Monday, November 4, 2013

her prince

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you dear blog reader :)

when she stop searching for her prince, and make Allah the King in her heart,
He then help her to complete her dream :)

Its His promise and she believes.

Salam Maal Hijrah 1435
Hoping for a better year and everything good along the way. inshaAllah.
till then may Allah bless.

Nurafeefa Bungsu

Saturday, November 2, 2013

Muqallib al-Qulub

Assalamualaikum wbt,
May peace be upon you dear blog readers.

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
O mover of hearts, make my heart firm upon your religion

Ya musarrif al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
O director of hearts, keep my heart in a state of obedience to you

Allahumma, ya muqallib al-qulub wa’l-absar, thabbit qalbi ‘ala dinik
O Allah, O controller of the hearts and eyes, let my heart hold fast onto your religion.


Ya Allah no matter how hard the situation is, I know I have You.
"Selagi urusanku di tangan Tuhan, selagi itu aku tak layak berputus harapan."

Pray for the best, Hope for the best. 
Bersabarlah wahai hati. Innallah ma'ana~

[AQ2:216]

Nurafeefa Bungsu
~Wellington~


Saturday, October 19, 2013

now and then.

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, its one more month before going back to Malaysia and i cannot wait oredi!
Banyak benda yg jadi since i arrived in Wellington. and sedar-sedar dah habis dah dua tahun kat sini.
here, banyak benda yang belajar from the smallest thing such as walking to university alone to making the biggest choice in life.

I learn to live life as it is.
I learn to live with strangers
I learn to be independent
I learn to forgive
I learn to love
I learn to be happy no matter how sad i am
I learn that people change
I learn to accept people for who they are
I learn more accounting principles
I learn more about the Deen
I learn to mix around with people
I learn to drive better
I learn how to deal with people
I learn to dream
I learn to whom i should put trust in
I learn to be a sister
....

and the list goes on and on
but the most important thing is,
I learn to be me.

Wellington. Coolest little capital.
Tempat yang tak pernah terfikir akan datang, and tak mungkin terpadam dalam ingatan.
yeah, life is full of unexpected things.

Grateful.

Love,
Nurafeefa Bungsu.




Saturday, August 3, 2013

ramadhan.

Assalamualaikum wbt :)
May Peace be upon you dear blog readers.

25th Ramadhan 1434H
Semoga Ramadhan ini kita tak rugi lagi.
Kejar amal ibadah sunat dan wajib.
Sinsing lengan tangan gaya rasulullah.
Momentum lemah? Jangan putus asa.
Tambah petrol, kuatkan engine. Tukar gear tinggi.
Teruskan usaha mengejar cintaNya.
Menggapai mardhotillah.
Semoga Ramadhan ini kita tak rugi lagi.

Semoga Ramadhan ini kita tak rugi lagi.
teruskan usaha.
mencari malam yang lebih baik dari seribu malam
semoga Ramadhan ini kita tak rugi lagi.
Tingkatkan usaha, dengan izin Allah.
Semoga Ramadhan ini kita tak rugi lagi.
Biiznillah.

Lets strive for the best till the last day of Ramadhan before the Shaytan is release again.
InshaAllah. May Allah ease and may Allah bless us all.

"Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara seakidah kami di Syria, Palestin dan diseluruh dunia. Peliharalah mereka dari segala marabahaya dan segala kejahatan dunia dan kurniakanlah mereka darjat tertinggi disisiMu."

“Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku).”
(Riwayat Imam at-Tirmizi) 

Lots of love,
Nurafeefa Bungsu
Wellington, New Zealand



Tuesday, July 30, 2013

july 2013 :)

Assalamualaikum wbt :)
May Peace be upon you dear blog readers :)

Tehee. dah last of the month dah and tak update2 lagi blog ni haa. dah berabuk dah. fiuh fiuh *tiup habuk sikit* hehe

July has always been my favourite month of the year. For me july is a special month because special people are born in this special month especially people who are born on 22nd of july. haha!

Banyak benda happened sepanjang julai. and im glad that my july is not wasted by just reading books and sleep. Its started of with the Bersatu Games held in Wellington. This year we are the host for Bersatu and yeah it is the best Bersatu ever. hehe. Masa Bersatu Games tu im in-charged of the Programme Book. Alhamdulillah everything went well with the help of Asri (General Affair Director) and Arif Dzul for the awesome design. Korang mmg terbaik ah! Thank you very much :)

Haa masa Bersatu Games tu jugak dapat meet up friends from all over New Zealand. Happy sgt dapat jumpa banyak Malaysians dekat welly especially my Ausmat friends from Auckland and Palmy. Some of them are Hazman, Jeya, Nadia, Memel, Yu heng, Trish, Pei Jin, Zulaikha and more. Overall Bersatu went well and Welly won overall champion! Congrats WMSO! Walaupun penat tapi berbaloi coz WMSO menang :)


Ohh not to forget, masa Bersatu jugak still ada final exam Accy 223. PAPER PALING CUAK!. Tapi Alhamdulillah im done with it! syukur sgt2 takyah dah jumpa lecturer yg suka tanya org dlm lecture. Scaryyy okay. Sempat jugak tgk theater first time, Phantom of the Opera dekat St James Theater with Fahani and Nadia.

