Friday, January 28, 2011

oh hello :D


tadaa! nah kisses. xoxo :) thanks for visiting.
(ada org ckp chocolate hershey's ni coklat taik hehe!)

hello, opsss..assalamualaikum :D
finally dah sampai pun weekends..happy gila whoaa...penat tggu sehari demi sehari berlalu. minggu ni agak penat jugaklah sebab kelas psycho dah start..fuhh..balik lambat dgn semua hw, research segala. tapi still manageable lagilah syukur alhamdulillah :) tggal lagi 4 hari saja, x sabaq cheq nak balik Penang..jambatan pun dok tggu dgn penuh kesabaran. almost one monthlah ak x balik... :( xpa2 hidup perlukan pengorbanankan?

post kali ni nak cita pasal apa yg jadi whole week tapi x nak buat day by day sbb dah bosan dah nak buat perubahan skit, orang2 moden zaman sekarang ckp anjakan paradigma..HAHA. rasanya minggu ni xdak apa sangat yg berlaku. macam biasalah pergi kolej balik kolej. makan. tido. study. online. pyramid. abs. mydin. banana..blablabla.... okaylah tu kan kenala bersyukur. lagipun JPA hantar ak kat sini bukan untuk main2 tapi untuk study. tp dah alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. hehe..ada duit lebih tu kita kenalah guna dgn berfaedahkan? hmm..berfaedahka? hahahaha...

ckp pasal duit, semalam ak dah beli buku psycho yg mahal tu RM164.50. mmg jodoh buku tu dgn ak, jadi ak pun menerima dia dgn hati terbuka walaupun mahal. buku tu lawa, colourful mmg menariklah. alkisahnya, mula2 nak beli buku econs yang RM205 tu tapi dah habes pulak.(Alhamdulillah jimat skit duit ak..haha.. rasanya buku tu nnt fotostat sajalah). pastu jadual waktu plak..haiyak, kelas semua dah ubah tempat. kelas besar ke kelas kecik. hishh. tapi xpalah janji cukup untuk semua org duduk dan ada meja kerusi yang selesa..x penting pun saiz kelas yang penting ialah kita sendiri nak belajar atau x. Insyallah, ak akan belajar bersungguh-sungguh.

masa hari isnin atau selasa tu kot, rasa nak pergi sgt Popular nak beli buku pastu habes2 kelas terus pergi pyramid serbu popular then aku pun beli dua buku best! akulah cinderella<----novel cinta..hehe dah lama x layan novel jiwang.... dgn satu lagi buku yang tajuknya dirahsiakan..haha..mengada gila..xdalah, tajuk dia bekalan untuk penuntut ilmu. bestlah, sgt sesuai untuk student mcm aku ni.hihi. lepas tu hari rabu kot x silap balik lambat.. penatnya, x dapat digambarkan. tapi biasalah student life.. penuh liku2 dan onak duri. sabar jelah. setiap kesusahan pasti ada hikmahnya.

ckap pasal shopping pulak, ak bukanlah extreme sangat bab shopping2 ni tapi bila dah nampak tanda harga SALE sana SALE sini..naik rambang mata pulak..cuba menahan nafsu tapi...hmm..manusiakan xdak yang sempurna..akhirnya, ak TERBELI jugak 2 helai t-shirt yang sangat cute..kalau ak pakai lagi cute ngehngeh.
dan sebelum ak terlupa, nak ckap gong xi fa chai dekat semua kawan2 yang menyambutnya. Nak Angpau!! hehe..nnt balik penang harap2 dapat angpau dr auntie rumah sebelah..ceh, ada hati dah tua bangka pun nak angpau.. :DD

cakap pasal hati plak, semalam ada perjumpaan dgn kakak2 Ausis kat rumah nerah dan sarah. mmglah kita sebagai manusia yang sering alpa, lalai dan leka ni kena selalu membersihkan hati kita. janganlah kita seringkali mudah tergoda dgn godaan syaitan. dalam pada kita melaksanakan tanggungjawab sbg pelajar, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim tidak harus diabaikan. betul ckp kak salwa, pada masa2 macam nilah pentingnya sahabat. sebab sahabat yang baik akan sering mengingatkan kita untuk melakukan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Insyallah.

haa..hari ni sgt seronok sebab dapat makan popeye dan tutti frutti. tapi kesian sarah sbb dia nak beli kasut mcm aku tu. Everlast tapi xdk saiz pulak..xdak rezeki kot. tapi atleast kitaorg enjoy lepak kat pyramid tu..lepas tu td ak beli sabun mandi baru kat watsons. sangat harum baunya..ni yg bt ak nak mandi banyak kali ni..hehehe..haa, assignment pun banyak, nak kena study lagi..haishh. jadi lepas beli sabun, ak dan sarah menunggu rapid.keadaan jalan raya yg sibuk dan sesak menyebabkan ak teringat dekat hazman dan adam
yang terlibat kemalangan kecil td pagi. kesian diorang..luka2 sikit. tapi nasib baik x serius. moral of the story, boncenglah motosikal dgn berhati-hati..tapi semuanya dah ditentukan takdir..terimalah qada' dan qadar ya. okaylah, saya pun dah selamat sampai casa naik rapid. dalam rapid pulak jumpa nabila dan hasbi ...sekarang sy otw nak habeskan post ni pun..n dinner time !

harap2 masih dberikan peluang oleh Allah untuk memblog lagi. Insyallah. rezeki, ajal, maut dtangan tuhan. kita sebagai hambaNya yang lemah hendaklah sentiasa berdoa untuk mendapatkan yang terbaik. Insyallah.

Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmahMu dan limpahkanlah kami dengan khazanahMu kerana engkaulah tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


okay, sampai disini saja coretan untuk kali ni. semoga berjumpa lagi~ have a great weekend!
♥ ,
Nurafeefa Bungsu :)


Friday, January 21, 2011

kisah satu minggu yg melampau~


nah, saya bagi lolipop!hehe.thanks for visiting :)
salam.
wahaha..tajuk klise yg amat. ntah papa tah.tapi memang tulah tajuk yang paling sesuai untuk post kali ni. (harap2 post ni x panjang sangat dan x meleret-leret.) hmm..mula-mula nak cakap yang saya ni bukanlah seorang mind reader tapi kdg2 saya boleh baca apa yang ada dalam otak orang.mungkin tu kelebihan yang Allah bagi kat saya. Alhamdulillah. tpkan kdg2 apa yg saya baca pun bukannya betul sangat..heheh! dah mula dah merapu-raban saya ni..k k k..kita mula dgn peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ni..

isnin..
isnin lepas semua budak Ausmat kena buat sesi orientasi. berkenalan dgn bdak2 january intake. mmg bestla kitaorg main game mcm2..mmg happening. bdak july intake macam ak kena tlg lecturer supaya orientation tu berjalan smoothly, adeh..dan ak mengambil keputusan untuk membantu Mr. Varun! <---lecturer yg agak ensem tu..ngehngeh. alkisahnya kitaorg kena tlg untuk game human knot dgn one dot game. bestla. hari tu berakhir dgn senyuman sbb semua class dibatalkan. :)(dalam situasi keadaan kewangan yg dalam darurat pun ak sempat lagi tambah satu koleksi baju, beli masa otw balik kat pyramid..suka..suka)

selasa..
lepas isnin mestilah hari selasa kan xkan rabu pulak. alahai, lambatnya nak hari sabtu.hehe.tulah yg bermain diminda ak. kelas berjalan seperti biasa. pastu masuk kelas eald register subjek dan ak mula2 dilema gak sbb kena finalize subjek yg ak nak pastu pei jin, yi hui plak pergi tukar kelas Eald. skrg tggal ak, acap ngan ihsan ja dak JPA dlm EALD 11. ah, lantaklah ada aku kisah? ak nak belajar, yg lain2 semua x penting..kitaorg kena form group utk forum. Alhamdulillah walaupun mula2 ada masalah skit nak wat group tp last2 settle gak. akhirnya, kami bersepakat buat tajuk Should History be a compulsory subject to pass in SPM. thanks to ooi sbb sudi join kitaorg :)

rabu..
ho yeahhh! esok cuti. tu jalah yg ak fk. okay class akaun cancel. miss tamyne dh bgtaw awal2 dan dia pun dah bekalkan hw/assignment for our class dan ak pun dah siapkan. pastu masuk kelas econ. oh no! group work lagi. adeh. ingatkan second sem dah xda presentation suma dah. mangkoklarrr..tp xpa, lek lu..haha. dapat group ngan hazman, siong lung ngan amirul. tajuk ASEAN..xda discuss apa2 pun, research2 kat library pastu dah. mirul ckp dia nak bt slides. finelah. pastu balik..seronok.seronok sbb esok cuti yeah! thaipusam!!(happy sgt mcm aku plak yg sambut thaipusam tu)

khamis..
(please refer to my previous post- cerita hati~ (di pagi thaipusam). ) haha..ptg tu pg tgk cita khurafat. xdalah seram mana pun. tp still ak ni penakut jadi tutup muka jalah. HAHA. malam baca buku sket2 dan tido.

jumaat..today..
hmmm..-__-'' mulakan hari anda dgn senyuman ye adik2..tet! ntah papa la ak nieyh. okay pg td naik bas sembang ngan ainaa..best jugak sbb xpernah dapat chance sembang ngan dia.ak rasa ainaa ni lawa..mungkin sbb mata dia kot, dia pun ceritalah mcm2..seronok2 dapat kenal dgn dia. pastu p atm. oh my godd!! elaun sudah masuk sihhhh!! ice skating! ice skating! ice skating! haha..ak akan pergi gak one fine day..hehe.pastu kelas econs <---sedih gak ar sbb presentation x okay sgt. tp xpa bleh cuba lagi. there is always a second chance. salah ak gak x tolong. eh, eh, ak dah offer nak bg pertolongan tapi mungkin manusia ni kan ada ego masing2..haih.xpalah benda dah jadi. malas nak komen mcm2. ak pun ego jugak. kenalah belajar terima kelemahan diri dan org lain ya. lesson of the day,

''Avoid having your ego so close to your position that when your position falls, your ego goes with it ''

kadang-kadang kita memerlukan org lain utk membantu kita jugak.xyahlah nak ego-ego sgt. lepas habis kelas econs, pergi pyramid mkan kfc ngan sarah. then balik lerrr.. n now i'm infront of my lappie typing this post. enjoy reading! :D till then, wish all dear blog reader a wonderful week ahead!
Love,
Nurafeefa Bungsu.

Wednesday, January 19, 2011

cerita hati ~ (di pagi Thaipusam)

''Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.''

salam:)
hari ni saya cuti jadi berkesempatanlah nak tulis2, lakar2 idea kat blog ni..hehe. sbb apa saya cuti? oh, hari adalah hari Thaipusam. kat Malaysia nikan banyak festival yg diraikan sbb rakyat negara ni berbilang kaum. jadi bertuahlah cuti pun banyak..weehoo. oh seronoknya sbb mggu ni hanya pergi kolej 4 hari saja :D semakin hari saya semakin seronok pergi kolej..saya rasa lebih bersemangat nak belajar..terima kasih Ya Allah.

nak bt summary for this week pun mcm x best ja sbb belum sampai hujung minggu lagi. Jadi, kita bt post biasa2 ja lah..hehe..semalam saya sempat bertanyakan pasal thaipusam ni kepada dua org rakan saya Shantini dan Jeya. mereka ckp masa thaipusam nilah org yg bernazar akan menunaikan nazar mereka. Org India ada banyak tuhan jadi pada hari Thaipusam ni mereka akan beribadat pada satu tuhan yg spesifik.(x ingat plak apa namanya) macam orang Islam jugaklah kalau bernazar kenala tunaikan kalau hajat tu dah tercapai..tp lain agama ada lain cara utk meraikan sesuatu perayaan...sbg org Islam kita hanya beribadat kepada tuhan Yang Maha Esa.

