkesudahan.

"Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya

Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qanaah menyertainya

Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya

Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanan-Nya

dan Barangsiapa yang tidak cukup dgn ke-empat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya"


Allah did not promise that life would be easy but He did promise to be always be beside you, in every step of your life.


P/s: semoga bermanfaat kepada semua. InsyaAllah :)

hujan bunga~

hujan bunga..saya nak update dari awak. sekian. haha

Friday, July 22, 2011

sabar itu separuh daripada iman.

Jika kamu tidak mampu menjadi sebatang pensil untuk menulis kebahagiaan kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi pemadam lembut yang mampu menghilangkan kesedihan mereka :)

salam. qoutes di atas sgt meninggalkan kesan mendalam. ya, memang betul kalau kita x mampu nak bahagiakan seseorang, sekurang-kurangnya kita mampu menghilangkan dukacitanya. tapi bagaimana pula dgn diri kita sendiri? selama mana mahu jadi pemadam? pemadam yg sering digunakan utk membasmi kesedihan diri org lain dan akhirnya habuk2 ditempias merata-rata???

Sedarkah kita juga mempunyai hak utk bahagia. mencari pensel yg boleh melakar dan mewarnakan hidup kita?
sedarkah kita juga mempunyai hati dan perasaan?

..jangan terlalu mengharap pada yg satu. jangan bergantung kepada manusia. manusia akan mati, manusia tidak kekal, iman manusia sentiasa turun naik. begitu jugak dgn perasaan.
seorang muslim, hendaklah sentiasa bergantung kepada yg Esa, penciptanya yang kekal abadi.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagiMu. Sesungguhnya Allah maha mengetahui terhadap sesuatu yang tidak kamu ketahui.

cukuplah buat masa ini. saya x mahu lagi menjadi pemadam. mmg ia sesuatu yang mulia utk dilakukan, tapi saya jugak mempunyai hak! hak untuk mencari pensil saya sendiri yg boleh membahagiakan dan ia lebih indah apabila saya dapat menjadi pemadam kepada pensil milik saya sendiri.

jangan pernah sesekali cuba untuk menggunakan saya sebagai pemadam! saya berjanji ! saya hanya akan jadi pemadam kepada pensel saya sendiri!

dengan sabar saya menanti pensel yg kehilangan dan mencari pemadamNya. dan saya tahu kesudahan terbaik pasti dimiliki oleh orang yang sabar :)

Thursday, July 21, 2011

i wish..


i'm going to be 19 soon.. xtawlah apa perasaan.
mcm biasa ja. the last teen yr. HAHA.

3 things i wish for..

i) berjaya d dunia dan akhirat

2) happiness for people around me especially mak and papa.

and lastly, i wish..

3) he is mine or he does not exist! HAHA kejam.

Ya Allah, please grant me my wish.. :) seriously. you know what's the best for me.

dan ak tetap bersyukur atas segala kurniaan yg telah dan akan kau berikan Ya Allah.
Alhamdulillah and thanks for everything.

Wednesday, July 20, 2011

what is GDP? inflation? recession? econs -__-''


economic definition: GDP (gross domestic product) is market value of goods and services produced in a country in a certain period of time.

GDP is one of the important economic indicator. GDP can be measured in 3 approach :
1)income approach
2)expenditure approach
3)product approach

component of GDP;

GDP (Y) = consumption(C) + investment(I)+ government spending (G) + (export-import) (X-M)

GDP per capita
is total goods and services produced in a country in a certain period of time divided by mid year total population. GDP is one of the measure of national output and income.


inflation

economic definition:
is a rise in the general level of price of goods and services in an economy over a period of time. When the general price level rises, each unit of currency buys fewer goods and services.

definition aku: keadaan dimana terlalu banyak wang utk dibelanjakan dalam sesebuah ekonomi dan harga barang melambung tinggi. keadaan ini jugak boleh disamakan dgn keadaan sekarang dimana perempuan lebih banyak berbanding lelaki dan lelaki pula semakin demanding.. urghh -__-''

recession

economic definition:
is a business cycle contraction, a general slowdown in economic activity.

definition aku: keadaaan dimana sesebuah negara itu mengalami kegawatan ekonomi. ekonomi sangat teruk, harga barang turun mendadak dan permintaan pengguna akan berkurang kerana mereka kekurangan pendapatan. :)

econs? ekonomi ada salah satu cabang sains sosial yang mengkaji bagaimana individu menggunakan pendapatan yg terhad utk memaksimumkan kepuasan, bagaimana firma menggunakan faktor pengeluaran terhad untuk memaksimumkan keuntungan dan bagaimana kerajaan memanipulasikan hasil kerajaan utk memaksimumkan kebajikan masyarakat.

econs adalah subjek yang paling saya suka tapi saya tak tahu kenapa semakin hari semakin sukar utk saya faham subjek yang bernama econs ni. tapi saya suka econs. jadi saya rasa saya kena tukar cara belajar saya. econs oh econs please be nice to me. I love you okay.. i
"?need you to score!! i need you very badly..

education.