Right after the exam and Bersatu Games, me and my housemates went to Melbourne for a short winter trip! Siti and Maria pun ikut. Best jugak Melbourne macam KL hihi. Masa kat Melbourne we spent up 4 days and 3 night at Filzah's place, dekat Pelham Street. Thank You Nik, Filzah and Fatin for the hospitality and teman pergi jalan2 semua. Melbourne awesome jugaklaah. Thinking of visiting Melbourne again next time :)


haaa, then balik from Melbourne ada rasa sedih sikit coz tak sempat jumpa nerah, sarah and yg lain-lain. Tapi takpa mungkin tak da rezeki. Next time mungkin boleh pergi Adelaide pulak visit them. hihi :) Sydney and Gold Coast pun nak pergi gak. inshaAllah. tapi kena simpan duit dulu la. hihi.








Some of my pictures in Melbourne.

then next pergi program dekat wainuiomata, what can i say, banyak benda baru belajar and the place is very very very beautiful, peaceful and calm. it is so green! Love it so much. masa program tu meet up with Soe and Solehah. happy :)

 Camp Wainui.

Solehah and Soe

hmm lastly, this years Ramadhan is celebrated in July as well, im lucky sbb dapat celebrate ramadhan 2 kali. first dekat Melbourne then balik welly pun celebrate sekali lagi cause NZ sambut ramadhan sehari lambat dari Australia and Malaysia. Ramadhan this year is a bit different from the year before but still i think, meriah jugakla. terawikh every night plus short tazkirah, iftar with friends almost every weekend and ada majlis khatam Quran with Ustaz Erfino and his family. Puan Azlin, pegawai JPA dekat Welly pun ada buat Majlis Iftar. Sooo, This ramadhan is quite lively jugaklah despite of all the earthquakes and evacuations.

Iftar at Puan Azlin's place. Johnsonville.

Ada hikmah jugak earthquake tu hehe. Disamping memberi peringatan kepada kita yg semua benda yang kita miliki kat dunia ni hanyalah sementara dan hanya Allah yang berkuasa keatas segala sesuatu, tak semena-mena dapat cuti seminggu dahla baru start Sem. haha. Alhamdulillah rezeki ramadhan. Alhamdulillah for everything.

ahh yes! i forgot the best part of the month, my birthday! haha! masa birthday tula tiba-tiba dapat berita yg uni tutup sbb earthquake kuat sgt. almost 6.8. bergegar jugaklah. but Alhamdulillah nothing bad happen. Semua org still dalam keadaan yg risau and didnt expect they would spend time to celebrate my birthday. special thanks to zahra for cooking one of my favourite food and Kak Ciah and Intan for the cake :) Jazakillah khayr :) Hanya Allah saja dapat membalas semua kebaikan kalian. thank you everyone. Thank You Allah, syukur atas segala nikmat. should not ask for more. and yeah im 21 already and forever will be! Thank you for all the wishes and presents! :D



Flower delivery from Kakak

So in short, my July is awesome! hehe. hoping for a better july next year! InsyaAllah :) 
Till then,
Nurafeefa Bungsu 
31/7/2013
Wellington

p/s: banyak lagi nak tulis but hanya ni ja yg termampu. hope your July is as awesome as mine! hehe. Till we meet again July and Hello August! :)

Sunday, June 16, 2013

seventeen june

Assalamualaikum wbt
May peace be upon you dear blog readers. :)

:)

Barangsiapa mengaku tiga hal, namun tidak bersih dari tiga hal, bererti dia tertipu.
Pertama,
mengakui akan manisnya zikir, sedangkan dia masih cintakan dunia.
Kedua,
mengaku ikhlas beramal, tetapi suka penghormatan manusia kepadanya.
Ketiga,
dia mengakui cinta kepada Khaliqnya, tetapi masih memperturut nafsunya.
-Imam Al-Ghazali

T_T

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
-Imam Syafie

TT_TT

okay ada exam khamis ni and 3rd July. Doakan saya eh.

sedihnya. sedih dgn diri sendiri. sedihh ish macam-macam sedih ada. sedih tak dapat makan durian pun ya jugak.
sedih sbb tak dapat faham diri sendiri lagi menyedihkan.
sedih. sedih. sedih. titik.

hmm.

Nurafeefa Bungsu
Welly - with no durians. only kiwi. :(
17/6/2013 - dalam bilik while eating snickers.

Thursday, May 30, 2013

part of them.