sbb terlalu asyik sembang pasal thaipusam, kami bertiga tertinggal bas..duhh, jadi pg2 dah kena merentas desa pergi summit then lintas jalan yang sibuk pastu kejar bus. Fuhh..nasib baiklah jalan tu jam..sempat jugaklah kami bertiga kejar bas yg hanya ada sorang penumpang saja!! haihhhh.. Hasbi! apa la pakcik bas tu...atleast tggula sekejap sampai ada 10 org minimum xda ar membazir petrol ja..haihh..lagipun masa kami sampai kat bawah pun baru 8.43pg..awal lagi kot..

okay, xpalah dah nasib x sempat kejar bas tu. ada hikmahnya..nasib baik jugaklah semalam pakai kasut kalau x mmg sakitlah kaki..hehe. Allah dan tetapkan yang terbaik untuk kita jadi redha, tabah dan sabar ya :) bersyukur gak sbb sempat naik bas dan x payah bayar duit utk naik rapid pergi sunway pyramid dan jalan sampai kolej..

wah, banyak assignment utk kelas semalam. maths(tapi ak dah siapkan) Yay! and econs plak group work. kena bincang pasal ASEAN. okay ja sbb dah bt research dekat library tggal2 baca ja utk lebih faham. atleast okaylah because i'm not presenting. but i'm helping out with the researching of course. harap2 everything will be fine..lepas siapkan maths ak pun keluar makan ngan housemates semua..lepak2.hehe..yalahkan xkan nak study 24/7 kot..kenala rehatkan minda jugak. and first tyme pergi mydin tanpa beli apa2 barang. Yes, saya berjaya menahan nafsu. :D

saya perasan tapi xtaw kalau org lain perasan jugak..haha. tapi saya lebih selesa mendiamkan diri. mcm xda apa2 terjadi. biarlah segala-galanya ditentukan olehNya yg Maha Berkuasa kerana hanya dia sahaja yang menetapkan segala-galanya. Apabila dia mengkehendakan sesuatu untuk terjadi maka jadilah. Saya terima segala ketentuanNya.
"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

hmm, janganlah sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah kerana Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)

klah gtg,

nnt saya free dan rasa bosan lagi saya update blog saya yg cun ni eh..hehe..
Love,
Nurafeefa Bungsu :)

Saturday, January 15, 2011

saja-saja, suka-suka buang masa.. :)


hehe..salam.
ntah mengapa saya rasa bahagia sgt. Syukur Alhamdulillah.saya dah x macam dulu.dalam sehari saya bt macam2 yg menggembirakan hati saya.kalau boleh saya nak tolong org, bila org happy saya pun happy. bestkan? :)lepas tu sekarang mood study & rajin dah dtg harap2 ia kekal sampai habis exam WACE!saya dah pecahkan otak dan fikir solution terbaik untuk setiap masalah yg saya hadapi.Alhamdulillah, saya dah dapat jawapan terbaik untuk sesetengah soalan yg berkampung dkt otak saya yg x berapa nak stabil ni..hehe

walaupun saya rindu family saya kat Penang tu tapi saya taw mereka sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan apa yang harus saya lakukan ialah buat yg terbaik dekat sini..bukan susah sgtkan? bukak buku dan baca! mmglah saya jeles sebab ada org yg boleh balik setiap minggu tapi bg saya mungkin Allah dah tetapkan yang terbaik. dan dgn cara ini saya boleh belajar untuk berdikari.bukankah distance makes the hearts grow fonder?

saya nak pergi New Zealand! ya New Zealand- jadi saya kena belajar rajin2, tapi jangan lupa pulak tugas kita sebagai hamba Allah. kena lah stabil dunia dan akhirat, Insyallah Dia akan membantu. Habluminanas dan Hambluminallah pun kenalah jaga :)
cinta? ada sy kisah? ya memang sebelum ni saya kisah tetapi saya sedar saya x perlukannya buat sementara waktu. mungkin nanti ya. tapi bukan sekarang, harap maklum!
saya hanya nak survey dan berkawan dan masih tidak terlintas difikiran saya untuk mencintai atau dicintai oleh sesiapa kecuali Dia, mak, papa dan family. Saya jugak sayangkan kawan-kawan saya<---merekalah pelangi yang mewarnai kehidupan seharian saya :) thanks for being my friend :DD .

saya sedar banyak yang telah Dikurniakan olehNya, tapi kenapa saya tidak pernah bersyukur? Astaghfirullahalzim. xpa saya dah sedar sekarang, mungkin sebelum ni saya terlalu obsess untuk memiliki sesuatu yang belum pasti. jadi saya kabur dgn apa yg sudah saya miliki. Terima Kasih Ya Allah atas kesedaran ini.

sekarang saya nak berfikiran matang dan lebih positif terhadap kehidupan. tiada gunanya kita merungut dan menangisi apa yang telah berlaku. gunakan masa yg ada dan fikir untuk masa hadapan. konsistensi. tiada jalan mudah untuk berjayakan?

