Monday, April 30, 2012

so soon.

you went so soon. so soon i have to move on.
you left so soon. so soon.

dah almost 9 purnama and suddenly you came crossed my mind T_T
what else can i say. imissyou. semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat. Al-Fatihah
i am very grateful for every moment i spent with you. cause i know life won't last forever.

you have been the cutest, and most innocent..
for every moment we spent together..

sincerely missing you.
sisters forever. :')

http://www.youtube.com/watch?v=jhsdRLMOtKw&feature=player_embedded

Friday, April 27, 2012

sushi vs nasi kandar(q)

Assalamualaikum w.b.t


Hi! nak cerita sikit pasal mid sem plus easter holiday haritu. best jugaklah, kitaorg cuti 2 minggu and dlm masa 2 minggu tu bt macam2. seronok. Alhamdulillah diberikan peluang utk merasai nikmat kehidupan dan melihat keindahan alam yang subhanAllah cantik sgt! no words to describe.


Summary:
minggu first : kononnya nak siapkan assignment and kemas2 rumah tapi malangnya banyak pulak plan2 yang sukar utk ditolak. hehe. mula-mula petik apple kat Otaki, lepas tu kawan2 from Sunway , Solehah (baca:Chot), Soe, Memel dan 2 org kawan dtg dari Palmy ke Welly. Seronok jugaklah bawak diorg jalan2. happy sgt sebab dpt jumpa diorg. Kitaorg pergi Mt Victoria. Sumpah sgt osem pemandangan dari atas tu. InsyaAllah nnt nak pergi lagi tp malam pulak sbb org cakap kalau malam lagi lawa (^_^). banyak tempat jugaklah bawak diorg tour and memel nak sangat pergi Muzium Te Papa (walaupun dah penah pergi 2 kali tapi demi diorg sanggup pergi lagi. sweet tak? heee :D)


minggu kedua : adalah kemuncak/klimaks cuti mid sem yg sangat teramat sumpah osem! trip to rotorua dgn seniors and kawan2 from Palmerston North. Trip tu dari isnin smpai khamis. Dalam masa 4 hari, banyak yg berubah. Alhamdulillah. Alhamdulillah :) melalui trip ni banyak yg dapat dipelajari dan dipraktikkan. InsyaAllah. bukan sahaja dapat pergi tempat best2 macam Agrodome, AgroVenture,SkyLine, National Aquarium, Lake Taupo, Huka Fall,Wind Farm, Wai-o-Tapo thermal park and banyak lagilaah tapi ukhuwwah yg terbina tu lebih meninggalkan memori yg sweet as. Pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan oleh setiap seorang dari kami yg menyertai trip tu. and oh yes, masa kat Agrodome tu dapat jumpa sisters from Auckland jugak. :)) jumpa Ainul, Lex, Tasha, and Nadia. happy jugak and T_T. rinduuu. okay bai. teringat sunway suddenly. huhu~ tapi nak cakap kat sini, walaupun mungkin kami baru kenal tapi kat New Zealand ni kami dah jadi one big family dah. Kakak2 senior sgt baik melayan kerenah adik2 junior yg nakal(baca:comel) macam kami ni . HAHA! Syukur Alhamdulillah to be given a chance utk rasa kemanisan ukhuwwah sesama muslim and menghayati keindahan alam ciptaan Allah yg tiada bandingannya. trip ni jugak ak dpt tgk lembu dan kambing yg sangat banyak semasa perjalanan. dah macam bijan atas roti. sgt banyak dikiri dan kanan highway tu. hmm~ tak percya, percayalah !


okay dah tak mau cita banyak2 kalau nak rasa betapa bestnya New Zealand ni kena lah mai sini and rasa sendiri eh?:P and kalau nak tgk gambar2 bolehla click dekat link ni :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.3827936500590.169337.1343138030&type=3
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.3710176876673.167190.1343138030&type=3



so okay, back to the main purpose sbb nak tulis post ni, sebenarnya hari ni rasa macam nak makan nasi kandar (baca: kandaq). wahhh. lama okay tak makan nasi kandaq kuah campoq penang mari punyaaa. aiyaiyai. serius rindu oh. ayam madu, kubis kunyit, sotong, telur masin :( rasa macam sedih sgt, tiba2 terfikir kan best kalau ada kat penang, boleh p kedai mamak makan nasi kandaq plus ice kacang semangkuk as always. hmm~ tapi.....