Assalamualaikum wbt.
May Peace be upon you dear blog readers :)

Semoga semua berada dalam keadaan yg baik dan sejahtera hendaknya.
heee. berdasarkan gambar dua kat atas and tajuk pun dah tahu post ni about what kan. so, to keep it short. Lets have some initiative to get know each and everyone of them (bukan ramai 10 jaa pun). try ingat setiap seorang dari mereka what they have done untuk melayakkan mereka dijamin masuk syurga. subhanAllah. Actually, they are the real superhero! nobody else layak digelar superhero, termasuklah BATMAN, SUPERMAN, CICAKMAN dan yg seangkatan dgnnya.

mereka-mereka inilah superhero manusia yg sebenar. SUPERHERO islam *respect*
oleh itu, saya menyeru diri ini dan sahabat-sahabat untuk sama-sama kita mencontohi apa yg mereka lakukan. walaupun apa yg kita lakukan itu tidaklah sehebat mana sehingga layak untuk menjamin kita ke syurgaNya. tapi setidak-tidaknya kita berusaha untuk mencuba kan?

Allah tukan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak pernah melihat pada hasil tapi pada usaha kita.
walaupun seteruk mana, sejahil mana kita pada masa silam. itu bukanlah satu penghalang untuk kita berusaha memperbaiki diri. semua org mempunyai harapan yang cerah untuk berubah. :)

jom tgk video ni,

Sebelah Sayap  ---> CLICK HERE!

"Hope and fear is like a pair of wings, you need both to fly"
"If a religion fails to offer hope then it is not divinely from God"


must watch video. Semoga bermanfaat :)
Yup, itu saja sharing for this week. till we meet again inshaAllah.
Goodbye May, Hello June ! and ohh winter is hereeee :)

Lots of love,
Nurafeefa Bungsu
30/5/2013
#inmyroom

p/s: as for me personally i admire abdul rahman bin auf. nak sangat jadi macam dia. inshaAllah. :)

Tuesday, May 21, 2013

Journey

Assalamualaikum wbt :)
May peace be upon you dear blog readers.

semoga semua orang berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. :) saya disini agak sibuk jugaklah memandangkan this is the last few weeks of trimester one of my second year. tulah haaa, pejam celik pejam celik. ehh dah nak habes satu sem. hmm

assignments, testss, quizzess, reportss semua menggunung-ganang tingginya. dah macam gunung Everest. Ehh?! [exaggerate lebih ni] haha. tapi inshaAllah semua masih under control :) bak kata president WMSO last yr, Bro Shahril, kalau xda masa kita cari masa. saya sangat setuju dgn kata2 beliau. kalau kita nak buat sesuatu tu bersungguh-sungguh dan mmg nak buat mesti kita tak kisah kalau kita ada masa atau tak. kalau kita tak cukup masa pun kita akan cari jugak masa tu sampai ada kann? contohnya macam if shopping, lagi 5 minit kedai nak tutup tapi masih tak berputus asa beratoq (baca: beratur) nak bayar. haa mcm tulah analoginya.

kalau kita buat sesuatu tu ada baiknya kita buat sehabis baik sehinggalah ke garisan penamat. manfaatkan masa sepenuhnya. kalau kita rasa tak cukup masa inshaAllah cukup ja masa tu kalau kita manfaatkan sepenuhnya. Masa tu kan makhluk Allah jugak :) - pesan seorang rakan. haa. biasalah study, kadang result okay, kadang2 result teruk. macam lift. kadang2 kat atas, kadang kadang kat bawah. hmm. bila okay tu happy Alhamdulillah. tapi bila teruk tu. hmmmm mulalah -> nak terjun harbour bagai. ohhh man nooo! hmm.

jadi solusinya, marilah kita sama-sama (saya menyeru diri ini dan rakan-rakan sekalian) untuk study, kerja, makan and apa2lah kerana Allah. InshaAllah if kita buat sesuatu ikhlas kerana Allah, maka kuranglah rasa penat , stressnya itu dan semakin bersungguh-sungguh dan bersemangatlah kita buat sesuatu tu. Sebab apa? sebab kita buat kerana ketaatan, kecintaan kita padaNya. dan serahkan sepenuhnya pengharapan kepadaNya kerana Dialah yang merencanakan kehidupan kita. :) Buat sehabis baik dan haraplah yang terbaik dariNya. Doa untuk yang terbaik. Dia akan berikan yang terbaik InshaAllah.

".. Aku adalah apa yang disangkakan oleh hambaku.." (Hadith Qudsi)

Jadi sentiasalah bersangka baik terhadap Allah. :) haaa tu jala kot nak share. sebenarnya peringatan tu semua untuk diri sendiri sebenarnya yg kadang2 lupa, alpa, leka tujuan study tu sebenarnyaaaa. haaa. study kerana Allah Feefa! Go Feefa Go! ok bai. haha.

okay lastly, nak cakap. kadang2 kita rasa kita ni banyak sangat dosa kan? tapi still Allah bagi lagi peluang untuk kita hidup. bahkan bukan tu saja banyak lagi nikmat yang Dia bagi kat kita sampai tak terkira-kira. tak percaya?! haa pergila kira beras kat dapur tu haaaa sambil kira berapa sedutan oxygen yg kita sedut. pastu berapa gelen air yg kita minum sambil kira beras and atas apa kita duduk masa kira beras tu and dari mana kita dapat duit utk beli kerusi yang kita duduk untuk kita kira beras tu haa. Ada berani?