lagi satu saya kena fokus dan kurangkan bercakap perkara-perkara yg tidak berfaedah. cakap perkara yang baik atau diam. buat kerja satu per satu dan siapkan secepat mungkin. kalau dah siap boleh pergi jalan atau main2 as a reward :) bukankah itu satu kebahagiaan?
saya suka baca paper dan mulai mggu depan saya hanya akan baca paper selepas saya siapkan assignment saya! dan miss suzana cakap saya kena baca paper The Australian! mungkin membantu untuk exam WACE nanti. :)

i don't need you now, maybe later..hehe..with a smile on my face. ya saya TAK perlukan awak sekarang tetapi x bermakna saya akan lupakan awak, cuma saya tidak harus menjadikan awak sebagai subjek yang akan menyebabkan distraction kepada otak saya. saya suka awak, awak baik, rajin, ramah-tamah tapi kadang2 menjengkelkan jugak! tapi saya suka. for now, awak buatlah apa awak suka saya tak kisah. serius saya x kisah janji awak jangan kacau hidup saya ya.saya tahu saya x mampu memberikan kebahagiaan untuk awak sekarang jadi awak berhak mencarinya dekat org lain. awak nak tackle mana perempuan pun saya tak kisah sbb saya tahu awak nak cari yang terbaik kan? (sayalah yg terbaik tu :D *eh, perasan pulak* satu hari nnt mesti awak akan sedar. saya pasti!) hehe..sebab saya pun tgh survey yg lebih baik dari awak :D

okay cukuplah kot, saya membebel tak tentu arah ni, ada baiknya saya berhenti sebelum post ni menjadi post syok sendiri yang terbaik didunia. hehe..silap2 boleh menang award :)
Love,
Nurafeefa Bungsu :)

Friday, January 14, 2011

second sem~ first week !


salam :)
okay this week ended happily..
my first week of Ausmat semester 2 in Sunway University College of formerly known as Sunway University was fun i must say! okayy..so many things happened this week and after all i am very happy that the week ended beautifully..
first day,
met all my friends but still very nervous about the results. Everyone seems to look different now, some innocent faces became more matured and some with new hairstyles and new look. And yeah I realized that time passes. but i'm still me but with new aspiration and target. i am not very satisfied with my results but Alhamdulillah, i'll try my best this semester to improve and get better results. Insyallah.
second day,
we r supposed to recheck our timetable and we are given 2 weeks to finalize our subjects. I'm in a dilemma at first whether to choose Psychology or Career and Enterprise. the other subjects that i have chosen is Maths 3A/3B, Econs, Eald and Accounting and Finance. We were divided into groups and most of us are separated from the "JPA bunch" according to the subject that we have chosen and the other reason is for us to socialize..duhh... i'm still unhappy about my cranky timetable. :( first class starts at 8.30 am and that means i have to get on the bus at 7 am to avoid the traffic jam and the consequence of reaching class late.haihh
third day,
we started our classes and get to know our new classmates. i'm in ACF3, Econs3, Psyco3, Maths4 and EALD 11. i think my classes are okay except for the fact that my Eald class ended at 4.30 in the evening. i'm thinking of changing my Eald class to the earlier one, but let me try out this few weeks and see what can be done. I'm fine with Mr Oliver! haha
fourth day,
everything was fine eventhough i'm not in a good mood. i guess, yesterday was a long day..things happened, me feeling unhappy about certain things, missing home and etc really bothers me.
however, when I came back to Casa and had my bath and a short nap it really helps. start doing my first assignment ACCOUNTS! the day ended with a smile on my face :)
and today! fifth day...
i woke up a bit late today because Friday is the only day that my class starts at 11am. i took the 8.45 am bus and went to college. I'm hoping that my last class of the week will be the best class of all. And guess what, yes! miss suzana is teaching us :DD glad that i'm still in the same class as yu heng, peijin, nabila, hazman, ashraf and i'm happy getting to know some of my friends from Miss Ruba's class last year. And yes, Leeweei, my blog friend is in my class as well :D i have got a solution for my timetable conflict and everything turn out to be fine just the way i want it to be. Syukur Alhamdulillah. Praise to Allah s.w.t.
and yeah the week has a sweet ending... :)
came back to Casa, wash cloths, drink a cup of chocolate milk and sitting infront of my laptop while typing this post and Facebook-ing! Hope the next week will have a better ending. till then gtg,
Love,
Nurafeefa Bungsu
P/s: I'm going to Mydin and search for a spot to lepak with Nerah and Syafiqah. Sarah went home, Sya & Fatin went home also and Fitri is not feeling well!

Thursday, January 13, 2011

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di muka bumi dan (tidak pula) pada dirimu
sendiri kecuali telah tertulis dalam kitab(lauh mahfuz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yang sedemikian
itu) supaya kalian tidak berputus asa atas apa yang luput dari kalian dan supaya
kalian tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kalian. Dan Allah
tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
Al Hadid [57:22&23]

"tidak ada seorang pun melainkan akan merasakan bahagia dan sedih. Tetapi jadikanlah kebahagian itu sebagai wujud rasa syukur dan jadikanlah pula kesedihan sebagai kesabaran" .Wallahu'alam.

Tiada yang dapat memberi manfaat dan mudarat kepada kita melainkan dengan keizinan Allah 'azzawajalla. Bahkan nabi saw dalam hadis shahih bersabda,
واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشئ لم ينفعوك إلا بشئ قد كتبه الله لك
ketahuilah andaikata seluruh umat berkumpul untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak dapat memberi sesuatu manfaat pun kepadamu melainkan apa yang telah
Allah telah tetapkan untukmu. Begitu juga dengan mudarat.

Nasihat buat penuntut ilmu
Wahai saudaraku, para pencari dan penuntut ilmu oleh kerana kesungguhan dan hasrat serta kehausan ilmu ada pada dirimu pastikanlah itu dalam kebenaran. jangan sampai di dalam niatmu untuk mencapai ilmu itu dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu kebanggaan bagi dirimu sendiri, dan untuk keangkuhan terhadap teman sejawatmu, untuk memikat perhatian orang terhadap dirimu sendiri dan untuk mengumpulkan pelbagai keduniawian yang hampa ini, Maka kalau tujuan niatmu demikian halnya, itu bererti engkau meruntuhkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri , menjual kehidupan hari kemudian yang abadi dengan keduniawian yang fana ini. Wallahu'alam

kejayaan tidak akan datang bergolek..syukurlah kita masih diberikan peluang olehNya.
Ya Allah Ya tuhanku, sesungguhnya engkaulah yang mentadbir seluruh alam, setiap perkara yg terjadi pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya, hambaMu ini memohon dgn penuh kerendahan dihati kurniakanlah kejayaan kepadaku dan sahabat2 yg lain didunia dan akhirat.

sekian. wslm
artikel di copy paste drpd hasil2 blogwalking.