Education should teach us to be tolerant and respectful of differences. These virtues cannot be taught in a classroom that bans books with "unacceptable" ideas.

We read to explore life in certain historical periods, cultures and regions.
We read to examine problems of human justice, to explore basic issues of race, class, sex and age.
By encountering many different and conflicting ideas and beliefs, we learn to think critically, to ask intelligent questions and to form our own opinion.

Tuesday, July 19, 2011

wanna know how i waste my time?


hai. salam. buat apa semua? haha *bajet pengacara rancangan tv. hehe. hari ni sy nak share dgn kalian...tapi bukan share resepi ye. share tips2 utk habeskan masa cuti dgn cara yg x berfaedah. # adik2 sila JANGAN tiru ya. hehe :D

#1. Makan jangan berhenti-->kalau dah kenyang cari lagi. korek2 apa yg ada dlm peti ais tu. makan ja. Jangan nak membazir :D
#2. Tidur sepuas-puasnya--> ingat senang nak dapat tido lebih lapan jam sehari kalau bukan masa cuti?? jadi tido ja. xyah fikir lain. hehe
#3. Online 24/7 --> xyah nak off pun xpa..online ja. bukak semua laman web. download apa yg patut. free kot. mak bapak dah bayaq utk sebulan :D
#4. FB stalk org --> sambil2 connecting with people elok jugak stalk-menyetalk org. ngehngeh. kdg2 sampai org yg x da kaitan pun ak stalk. nilah cara terbaik utk buang masa eh. tq. haha
#5 cari info pasal econs -->ni benda yg paling berfaedah antara semua -___-''

erm, adik2 sekalian. sebenarnya ni bukanlah tips2 yg elok utk dicontohi. baik baca buku ya. igt sikit dah nak dekat exam nieyh. jangan nak enjoy sgt. dah berapa puluh kali ak bukak page !%#^!@ x taw. sabaq jelah. HAHA. oppss! sekali sekala xpa. bawak beristighfar ya. astaghfirullahalazim. okeh dah dah. tidoq. esok bgn awal. nites :)

p/s:It takes sadness to know what happiness is, noise to appreciate silence, and absence to value presence."

Saturday, July 16, 2011

me don't understand~

salam. lala. sometimes me don't understand why life is so complicated.. me not clever enough to understand what is happening between and around me. me always make assumption. and merely always my assumption failed to meet the conclusion. me don't understand why.

me don't understand what makes it so complicated. me sometimes go haywire. me too tired, so me keep quite. me feels frustrated. me is annoyed. me sleep zzz..

Life is all about risks and it requires you to jump. Hlovate~

Friday, July 15, 2011

holiday! holiday! holiday mood :)

yeah! dah cuti seronok seronok. it will be a wonderful two weeks break i guess.
:)) dah lama x balik penang since after BTN hari tu. nak tgk laut!
and yes, i'm gonna be 19! x tua..maintain okay.. hehe.

cuti pun cuti gak tapi assignment pun banyak, homework pun banyak. takpa its okayy.
skrg tgh update blog atas bus. mentang2la ada broadband YES. hehe. klah dah ngantuk. nak tido. bye. salam :D

Thursday, July 14, 2011

mixed feeling~

pagi2 dah happy semangat semua seronok. bila dah tgh hari cool lagi after class econs yg sesak.
then, psycho yg fun jugaklah hari ni sbb tajuk personality. wee :D
but semakin semakin menginjak ke petang semakin kelam. kusam. muram. haish. banyak betul dugaan. mula2 cuak maths pastu dilema nak masuk eald x sbb dah tahu akan dapat markah speech. dapat2 markah speech mmg down terus. baby are you down down down?..
pastu pegi ambik makanan right after test maths dgn jalan jam. serabut otak aku. adeh. semua serba x kena. hmmm -__-''pastu ak sedar pendrive hilang adoyai. mcm mana ni? bateri fon plak mati. semua jadi x betul. haywire~~~~

Wednesday, July 13, 2011

happy~

hari-hari check email tapi .. hampa :(
tapi hari ni..Alhamdulillah seronok sgt2!! syukur2!!
conditional offer from Victoria University of Wellington.
esok test maths! must do the best.