Jelas lagi nyatalah, terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kat kita. dan kita ni sebagai hamba ( baca: hamba kot! hamba, servant) bukan sahaja tak reti nak bersyukur tapi dok mintak-mintak lagi macam2 sambil tu dok buat dosa sana sini, gosip sana-gosip sini. hmmm T_T tapi tu pun Allah still bagi kita mcm2 nikmat untuk hidup. pernah tak terfikir sebab apa?? haaa fikir-fikirkanlaaah sebelum anda difikirkan eh?!

..
..

haa. dah habes fikir? belum? meh nak bagi jawapan. sebenarnya (baca dgn nada lemah-lembut) sayang-sayangku sekalian, Allah nak bagi kita peluang. peluang untuk apa? haa, peluang untuk kita betulkan kesilapan kita, peluang untuk kita mencari keampunan dariNya, peluang untuk mula bersyukur dan berubah. Sedarkah kita?? huhuhu. Malang sekali tidak! (silalah terasa) T_T Selalu saja kita ambil kesempatan untuk buat lebih banyak dosa [nanges lelaju] sedarlah diri. sedarlahhhhh. betapa tak bersyukurnya kita kepada Dia.

Jadi belum terlewat lagi untuk kita memohon keampunan dariNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ayuhlah.


"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa."
Surah Ali Imran : 133

Akhirul kalam, marilah sama-sama kita berusaha untuk study kerana Allah. Usaha, doa dan Tawakal. Do our best and Let Allah do the rest. InshaAllah. :) Semoga dipermudahkan urusan semua orang :) Have a great day ahead! Thanks for reading! semoga bermanfaat. :D

Love,
Nurafeefa Bungsu.
22/5/2012 - 12 Rejab 1434H






Monday, April 29, 2013

Sad Day :)

"There is no hardship which afflicts a Muslim but that Allah expiates with it some sin of his - even a thorn which pricks him." Muslim and Bukhari 


Tuesday, April 16, 2013

Kisah Nabi Muhammad di Taif.


Assalamualaikum wbt,
May Peace be upon you dear blog readers :)

Nak share cerita ni. semoga bermanfaat untuk semua.
Credit to: suluhbudi.blogspot :)




Kesedihan yang menyelubungi Nabi Muhammad saw setelah kematian isteri tersayang, Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib, berterusan apabila kaum Musyrikin Mekah menentang baginda dengan lebih giat lagi.

Namun, Nabi Muhammad saw menempuh kesedihan itu dengan penuh kesabaran. Baginda sedar bahawa segala dugaan dan cabaran itu adalah kerana Allah sayangkan baginda. Setelah beberapa ketika, Rasulullah mengambil keputusan untuk berdakwah di Taif. Taif terletak di  bahagian tenggara Mekah. Kabilah Tsaqif menghuni Taif sejak beberapa lama.

Baginda mengharapkan agar Bani Tsaqif dapat menerima seruan dakwah dan membantu baginda kerana kedudukan bani Tsaqif yang paling hampir dengan kota Mekah. Selain daripada itu, baginda juga mempunyai hubungan keluarga sebelah ibu dengan mereka.

Ini adalah kerana ibu kepada Hasyim bin Abdu Manaf iaitu ’Atikah berasal daripada keturunan Bani Salim yang juga keluarga kepada Bani Tsaqif.

Rasulullah SAW  berpakat bersama pembantunya Zaid bin Haritsah berjalan kaki ke Taif. Jarak antara Mekah dan Taif ialah 1609 batu. Mereka berjalan dengan penuh kepayahan menempuh perjalanan yang jauh itu.
         
Mereka berjalan menempuh panas terik matahari. Hawa panas padang pasir tidak sedikit pun menggoyahkan semangat mereka. Keimanan adalah sebaik-baik bekalan hati dan jiwa mereka pada saat itu.
         
Sebaik sahaja tiba di Taif, Rasulullah SAW  bersama  Zaid bertemu dengan tiga orang pemimpin Bani Thaqif iaitu Abdu Yalail, Mas’ud dan Habib yang semuanya adalah anak kepada ‘Amru bin Umair al-Thaqafi.

Namun, alangkah sedihnya kedatangan Rasulullah  SAW  tidak mendapat sambutan baik dari mereka bertiga. Mereka menerangkan kebaikan dan kebenaran Islam. Dengan penuh penghinaan mereka menghamburkan kata-kata:

“Allah telah mengoyakkan tirai Kaabah jika engkau diutus sebagai nabi”, “Tak ada orang lainkah untuk diutus oleh Allah selain engkau?” dan “Demi Allah aku tak hendak bercakap dengan engkau, sekiranya kau seorang utusan Allah, maka kau adalah lebih berbahaya untuk ku menjawab persoalan kau itu, dan sekiranya kau berdusta, maka tidak seharusnya bagiku menjawab persoalan itu.”