Sunday, January 9, 2011

back to where i belong..

salam.
wuuhooo..hye.
dah sampai casa. xtahulah nak ckp apa.
mix emotion lagi..tapi xpa..slow2. i'm fine.
"x sabar" nak g kolej esok..
semua dah kemas..n dah jumpa roomates..
encik Casa pun masih sama, Mr Giant dan Mamu mydin pun ada..
so, skrg nak sesuaikan diri dulu.
dah sebulan lebih tinggalkan rumah ni ;)

Friday, January 7, 2011

bila dah tiba masa..

salam..
duhh..duhhh..duhh..

camnilah bila dah tiba masa nak balik casa.
semua benda serba x kena. ntahlah. mcm dah sedia..tapi..
Arghh biasalah tu..selalu mmg macam ni kan. mula2 saja rasa mcm2 tapi bila dah jumpa kawan-kawan mesti okay punya. chill la feefa. u'll make it through.
makan kdg2 kenyang, kadang2 x..tapi bila nak balik casa ni belum makan lagi dah kenyang..-__-
mandi selalunya basah, tapi bila nak balik casa ni belum mandi lagi dah basah :(
kalau kat rumah, tidoq mesti lena tapi bila nak balik Casa dah tidoq pun x lena-lena..
haishhh nasib2...distance makes the hearts grow fonder.. :)
tapi xpa, casa tu best jugak dapat jumpa kawan-kawan yg dah lama x jumpa, housemates(sya,fitri,fatin,sushaan), girlfriends, boyfriends,lecturer, kampus, shopping mall, nasi goreng banana, bas "no women no cry", thol..karipap sosej, mcm2 lagilah :) la tahzan..la tahzan. Allah will always be by urside.
hehehe..sebenarnya mcm2 rasa ada malu, takut, seram sejuk, cuakk, kekok, runsing, rindu, sebak,happy, sedih,gabra <------all wrapped into 1! Masyallah, only He knows my feeling rite now..All is well..All is well :)
"hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

lupakan hal remeh-temeh and u'll be just fine.
love,
My self.
p/s: post ni untuk diri sendiri sebenarnya. but if the motivation can cure u as well take it. I don't mind sharing cause sharing is caring! nway, thanks for reading my piece of crap sincere from the heart :)haha. adios amigos

Thursday, January 6, 2011

Surat untuk Papa(sgt takut sebenarnya..)


salam..geeeezzzz... :S
perasaan: campur-aduk..adeh..semua tgh ckp pasal result.(x senang duduk ak dibuatnya)

huhuhuhu..jauh disudut hati aku, rezeki dah ditetapkan oleh Allah berapa result yang kita dpt ,mmg itulah yang Allah nak bagi, jadi xda sbb utk kita bersedih atau berduka cita. tapi biasalah, sebagai manusia yg selalu mementingkan diri dan inginkan yg terbaik, rasa x puas hati dan menyesal tu sentiasa menyelubungi diri. Nasi dah jadi bubur dah. Tapi gagal sekali x bermakna gagal selama-lamanyakan. kalau nasi dah jadi bubur, masaklah nasi baru..huhu..pandai ckp eh??

Pa,
Kehadapan Papa yang disayangi (amat, sangat dan teramat Feefa sayang). Tujuan Feefa tulis surat ni sbb Feefa nak cakap sorry. Feefa taw feefa dah hampakan perasaan Mak dan Papa. Result pun x berapa nak bagus(walaupun x dapat lagi result tapi dah mcm boleh agak result tu macam mana). Sebelum tu Feefa nak ckp kat Papa, i did my very best and harap sangat next sem my result will be better. Insyallah. Papa doakan kejayaan Feefa okay. I know you always do. Love you so much.

with lots of sorry and love,
Nurafeefa Bungsu
-ur daughter-

p/s: Pa, Feefa janji feefa akan belajar bersungguh-sungguh & main sikit2 ja supaya dapat pergi New Zealand. Mmg dulu Feefa ckp Feefa x nak p, tp skrg dah berubah, i'll study hard to achieve my dreams and make Papa and Mak proud to have a daughter like me. Insyallah. :) once again, I'm so sorry. :(

I may not be the best, but i'll try to do the best that I can.

Failure is the beginning of growth not the beginning of the end.

Wednesday, January 5, 2011

Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran dan Sunnah

1. Beriman dan beramal salih.

"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan." (Surah An-Nahl: 97)

Ibnu 'Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban).

Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana'ah (merasa cukup).

Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah.

Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:

"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-Ra'd: 28)

3. Bersandar kepada Allah.

Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:

"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." (Surah Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.

Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.

Firman-Nya:

"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar." (Surah An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.

Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Rasulullah SAW bersabda: "Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata:

"Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)

6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.

Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:

"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih.

Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!" Firman Allah:

"Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih." (Surah Al-Insan: 9)

Sandiwara Reostat dan Termometer.


Manusia itu kita boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan termometer dan golongan reostat. Golongan itu dibahagikan mengikut sifat dan ciri-ciri yang ada pada radas itu. Satu pemanipulasi dan satu lagi dimanipulasi. Itulah hakikat manusia hari ini. Ada yang menjadi pemanipulasi atau pengubah keadaan seperti reostat, dan ada yang menjadi seperti termometer yang dimanipulasikan dan berubah mengikut keadaan. Jadi apa motivasi dari hakikat ini?

Sudah menjadi fitrah manusia untuk dilahirkan dengan sifat malu, rendah diri. Ada sesetengah daripada mereka, yang sentiasa berasa sangat malu selalu. Alahai hendak mendengar suara dia punyalah susah. Macam ada emas dalam mulut dia. Ada sesetengah pula tidak tahu malu. Cakap tidak berhenti-henti, orang sudah bagi isyarat berdehem dekat 10 kali dah, tak faham-faham. Uish, memang tak faham bahasa dia ni. Tapi hakikatnya sifat malu atau rendah diri yang tidak dikawal supaya jangan terkurang atau terlebih menyebabkan adanya golongan termometer dan reostat.