Tuesday, July 12, 2011

frustrated.

what goes around comes around.
sabar feefa sabar.

Sunday, July 10, 2011

rumitnya keadaan~


salam :]
hmm dah 3 kali dah post sepanjang dua hari weekend ni. hish. banyak yg terbuku dalam hati sebenarnya nieyh. tp macam malas nak coretkan melalui kata-kata. aduss. apasal lah boleh pulak aku jadi jiwang malam-malam ni. masalah! masalah! ngeenggg. tak suka feeling mcm ni..hish hish hish hishhhhhhh!!!
dia diam ak diam dua dua diam. bagus. terbaekkk. apalah masalah sebenarnya nie?
kebengongan melanda otak sekejap.

dah diamlah diam. ego ego ego! malas layan. ak pun sama dua kali lima lembab! lampi! slow and steady win the race konon?? wake up feefa wake up!! zaman dah berubah dunia dah maju. dunia memerlukan org yg berani bukan PENGECUT! tapi..tapiiii...ak bukan jenis yg macam tu..ak admit ak mmg slow sikit. LEMBAB kalau bab nak amek langkah mulakan dulu semua tu mmg ak x biasa. x reti. x tahu...memang bukan akulah tu. dan ak bukan jenis yang kecoh ++ cakap banyak. kau tanya aku jawab kau x tanya aku diam. ok mmg mcm bosan. hanya org yg betul2 kenal ak tahu ak ni jenis yg macam mana. sukar diungkapkan melalui kata-kata. aku satu dalam seribu..too be exact sejuta . hehe . don't die a copy waa cakap sama luu. :D

ak mmg nampak kasar (kasaq, org penang sebut), tapi ak lembut sebenarnya. hati ak sensitif. cepat tersentuh. hard on the outside soft candy filled on the inside. kadang2 nampak ja ak senyum tapi hati yg nanges kat dalam sapa yg tahu? :( ala touching. touching plak..aiyaiyaii...
ak mmg x nampak feminine..tapi nak buat camna dah Allah ciptakan ak mcm ni. nak suruh ak manja2, gedik2 mmg xlaaa..naik bulu roma ak semua okay! ak cool and selamba jaa. rilek2 sudah. kita manja and gedik2 nnt2laa. apa barang show off sekarang.. AHAHAHA

ak nampak ja mcm independent boleh berdikari tapi dalam pada masa yg sama ak ni sebenarnya manja. ak perlukan sokongan dan perhatian daripada family dan kawan2. Alhamdulillah, Allah kurniakan ak diorg semua yg faham dan terima ak seadanya. aku..kalau nak ekspresikan diri dalam body languange mmg fail-lah - FAIL! tapi kalau suruh ak type memang lajuu. BAKAT terpendam nak bt mcm mana :P

bab2 nak puji2 bodek2 pun ak x suka. X SUKA. ak ulang X SUKA! ak rasa biarlah benda apa yang ak nak cakap biarlah benda tu ikhlas dan ak x harapkan apa2 from it. kalau ak kata kau cantik mmg kau cantiklah. kalau ak diam maksudnya ak mmg x fikir apa2 pasal kau. M.A.L.A.S.. hahaha. dan ofcourse ak xkan puji org yg aku suka depan2. its too obvious kot mcm nak menggatal. arghhhhh..memang aku ni rumit. rumit serumit-rumitnyaa.

to be continued..
sambung baca econs. nite :)
p/s: legaaaaa sikit now. more space for my brain to store econs fact! hehe this is what people call life crisis. sabar jelah. baru 18 tahun..belum 19 tahun lagi Feefa oi!

Saturday, July 9, 2011

canterbury? wellington? auckland? new zealand!


salam :)

semalam birthday papa. feefa x bagi hadiah apa2 pun kat papa tahun ni. so, i've made up my mind. i'm not giving any present rite now. i just wish i can bring them to new zealand with me next Feb. InsyaAllah.

igt lagi masa form 3 papa kata kalau dapat 8A dia akan bawak p Australia for holiday tapi atas sebab2 yg xdapat dielakkan x jadi pegi Australia and he replaced it with a brand new Dell Laptop. and Alhamdulillah laptop tu banyak berjasa masa form 4 and form 5. menang banyak competition sbb laptop tu :D okay, tu semua cerita lama..

for now, i promised myself that i will study hard supaya dapat sambung degree kat NZ and Feefa nak mak and papa jejakkan kaki kat sana jugak. no matter what! Walau susah macam mana pun. i need to do my best! Insyallah :)

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Amin.

p/s: dear reader, pray for me yeah :) thanks!