          Rasulullah  SAW dan Zaid agak terkejut dengan kata-kata mereka itu. Namun mereka tetap bersabar. Rasulullah telah berpesan seraya berkata kepada mereka bertiga: 

“Wahai anak2 Amru, tidak mengapa jika kamu tidak ingin menyahut seruanku akan tetapi hendaklah kamu diam”, pesan Rasulullah agar tidak memberitahu kedatangan baginda kepada pihak Quraisy.

Rasulullah khuatir jika Quraisy mengetahuinya, sudah pasti mereka akan memperhebatkan lagi siksaan ke atas orang-orang Islam di Mekah.


Bani Tsaqif tidak bermusuhan dengan pihak Quraisy. Jadi, pada mulanya Rasulullah  menyangka jika Bani Tsaqif dapat menerima dakwah Rasulullah, maka pihak Quraisy tidak akan menyiksa mereka lagi. Namun, Rasulullah tetap bersabar walaupun  dakwah mereka tidak diterima oleh penduduk Taif.

Namun, Rasulullah SAW terus bertahan sampai 10 hari. Selama 10 hari itu, pelbagai tohmahan dan cercaan mereka terima. Ada yang mengatakan bahawa Rasulullah adalah penipu dan ahli sihir. Penduduk Taif menghalau Rasulullah SAW keluar daripada Taif.
         
Semasa  Rasulullah  SAW mahu keluar dari bandar itu, penduduk Taif telah menghantar orang-orang bodoh dan kanak-kanak. Mereka beramai-ramai telah melemparkan batu dan dahan-dahan pokok ke arah Rasulullah SAW dan Zaid.

Rasulullah menyuruh Zaid bertahan. Namun, Zaid tidak dapat bertahan apabila banyak batu-batu mengenai badan dan kaki Rasulullah SAW sehingga tumit Rasulullah SAW berdarah. Darah begitu banyak mengalir dari kaki mulia Rasulullah SAW .

Namun, sekali lagi Rasulullah SAW  menyuruh Zaid bersabar dan tidak melakukan apa-apa terhadap penduduk Taif.
         
Sesungguhnya kesedihan Rasulullah SAW terhadap penduduk Taif melebihi kesakitan  pada kakinya. Baginda sedih kerana mereka sedikit pun tidak mahu menerima dakwah baginda.
         
Kemudian,  Rasulullah SAW dan Zaid berhenti rehat di bawah sebatang pokok anggur yang rendang. Pokok itu terletak bersebelahan kebun kepunyaan ‘Utbah dan Syaibah, kedua-dunya ialah anak Rabi’ah yang merupakan seorang yang memusuhi baginda. Pada ketika itu, kedua-dua mereka ada di kebun itu. Melihatkan mereka berdua, Rasulullah berdoa;

اَلْلَّهُمَّ إِلَيْكَ أَشْكُوْ ضِعْفَ قُوَّتِيْ
وَقِلَّةَ حِيْلَتِيْ، وَهَوَانِيْ عَلَى النَّاسِ...
أَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ...
أَنْتَ رَبُّ الْمُسْتَضْعَفِيْنَ...وَأَنْتَ رَبِّيْ..
إِلَى مَنْ تَكِلَنِيْ؟؟
إِلَى بَعِيْدِ يَتَجَهَّمُنِيْ...؟ أَمْ إِلَى عَدُوٍّ مَلَكْتَهُ أَمْرِيْ..؟
إِنْ لَمْ يِكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَلَيَّ فَلَا أُبَالِيْ..
غَيْرَ أَنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أَوْسَعَ لِيْ..
أَعُوْذُ بِنُوْرِ وَجْهِكَ الَّذِيْ أَشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتِ
وَصَلُحَ عَلَيْهِ أَمْرُ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ أَنَّ اِنْ يَحِلَّ عَلَيَّ غَضَبُكَ
أَوْ إِنْ يَنْزِلُ بِيْ سَخَطُكَ..
لَكَ حَتَّى تَرْضَىْ...
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِكَ..

Maksudnya: “Tuhanku kepada Dikau ku mengadu hal keletihan tenagaku, kekurangan
 helahku, kehinaanku di hadapan manusia, wahai Maha Penyayang Lagi Kasihan belas. Dikaulah Tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah Tuhanku, kepada siapa lagi yang hendak ku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh membenci daku ? atau kepada seteru yang telah Kau beri kuasa mengatasi daku? Kiranya tiada kemarahan Kau ke atasku, tidaklah kupeduli, namun afiat dariMu lebih luas bagiku, ku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan, dengannya urusan di dunia dan di akhirat menjadi baik, aku berlindung denganMu dari terturunnya ke atasku kemurkaanMu, atau terturun kemarahanMu, bagi kau jua tempat kembalinya hingga tercapai keredhaanMu, tiada daya dan upaya kecuali denganMu Ya Tuhan.”