Kita mulakan dengan termometer dulu, sebab saya yakin, anda semua kenal sangat benda ini. Ala, kalau kita sakit, ibu kita atau doktor suruh nganga, letak dekat mulut untuk mengukur suhu badan kita. Oh, golongan termometer ni golongan selalu sakit ke? Bukan! Termometer dalam makmal fizik ke, yang kuning panjang, yang kita buat main kadang-kadang tu? Bukan jugak! Perkara yang saya nak ketengahkan ialah sifat termometer itu. Berubah ikut keadaan semasa, atau dalam kata lain dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling.

Kalau kita perhatikan dunia hari ini, memang terdapat banyak golongan termometer ini. Disebabkan kurang keyakinan dalam diri, atau malu, atau rendah diri, mereka lebih suka ikut sahaja orang di sekeliling mereka. Mereka takut untuk membuat keputusan sendiri, kerana mereka menjangkakan apa-apa yang mereka buat akan dicemuh dan dibangkang orang. Jadi mereka takut untuk mengambil langkah permulaan, sebaliknya lebih suka mengikut apa-apa yang orang dah buat.

Tidak dinafikan, jalan yang telah dilalui oleh orang lain dan terbukti selamat, itulah jalan atau pilihan terbaik. Tapi kejayaan kita akan setakat dibawah naungan orang yang pernah berjaya itu. Tidak ada bezanya dan tidak akan maju. Jikalau misalnya kawan kita itu, memilih hendak mengambil jurusan perakaunan, dan terbukti dia berjaya. Malahan dia mendapat tawaran bekerja di Bank Negara. Wah! Kalau kita ikut apa-apa dia buat mesti kita akan berjaya juga. Kalau anda rasakan ini adalah betul, sebenarnya salah.

Ada pepatah Melayu berbunyi "rambut sama hitam, hati lain-lain" dan pepatah Inggeris yang berbunyi "it's take all sort to make the world". Pepatah ini sengaja dipetik, kerana pepatah ini memberi maksud, setiap orang adalah tidak sama. Walaupun sepasang kembar dilahirkan dengan rupa dan suara yang sama sekalipun, mereka tetap berbeza. Begitu juga, anda dengan kawan anda. Anda dengan dia adalah berbeza. Mengapa harus, anda ikut cara dia. Mungkin dia boleh berjaya dalam bidang perakaunan itu, tapi bolehkah anda? Bukan bermaksud hendak merendahkan diri sesiapa, tetapi berfikirlah sejenak, kekuatan setiap orang tidak sama. Ada orang cenderung ke arah sains, ada yang cenderung ke arah kira-kira dan lain-lain.

Bukan apa, kadang-kadang dalam hidup ni, kita minat pertanian. Bila beritahu ibu bapa kita, ibu bapa kata bidang itu, tidak ada masa depan. Seraya berkata "Pernah ke dalam keluarga ni ada orang berjaya dalam bidang ini?" Justeru menyebabkan kita tidak yakin, malu dengan keputusan kita itu. Maka datanglah penyakit termometer dalam diri kita. Kita berubah ikut keadaan semasa, tanpa kerelaan hati. Kalau masa itu, trend mengambil profesion perguruan yang paling terjamin dan popular, maka kita pun terikut-ikut mengambil profesion itu. Terseksalah kita andai profesion itu tidak kena dan tidak serasi dengan kita. Hal ini berlaku kerana kita menjadi golongan termometer.

Kita mengikut keadaan di sekeliling kita. Kita dimanipulasikan oleh keadaan sekeliling, sehinggalah apabila kita tersedar suatu hari nanti, kita sudah tersesat dari landasan asal. Untuk maju kehadapan dan mencipta kejayaan, seseorang itu hendaklah memacu kejayaan mengikut acuannya sendiri. Setiap orang tidak dilahirkan untuk menjadi pandai. Mungkin kepandaian itu Allah telah pindahkan kepada kemahiran yang lain. Kita lihat contoh Dato' Jimmy Choo. Kalau diteliti latar belakangnya, ternyata pencapaian akademiknya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, tetapi beliau tidak menjadi termometer. Beliau cuba menongkah arus semasa, dengan menceburi bidang pembuatan kasut. Sesuatu yang asing pada masa itu, dan lihatlah bagaimana dia berjaya.

Kenali potensi diri. Cuba duduk sejenak, kenal dengan diri anda sendiri. Lihat apa kecenderungan anda? Membuat sesuatu yang anda minati dan mahir adalah lebih baik daripada membuat sesuatu kerja kerana terikut-ikut dengan orang lain. Perubahan paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam dan dekat dengan diri, minat anda kerana itu kekal, perubahan paling buruk ialah perubahan luaran kerana itu lakonan. Fikirkanlah, kalau anda sekadar menjadi termometer, mengikut keadaan sekeliling sahaja tanpa kerelaan, dan tanpa pengetahuan mendalam tentangnya, sudah tentu anda sedang menganbil jalan yang sukar. Di dalam Al-Quran sendiri ada ditegaskan supaya jangan mengikuti sesuatu perkara tanpa pengetahuan yang mendalam tentangnya.

Allah pernah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 36: Janganlah kamu mengikut apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.

Lihatlah cara Islam itu sendiri disebarkan. Tiada paksaan dikenakan. Misalnya ketika Salahudin Al-Ayubi berjaya menakluki Kota Jerusalem, penduduk Kristian tidak dipaksa memeluk Islam, walaupun majoriti ketika itu beragama Islam. Hal ini demikian kerana Islam tidak mahu penganutnya terdiri daripada golongan termometer iaitu golongan yang memeluk Islam kerana keadaan semasa. Apabila keadaan yang sedia ada berubah, keimanan itu juga turut berubah bersama. Islam amat menekankan kesedaran dan minat yang mendalam di dalam hati, dan sebagai umat Islam kita haruslah membuang sikap atau ciri-ciri termometer itu.

