Hi! nak cerita sikit pasal mid sem plus easter holiday haritu. best jugaklah, kitaorg cuti 2 minggu and dlm masa 2 minggu tu bt macam2. seronok. Alhamdulillah diberikan peluang utk merasai nikmat kehidupan dan melihat keindahan alam yang subhanAllah cantik sgt! no words to describe.
Summary:
minggu first : kononnya nak siapkan assignment and kemas2 rumah tapi malangnya banyak pulak plan2 yang sukar utk ditolak. hehe. mula-mula petik apple kat Otaki, lepas tu kawan2 from Sunway , Solehah (baca:Chot), Soe, Memel dan 2 org kawan dtg dari Palmy ke Welly. Seronok jugaklah bawak diorg jalan2. happy sgt sebab dpt jumpa diorg. Kitaorg pergi Mt Victoria. Sumpah sgt osem pemandangan dari atas tu. InsyaAllah nnt nak pergi lagi tp malam pulak sbb org cakap kalau malam lagi lawa (^_^). banyak tempat jugaklah bawak diorg tour and memel nak sangat pergi Muzium Te Papa (walaupun dah penah pergi 2 kali tapi demi diorg sanggup pergi lagi. sweet tak? heee :D)
minggu kedua : adalah kemuncak/klimaks cuti mid sem yg sangat teramat sumpah osem! trip to rotorua dgn seniors and kawan2 from Palmerston North. Trip tu dari isnin smpai khamis. Dalam masa 4 hari, banyak yg berubah. Alhamdulillah. Alhamdulillah :) melalui trip ni banyak yg dapat dipelajari dan dipraktikkan. InsyaAllah. bukan sahaja dapat pergi tempat best2 macam Agrodome, AgroVenture,SkyLine, National Aquarium, Lake Taupo, Huka Fall,Wind Farm, Wai-o-Tapo thermal park and banyak lagilaah tapi ukhuwwah yg terbina tu lebih meninggalkan memori yg sweet as. Pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan oleh setiap seorang dari kami yg menyertai trip tu. and oh yes, masa kat Agrodome tu dapat jumpa sisters from Auckland jugak. :)) jumpa Ainul, Lex, Tasha, and Nadia. happy jugak and T_T. rinduuu. okay bai. teringat sunway suddenly. huhu~ tapi nak cakap kat sini, walaupun mungkin kami baru kenal tapi kat New Zealand ni kami dah jadi one big family dah. Kakak2 senior sgt baik melayan kerenah adik2 junior yg nakal(baca:comel) macam kami ni . HAHA! Syukur Alhamdulillah to be given a chance utk rasa kemanisan ukhuwwah sesama muslim and menghayati keindahan alam ciptaan Allah yg tiada bandingannya. trip ni jugak ak dpt tgk lembu dan kambing yg sangat banyak semasa perjalanan. dah macam bijan atas roti. sgt banyak dikiri dan kanan highway tu. hmm~ tak percya, percayalah !
okay dah tak mau cita banyak2 kalau nak rasa betapa bestnya New Zealand ni kena lah mai sini and rasa sendiri eh?:P and kalau nak tgk gambar2 bolehla click dekat link ni :
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.3827936500590.169337.1343138030&type=3
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.3710176876673.167190.1343138030&type=3
Syukur masih diberi rezeki olehNya. hmm.
meh nak share ayat ni :
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
sama-samalah kita ambil ibrah drpd cerita sushi dan nasi kandaq ni. hmm :) btw, ayat ni applicable utk semua urusan seharian kita jugak tau bukan sekadar untuk sushi dan nasi kandaq sahaja :P
hmm. tue jelah kot tatau nak bebel apa lagi. till then
xoxo
Nurafeefa Bungsu
Wellington, NZ
9.24pm



No comments:
Post a Comment