Apabila ‘Utbah dan Syaibah melihatkan Rasulullah, mereka berasa kasihan. Lalu mereka menghantar seorang hamba Nasrani bernama ‘Addas membawa sebekas  anggur kepada Rasullah.

“Pergilah engkau membawa anggur anggur ini kepada mereka berdua di sana itu.” Perintah ‘Utbah kepada hamba Nasrani itu yang bernama ‘Addas.

Baginda amat gembira kerana ada juga penduduk Taif yang mengasihani mereka. Baginda mengucapkan terima kasih kepada ‘Addas.

Ketika baginda mahu memakan anggur itu, baginda mengucapkan “Bismaillahir Rahmaanir Rahim” lalu baginda menyuapkan anggur itu ke mulut baginda.

Apabila ‘Addas mendengarkan ucapan baginda itu, ‘Addas berasa hairan lalu berkata: “Kalimah yang kau ucapkan itu tidak dituturkan oleh penduduk negeri ini”.

Lalu Rasullullah bertanya kepadanya: “Kamu datang dari negeri mana dan apa agama anutan kamu?”

Lalu ‘Addas menjawab: “Aku penganut agama Nasrani dan aku berasal dari negeri Ninawa (sebuah negeri di Iraq).”

Baginda bertanya lagi: “Kau dari negeri seorang soleh bernama Yunus bin Mataa”.

Lalu ‘Addas bertanya: “Apa yang kau tahu tentang Yunus bin Mataa?”

Rasulullah menjawab:

“Dia itu saudaraku. Dia ialah seorang nabi dan aku juga seorang nabi!”.

Lalu Rasulullah membaca ayat al-Quran surah Yunus yang menceritakan perihal Nabi Yunus.

Mendengarkan itu, ‘Addas berasa begitu takjub lalu mengucup kepala, tangan dan kaki Rasulullah. Lalu ‘Addas memeluk Islam di situ juga.

Kemudian Addas kembali mendapatkan tuannya Utbah dan Syaibah lalu Addas dimarahi kerana memuliakan Rasulullah.

Mereka berkata:

“Celaka kau wahai Addas, kenapa kau mengucup kepala, tangan dan kaki lelaki itu?”

Lalu ‘Addas menjawab:

“Wahai tuanku, tiada apa di dunia ini yang terlebih baik daripada apa yang aku lakukan tadi kerana sesungguhnya lelaki itu telah mengkhabarkan kepadaku perkara yang tidak diketahui manusia biasa kecuali oleh seorang Nabi!”

Selepas itu, dengan izin Allah, Jibril datang lalu berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memerintahkan aku agar mentaati kamu semasa kamu berhadapan dengan kaummu.”

Rasulullah menjawab: “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Lalu Jibril berkata: “Telah benarlah mereka yang menamakan kamu sebagai berhati lembut dan penuh kasih sayang.”

Kemudian Rasulullah meneruskan perjalanan pulang ke Mekah. Seperti biasa, Rasulullah akan membaca ayat-ayat suci al-Quran sepanjang perjalanan baginda.

Ketika Rasulullah melalui satu kawasan bernama Nakhlah, tedapat sekumpulan jin yang mendengar kalimah ayat al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah.

Mereka ialah jin yang menganut agama yang dibawa oleh Nabi Musa. Mereka mendengar ayat-ayat al-Quran yang dibaca oleh Rasulullah dengan teliti dan berdiam diri.

Kemudian mereka kembali kepada kaum mereka yang memberitahu tentang kenabian Rasulullah. Allah Taala ada menyatakan tentang kumpulan jin ini dengan firmanNya dalam surah al-Jinn:

“Katakanlah wahai Muhammad, telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah mendengar bacaan al-Quran, dengan itu mereka berkata, “Sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang menakjubkan. Al-Quran yang memberikan petunjuk kepada jalan yang benar, oleh itu kami beriman dengannya. Dan kami tidak akan sesekali mempersekutui Tuhan kami dengan seorang pun..”(Surah al-Jin: 1-2)”   

Apabila Rasulullah mahu memasuki kota Mekah, pihak Qurasiy telah menghalang baginda. Pihak Quraisy telah mengetahui pemergian Rasulullah ke Taif untuk mendapakan bantuan penduduk Taif. Pihak Quraisy begitu marah.

Setelah berbincang, mereka tetap enggan membenarkan Rasulullah memasuki Mekah.

Lalu Rasulullah mengutuskan seorang utusan menemui Mut’am bin ‘Adi untuk memberitahunya bahawa Rasulullah meminta perlindungan Mut’am untuk memasuki Mekah.

Mut’am yang sudah lama mengenali keperibadian Rasulullah bersetuju dengan permintaan itu. Walaupun Mut’am bukanlah orang Islam, namun Mut’am seorang yang baik hati dan selalu berbuat baik kepada orang-orang Islam. Mut’am juga dihormati oleh pihak Quraisy.