walaupun nak sangat makan nasi kandaq, tapi Allah dah takdirkan yang hari ni ak akan dapat makan sushiiiiii from sushi b! walaupun kena harungi tangga zikir tu utk pergi beli half price sushi tapi kenikmatan yg dapat tu. huuu~ tiada tolok bandingnya. kehkehkeh. over. haha. so, kesimpulannya kat sini, kadang2 kita nak something tapi Allah dah tetapkan yg lebih baik utk kita. Jangan mengeluh, jangan sedih dan jangan nak lost hope ka pa benda sbb Dia tau apa yg terbaik utk kita. yeah, He knows best. kita hanyalah hamba yang kena tunduk dan patuh. even tak suka makan sushi hari sbb teringin nak makan semalam tak dapat. tapi dah Allah cakap Feefa akan makan sushi hari. so, terima jelah jangan nak mengada sgt demand nasik kandaq pulak -,-
Syukur masih diberi rezeki olehNya. hmm.
meh nak share ayat ni :


2:216




Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


sama-samalah kita ambil ibrah drpd cerita sushi dan nasi kandaq ni. hmm :) btw, ayat ni applicable utk semua urusan seharian kita jugak tau bukan sekadar untuk sushi dan nasi kandaq sahaja :P
hmm. tue jelah kot tatau nak bebel apa lagi. till then
xoxo
Nurafeefa Bungsu
Wellington, NZ
9.24pm

Friday, April 6, 2012

bulan oh bulan!

Assalamualaikum w.b.t
May peace be upon you :)

Nak cakap pasal bulan utk post ni. hehe. Ak suka tgk bulan, bulan tu cantik, indah lawa, putih suci. tapi ak pernah dgr org cakap bintang tu lagi lawa sebab bila dia bersinar dan berkelip dia akan bersinar ramai-ramai (baca: gugusan bintang) tapi kalau bulan tu dia cantik sorang-sorang dia saja. hmm. bila difikirkan balik, betul jugak fakta tu. 

tapi ak suka bulan bukan sebab dia cantik saja. mmg tak dinafikan bulan tu cantik tapi bila ak tgk bulan ak rasa seronok. ak rasa dekat, hampir dgn org yg aku sayang. sbb bulan ni walau kat mana pun kita berada kita tetap tgk bulan yg sama. Tak macam bintang, kadang2 ada, kadang2 hilang.

Bila ak tgk bulan ak mesti akan suruh dia sampaikan salam ak pada org2 yg ak rindu. #macamla bulan tu boleh cakap ann. HAHA. tp kalau bulan tu boleh ckp..aduhai. nasib baiklah dia tak boleh cakap. tp selalulah bila ak rindu ak tgk bulan dan ak harap org2 yg ak rindu tu pun tgk bulan macam ak jugak (dgn harapan sampailah msg aku kepada bulan). formula dia cam ni; 

Message ->Me->The Bulan->to the person :)

waaaa~ okay nilah bila takdak kerja, cuti2 jadi mcm nilah kan -_-'' sad. disini disertakan gambar2 bulan yang sempat dicapture dekat harbour tadi. handsome kacak bergaya betul bulan hari ni :D
tengoklah. bulan from wellington sama sahaja dgn bulan yg anda nampak dimana-mana ceruk dunia :)
so enjoy!




till we meet again :)
Nurafeefa Bungsu
Wellington 6/4/2012
21.50PM
p/s: moral valuenya disini. kalau nak jadi baik, jangan jadi baik sorang2 yeh! kenala berjemaah :D tapi kalau bt jahat buat sensorang sudah jangan nak gatal ajak org lain sekali :P

Wednesday, April 4, 2012

MT :)

Assalamualaikum w.b.t
May peace be upon you :)
nak share satu gambar ni. suka sgt :)



let the pictures do the talking :)
i need to know more about this. someone care to explain?
Islam itu indah dan lebih indah lagi kalau kita betul2 faham ~

hee. till then 
Nurafeefa Bungsu