Beranilah untuk membuat keputusan sendiri. Berani mengambil tanggungjawab dan membuat sesuatu perkara sendiri. Janganlah terlalu bergantung kepada sesuatu melainkan Allah. Jikalau selama ini kita selalu bergantung kepada ibu bapa untuk membuat keputusan, ingatlah kematian akan menjemput mereka suatu hari nanti. Begitu juga dengan mengharapkan kawan, isteri atau guru. Setiap yang hidup pasti merasai mati. Disaat kita hilang pergantungan akan hilang arahlah diri kita. Tidak tentu hala dan tenteram.

Disinilah perlunya menjadi golongan reostat, iaitu golongan yang mengubah keadaan dan memanipulasikan keadaan. Kita yang tentukan apa-apa kita hendak kita perlu buat. Keadaan sekeliling diambil kira juga, tapi kita berpijak diatas keputusan sendiri dan memulakan langkah pertama, bukannya mengikut orang lain.

Allah menegaskan perkara ini dalam Al Quran dalam surah Ar-Raad ayat 21 yang bermaksud: Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.

Jelasnya dalam firman diatas Allah menyuruh kita berusaha sendiri mengubah nasib kita. Kita harus mengubah keadaan, harus berani menongkah arus. Bukannya mengikut-mengikut keadaan sekeliling dan berharap keapada orang lain. Berpegang kepada ayat inilah, umat Islam mencapai kegemilangannya sekitar abad ke-14. Jikalau umat Islam pada waktu itu, menjadi golongan termometer, golongan yang mengikut keadaan semasa, sudah tentulah dunia akan hancur. Bayangkanlah, bagaimana Eropah dilanda zaman gelap kerana tentera salib membakar buku-buku ilmu, dan perpustakaan di Iskandariah atas nama gereja. Jikalau umat Islam turut mengikut perkara itu, bagaimana agaknya kesudahannya.

Fikirkanlah. Syukur Islam berjaya menjadi reostat. Islam telah mengubah keadaan semasa, malahan telah mencetuskan zaman renaissance yang bermula di Itali. Lihatlah bagaimana berbeza reostat dan termometer itu. Jadilah orang yang mengubah keadaan. Beranilah untuk berimpian dan mempunyai wawasan.

Saya faham, sekiranya kita berasa tidak yakin dengan diri kita. Tidak apa, kerana itu adalah fitrah, tapi terpulang kepada kita untuk berusaha keras. Sudah menjadi fitrah manusia itu dilahirkan bersama-sama dengan kekurangan tetapi kita diberikan kudrat untuk menutup kekurangan itu. Kota Rom tidak dibina dalam masa sehari, begitu juga kejayaan. Tidak apa jikalau pada permulaannya anda lemah dan selalu kalah, tapi masa yang berlalu akan mematangkan anda. Gagal yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tetapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.

Mari kita sama-sama berusaha dan melangkah mengorak kejayaan di dunia dan di akhirat. Melangkahlah bagaimana cara dan rupa sekalipun, yang penting melangkah sebab setiap yang melangkah pasti sampai ke matlamat. Setiap kejayaan bermula dengan langkah yang pertama. Usahakanlah yang pertama itu sebaik dan secepat mungkin.

Sumber Artikel: IluvIslam.

P/S: sumber motivasi terbaik yang pernah dijumpai. Salute to the editor.

Tuesday, January 4, 2011

ashraf muslim love ;)


kan..kan...dah cakap kan..
dia mmglah hensem sehensem-hensemnya..
bila ak tgk dia dalam semua cita yg dia berlakon..mmg tergoda ah..
nasib baik ada iman lagi yang boleh resist nafsu..hehe
macam ohmaigodd, subhanallah.apasalla indah sangat makhluk ciptaan Allah ni.
oh ashraf muslimku!
setiap sudut ak tgk dia mmg sempurna, setiap angle mmg masya Allah.
sehensem-hensem laki yg pernah ak tgk(buat masa nila)
kehenseman dia terpancar dgn jelas, dgn kopiah kat kepala dan berbaju melayu beraneka warna ohmaigodd segaklah. bila baca Al-Quran..lagilah cayaq teruih jantung aku...
fuhh..mmglah org kampung aku ni..alor gajah..hehe
klah.gtg, salam pun x cakap td teruja sangat !
Love,
Nurafeefa Bungsu
p/s: bersyukurlah kita kepadaNya kerana setiap dari kita dikurniakan kecantikan yang berbeza-beza dan disebabkan itulah kita adalah penciptaan Allah yang paling unik! Alhamdullilah. Apabila dia hendak menjadikan sesuatu maka jadilah. Kun Faya Kun.
dan sedarlah kita bahawa disisi Allah kecantikan tidak bermakna apa-apa kerana kecantikan boleh pudar dan hilang dgn sekelip mata yg lebih berat disisiNya adalah ketakwaan kita kepadaNya. Walahua'lam :)

Sunday, January 2, 2011

hey hey u stalk me eh? :P


salam. hyee :D
eh,eh suka stalk orang eh??sibuk! xde keja lainka huh??mind ur own bussinesslah!
Stalking is a term commonly used to refer to unwanted, obsessive attention by individuals (and sometimes groups of people) to others. Stalking behaviors are related to harassment and intimidation. The word "stalking" is used, with some differing meanings, in psychology and psychiatry and also in some legal jurisdictions as a term for a criminal offense.
okay untuk post kali ni nak cakap pasal stalking...hehehe..mula2 x tahu lak plak apa maksud benda alah ni. rasanya first tyme dengar bila org ckp..eh, apsal u stalk profile org ni hah? and it started pun sbb FB lah. dulu kalau friendster , myspace suma ada who view my profile dekat homepage tu. so, kita boleh keep track org yg view profile kita uh. kalau 100 kali dia view tu nampak sangatlah dia syok kat kita. tapi bila FB semakin popular, si Mark Zuckerberg tulah punca dia, semua org beralih dekat Fb . dah macam satu fenomena dah pun. sekarang ni hampir semua org kat dunia ni ade akaun FB(kecuali mak ak kot! eheh dia x suka sgt IT2 ni)

dengan adanya FB dunia perhubungan manusia tidak terbatas. kita boleh berhubung dengan kawan2, family bila2 yang kita nak. yang penting kita kena ada excess internet. lagipun dengan adanya Fb ni banyak info yang kita boleh dapat especially kalau kita nak kenal org tu. sbbnya melalui Fb kita boleh share gambar and the best part is kita boleh taw apa yang berada dalam fikiran seseorang melalui status2 nya..mengikut kajian jugak kadar jenayah di AS semakin meningkat jugak disebabkan oleh FB! jadi jaga2 eh...

haa, bukan nak bebel banyak2 tapi nak share sikit cerita, hmm ak ni kira salah seorang stalker jgklah. ak bukannya apa, ak suka stalk org sbb ak nak lebih mengenali seseorang tu. tambah2 kalau kita suka dia. mmg tiap2 harilah kita akan stalk dia. kalau lah dekat FB tu dia bagi taw who's viewed my profile, mmg kantoilah! hahaha..asal bukak FB mesti akan stalk profile org. ish..ish..tapi ak bukanlah stalker yg tegar sangat sampai nak stalk semua org, aku hanya stalk ORANG YANG AK MINAT ja..huhu.nak tahu perkembangan la katakan.

tapi x dinafikan mmg stalking2 orang ni best dan boleh dijadikan hobi yang membuang masa! sbb bila dah start stalk orang kita akan jadi addicted. semakin banyak benda yang kita taw semakin menjadi-jadi kita akan stalk org tuh. adeh..teruk betul perangai..bila la nak berubah??
haih..hmm lagi satu, stalk2 org ni mmg membuang masa dan skill KPOCHI dalam diri kita akan meningkat. and then, ada baiknya, dr kita stalk2 org ni kita jaga tepi kain sendiri. xyah nak sibuk2 jaga tepi kain org. xda manfaat pun. (mcm mana nak jaga tepi kain sendiri kalau x pakai kain pun, ak pakai seluar ja..HAHAHA). faham ke? hehe. faham2 jelah bila dah start stalk tu sampai berjam-jam boleh duduk depan lappie 2. masyallah. tolonglah cari hidup! haha.

tp nikmat pasal stalking ni, kita boleh kenal org tu, boleh spy2 dia, tgk apa yg berlegar-legar dlm otak dia. sapa BF/GF dia, hensem/cantik ka? aktiviti seharian dia, family dia. mcm2 lagilah. mmg best! kalau nak tahu kenalah tanya pakar stalker. ak pun baru ja berjinak-jinak menyetalk org..hahaha. skrg pun dah tengah otw, nak menginsafkan diri nak stop stalking ni XD! dan pencapaian terbaru aku dah berapa hari ak x stalk profile sorang mamat nieyh.. fuhhh..mmg arr..nafsu tahap membuak-buak nak stalk profile dia tambah2 bila nampak ada wall post dr PEREMPUAN kat profile dia.. mmg sekali profile perempuan tu ak stalk..hehe.boleh tahan jugak tahap jeles aku an...hehe.

sekarang ni ak malas dah nak stalk2 profile diaa...xda apa pun. banyak karut ja.(cuba deny!! sebenarnya mmg nak stalk tapi tgh mengawal perasaan..hahaha) denial..denial!!! tapi mamat yg ak stalk tu mesti bangga kalau dia taw ak stalk profile dia setiap hari dulu..bukan niat nak tipu or apa tapi mmg dalam sehari tu adalah dalam 4-5 kali jugak ak akan pg stalk profile dia..aduhh!! dah mmg gila kot ak ni. xda keja lainnnn...hehe..tapi ak dgn bangganya nak cakap dah berapa hari dah sejak khamis minggu lepas ak x stalk profile dia. dan dia pun macam memahami ja x update apa2 status..wkakaka! dan ak mmg x taw apa jadi kat dia sbb ak mmg dah TAK STALK profile dia..PENCAPAIAN YANG PATUT DIBANGGAKAN.

eheh..lastly ak nak bg pesanan skit kat stalker2 yg sedang membaca blog ak nieyh, kalau nak insaf mcm ak, ak nak share skit tips..bila nafsu dah membuak-buak sangat nak stalk profile org terus OFFLINE ja! jangan biarkan diri anda diselubungi nafsu stalk-menyetalk ni..x baik untuk kesihatan..hehe..klah banyak dah merapu-meraban ni..nnt penat plak korang nak baca.
sama2lah kita berhenti tabiat buruk ni ya..tapi sekali-sekala tu kena jugak stalk..hilangkan rindulah katakan..adeh...hahaha..hampeh betul.
IGNORANCE IS BLISS-lesser you know the better it is.
Love,
Nurafeefa Bungsu
p/s: rindu nak stalk profile diaaaaaaaa...xleyh2. OFFLINE!

Saturday, January 1, 2011

first january twenty eleven~


All i need to do now is a little change to gain bigger success! Insyallah
Aloha 2011!
so many things to do, so limited time.

Bear in mind that your own resolution to succeed is more important than any other.
Abraham Lincoln

Don't aim for success if you want it; just do what you love and believe in, and it will come naturally.
David Frost

Formula for success: rise early, work hard, strike oil.
J. Paul Getty

Change will not come if we wait for some other person or some other time. We are the ones we've been waiting for. We are the change that we seek.

Barack Obama


Semoga kejayaan milik kita semua Insyallah.
Nurafeefa Bungsu.
P/s: so many chance, so many things to say but sometimes it is better left unsaid. Jihad is the best way. Tawakal and patience next. Allah knows best.
and never forget Doa, fertilizers to ur tree.
carilah kecemerlangan dan kejayaan akan menyusul :)
Insyallah