Lalu Mut’am bersama anak-anaknya seramai enam orang membawa senjata mereka lalu mengiringi Rasulullah memasuki Mekah. Mereka menuju ke Kaabah.

Pihak Quraisy yang melihat Rasulullah bersama-sama Mut’am bertanya kepada Mut’am: “Wahai Mut’am, kamu mengiringi Muhammad atau kamu memberi perlindungan kepadanya?” Mut’am menjawab: “Aku memberikan perlindungan kepadanya.” Pihak Quraisy menjawab: “Perlindungan yang kamu berikan ini tidak akan sia-sia.” Lalu Rasulullah dapat mengerjakan tawaf dengan selamat tanpa sekatan dan gangguan daripada pihak Quraisy.

till then, 
Love, 
Nurafeefa Bungsu

Sunday, April 14, 2013

Positive :)

Assalamualaikum w.b.t.
May peace be upon you dear blog reader :)

Aloha April.
Semoga semua orang berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dirahmati Allah selalu. Here in Wellington everything is fine. InshaAllah. :) biasalah hidup sebagai seorang yg bergelar pelajar mesti akan bergelumang dgn test, quiz, exam, assignment, homesickness, problems, tension, stress, friendship, relationship and banyak lagi perkataan-perkataan yang seangkatan dengannya. but still orang cakap life as a student is the best part of their life.

as a student, mungkin kita tak rasa kebenaran tu, tapi as time pass by mungkin kita akan sedar and we need to learn and appreciate setiap saat yang kita ada sebab bila dah kerja nnt tak boleh dah nak rewind masa kita study. enjoy dgn kawan2. spend time together. masak sama2 etc. nnt bila dah habes study semua akan sibuk dgn urusan masing2 and maybe only that time we will realise betapa bestnya zaman study tu. uni life.

Alhamdulillah for the chance ya Allah.

Just a short sharing. 
nak cakap pasal jadi positif. ya. jom jadi positif in everything we do so that we can live a happier life! :D
i have a friend yang sangat2 positif now and dia dah influece semua orang utk jadi positif. hehe. 

''Start with a decision to try. Be positive.stay positive. positive will tag along with you''


lets spread the positive vibes and make the world a better place :) lastly, nak share the power of 3 'S' to gain a happier life: sabar, syukur and sangka baik. inshaAllah.


SABAR untuk semua dugaan, cubaan dan cabaran sebab tak semua orang rasa apa yang kita rasa. tak semua orang faham apa yang kita buat. Tiada siapa yang memahami diri kita lebih dari diri kita sendiri. tapi percayalah kita ada Allah yang faham setiap gerak-geri dan apa yang terbuku dalam hati dan apa yang diluahkan melalui perkataan. Sabarlah walaupun seluruh dunia cuba menggugat kesabaranmu, kerana sesungguhnya orang yang sabar itu tak akan pernah rugi.


"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah:153]


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]


SYUKUR untuk semua rahmat, ujian dan musibah yang menimpa diri kita kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Kadang-kadang kita rasakan itu lebih baik, tapi kita dapat yang ini tapi percayalah ada orang yang tidak mendapat apa2. Jadi bersyukurlah kita utk semua. Bersyukurlah atas setiap nafas yg kita hidu, bersyukurlah diberikan kesempatan untuk hidup sehari lagi.


“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”(QS. 14:7)


SANGKA BAIK. Memang tak dinafikan kadang-kadang sukar untuk kita bersangka baik dgn semua benda yang berlaku kepada kita. Tapi percayalah dengan bersangka baik inshaAllah banyak masalah dapat diselesaikan. sangka baiklah dengan Allah, dengan keluarga, dengan rakan-rakan, guru-guru, masa dan even masa depan kita. sbb apa yang kita fikirkan itu adalah satu doa. kalau baik yang kita fikirkan maka baiklah hasilnya. semuanya bermula dgn menjadi positif :)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."
(Surah al-Hujurat, ayat 12)


Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.
Aku sentiasa bersama-samanya.
Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatiNya dalam diriKu.
Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai.
Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta.
Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dgn berlari
(HR Bukhari)


stay positive no matter what happen. look forward and never turn back. what your mind believe, your body can achieve :)


till then.

may Allah bless each and everyone of us.

Lots of love,

Nurafeefa Bungsu

Monday, March 25, 2013

oh hai!

Assalamualaikum wbt,
May Peace be upon you dear blog reader :)

Tanpa disedari, tiada post yg dibuat utk bulan February :(
tapiiii, i won't let march leave without any post.

So, Hello March! See you soon February!