Friday, July 8, 2011

no title?


haha, post ni random ja. tetiba rasa cam nak post blog. arrghh. warghhh. (keluar habes semua bunyi yg boleh hilangkan tension) haha. HAHAHAHA* gelak besar baru rasa puas sket. hehe
x sabar sebenarnya nak balik rumah cuti, rehat2..makan free, ckp pasal makan..hmm bila laa JPA nak masukkan duit. dah nak kering dah poket eden ni haa :P deficit deficit. terpaksa menahan diri dari membeli benda-benda yg kurang diperlukan..eheh. walaupun bukan bulan puasa lagi tapi dah terpaksa menahan diri. nasib badan le labuu. :D
lupa plak nak bagi salam..

salam dear bloggers :)
nak berbicara pasal hidup? arghh terlalu besar skop! nak bicara soal kerja&assignment? wargghh malas dan bosan! nak berbicara soal hati dan perasaan? ONE word RUMIT@ its complicated :D. so, kita bual-bual kosong jelaa..

bulan ramadhan bakal tiba x lama lagi..harap-harapnya dapatlah kita sama2 menyiapkan diri untuk melaksanakan ibadah semaksimum yg mungkin dan berusaha untuk menjadi muslim yang terbaik. InsyaAllah.

tue jalah kot. nnt kalau ada pape lagi. update lain :P
tada.
Love,
Nurafeefa Bungsu.

Friday, July 1, 2011

bosanlah.. :(

salam :)
bosan. bosan. bosanlahh..haha. rasa macam duduk dalam sangkar emas. yes, tempat ni mmg mewah tapi mcm bosan (ala xkan x faham kot) hmm..tp apapun syukur sbb dapat merasai kemewahan sebegini rupa :) kalau masuk U biasa or matriks..xda maknanya nak dapat duduk tempat macam ni, bilik sorang-sorang..nak apa lagi feefa???

haha. okay syukur. syukur. so, sekarang ni kena guna segala kemudahan yg disediakan, study betul2. okay for this post nak tunjuk gambaq-gambaq sunway monash residence :) so sit back,relax and enjoy reading the post.
this is my new home @hostel = sunway monash residence :) its very new and bangga jadi first batch yg duduk sini..
ni ruang makan...ada 6 kerusi dan meja yang sangat selesa...
this is the checker style kitchen. comel. ada peti ais besar, microwave, water dispenser (hot and warm) and banyak almari...

ni pemandangan dari bilik saya. matahari terbenam..mmg lawaaa :D
ni pemandangan casa, summit and etc from my room as well.

ni SMR from walkway to Monash Campus.
tgkla..ni toilet dia. ada water heater. 3 shower room, 2 toilets and 4 singki + banyak cermin..dah mcm toilet kat R&R. legaaa. haha.
this is the living room. a'a mmg nampak kecik tapi rasanya diorg pun tahu kalau bt besar2 pun bt pa masing2 dah ada bilik sendiri kot..tapi kalau nak chitchat kat ruang tamu ni muat jaa sbb dekat dgn meja makan kat dapur. so, its kinda convenient pastu balcony kitaorg menghadap padang so mmg tenang laa. :D

dan tadaa..nilah bilik saya! room sweet room. room number 1. suka gila bilik ni. katil baru, meja study gila besar, kerusi empuk, fan ceiling bukan macam kat casa tu. hehe. pastu satu bookshelf yg besar..ish mmg bestla cermin cukup untuk satu badan. almari baju kalah almari baju kat Casa (ish bertambahla stok baju nnt. haha) pemandangan pun lawa...hahahaha banyak hijauuu..nature babe. longkang besar pun ada~ Longkang Inspirasi.

okay actually banyak gambar ada lagi tapi sikit2 sudah laa. haha. nak tgk banyak2 dtglah sini :P besttt..pastu housemate semua pun cool. filzah, fariha, ainul, nabila, nik and joanne :D satu bilik lagi kosong :( so that's all for this post. nnt update lagi~ till then i need to go mandi~
Love,
Nurafeefa Bungsu.