*writer's block*

Till we meet again
May Allah bless us.
Nurafeefa Bungsu

Thursday, January 3, 2013

3.142 Contest

Assalamualaikum wbt.
May Peace be upon you dear blog readers (:

Tiba-tiba ada sudden urge untuk tulis blog malam ni after visiting CST page on FB.hee.
                                                        Credit: CST Official Homepage

Pernah dgr tak CST Production? Tak pernah?
Alaa CST Production yang selalu buat video-video artis kahwin tuu?(ehh, bukan setakat artis dan orang kenamaan, rakyat biasa kahwin pun diorang buatkan video jugak :P)
Tipulahh kalau tak pernah dgr. Cuba google atau YouTube, CST PRODUCTION mesti akan jumpa something that makes you wonder more about them.
Hmm.
Okay! kalau tak kenal jugak takpa, lemme explain more about CST and Project2pi in this post!hehe.

Bismillahirahmanirrahim.

Haa mai nak cerita sikit, CST Production ni dah lama dah buat photoshoot dan videografi utk semua jenis majlis. Tak kiralah majlis formal atau tak. CST ni lebih dikenali selepas beberapa orang figura-figura popular(baca: artis, penyanyi, pelakon) negara melantik team CST ni utk menjadi photographer professional untuk majlis perkahwinan mereka.

Nak dijadikan cerita kenapa post ni penting ialah kerana team CST Production ni dgn berbesar hati nak menghebahkan kepada masyarakat seluruh negara tentang perkhidmatan terbaru yang mereka tawarkan iaitu..

PROJECT2Pi!

Yeayy!*clapclap*



Haaa, Project2Pi ni bukanlah satu projek pembiakkan tupai-tupai seMalaysia, sebaliknya projek ini adalah satu projek kreatif yang diilhamkan oleh team-team photographer professional CST ini untuk mengubah corak industri perkahwinan di Malaysia. :)

Mereka menggunakan 2 pendekatan iaitu #liveupdate dan #instantsharing untuk memastikan majlis perkahwinan yang diadakan lebih meriah dan tetamu-tetamu yang tidak dapat hadir atas pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan dapat bersama-sama meraikan majlis walau dimana mereka berada. Rumah, kompleks membeli-belah atau luar negara? tidak lagi menjadi satu masalah untuk berkongsi kegembiraan :D

dengan adanya #liveupdate dari Project2Pi, gambar2 yang di snap oleh photographer professional akan diupdate dan diupload terus secara live ke profile Instagram, Twitter atau Facebook pengantin. Dengan cara ini, tak perlulah si pengantin terkejar kesana-kemari nak tangkap gambar hantaran, baju pengantin dan saat cemas akad nikah diri sendiri untuk diupdate di Twitter dan Instagram mereka. Haaaaa, mudahkan bila menggunakan Projek2Pi ni? ^_^

bukan saja ada #liveupdate, Project2Pi juga menawarkan perkhidmatan #instantsharing dimana semua gambar-gambar yang ditangkap dan telah di edit dari semua photographer mereka akan di share serta-merta selepas majlis tersebut tamat. Mudah dan menarikkan? Tak perlu tunggu lama-lama nak dapat filem dari cameraman pastu kena hantar kedai filem then nak cuci gambar. Ish leceh tuu. Zaman dah maju sekarangg. Kita guna Twitter, Instagram , Facebook dan Project2Pi #instantsharing! :D Pihak pengantin dan pelanggan boleh berkongsi kesemua gambar dgn menggunakan gajet2 mereka seperti Iphone, Ipad dgn rakan2 pada bila-bila masa!

Project2Pi ini juga menggunakan perkhidmatan dari Photobook untuk menyediakan album gambar mengikut kehendak pelanggan yang ingin mengabadikan gambar mereka di dalam sebuah album sebagai tanda kenangan hari bahagia mereka. Tiada lagi masalah :)

seriously menarik sangat Project2Pi niiii :D
tapi disini ada dua cadangan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Project2Pi :

1. Menawarkan perkhidmatan #livestreaming. Streaming secara langsung dalam bentuk video sesebuah majlis di internet untuk melengkapkan 2 lagi pendekatan iaitu #liveupdate dan #instantsharing.
2. Mempromosikan dengan lebih besar-besaran tentang Project2Pi di media massa dan sentiasa peka dengan peningkatan teknologi untuk memastikan hasil-hasil Project2Pi lebih berkualiti dan terkenal bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain :)

Tagline Project2Pi:
"Creative, fun and easy way to let your happiness spread!"

Okaylahh, dah banyak cerita ni. haa. kalau nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya Project2Pi ni bolehlah tgk video kat sini -Who is Project2Pi?

ataupun untuk maklumat lebih-lebih-lebih lanjut bolehla click dekat sini:
1)www.instagram.com/project2pi 
2)www.facebook.com/project2pi   
3)www.3142.project2pi.com

Yeayy. okay I'm done explaining about Project2Pi! So, kalau perlukan perkhidmatan fotografi dan videografi untuk sebarang majlis, kita tidak perlu risau lagi, Project2Pi sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti! InshaAllah.
"Creative, fun and easy way to let your happiness spread!"

May Allah Bless.
till then,

Me. (: