Sunday, November 27, 2011

Masterpiece #1


Salam :) 
Okay, sebenarnya tak tau apa yang ada dalam fikiran Fadhilah masa dia start tulis novel ni. But i'll try to continue with my own idea and imagination. 
Rindu Fadhilah. Al-Fatihah.

Go on and read it. Kalau nak komen pun boleh :) Masterpiece with no title yet :D

 Khairina melihat bangunan besar yang tersergam indah dihadapannya.
 'Wow, besarnya! Rasa tak sabar pulak nak mulakan hidup baru kat sini, aku kena banggakan mama dan papa!' Dia tersenyum sambil memikirkan impian dan cita-citanya untuk menjadi seorang akauntan berjaya dan mewarisi firma ayahnya, Encik Asmadi.
Dalam rasa seronok terselit juga perasaan takut, gementar, cuak dan macam-macam lagilah perasaan yang susah nak diungkapkan dengan perkataan.
'Rileks Airin,rileks...ini semua hanya sementara ja. Tak lama lagi okaylah tu" terngiang-ngiang ditelinga Airin suara Ilham yang menenangkannya pagi tadi.
"Airin, mama dan papa tak dapat teman kamu pergi daftar nanti, tapi mama dah mintak tolong Pak Man uruskan semuanya, Airin jangan risau ya hujung minggu nanti kami datang melawat kamu ya sayang" pujuk Puan Sarah
"Airin sayang, dengar cakap papa, kamu belajar rajin-rajin dan papa nak kamu yang warisi firma papa nanti. Kalau nak harapkan kakak kamu tu memang taklah. Dia tu bedah-bedah orang bolehla, abang2 kamu pulak mana minat bisnes, semua attached dengan robot" sambung papa.
 
Khairina tahu dialah harapan keluarganya kerana bukan sahaja dia seorang anak yang pintar, tetapi kerana hanya dia seorang sahaja antara abang-abang dan kakaknya yang mewarisi minat ayah dan mamanya. Wang.

Lamunannya terhenti. Pak Azman memberi isyarat dari dalam bangunan itu menandakan  segala urusan pendaftaran telah selesai dan dia sudah boleh mengeluarkan barang untuk dibawa ke asrama. Pak Man sudah lama berkhidmat dengan keluarganya semenjak mama dan papanya mendirikan rumah tangga lagi. Khairina sudah menganggap Pak Man sebagai salah seorang ahli keluarga rapatnya dan jika mama dan papa sibuk, Pak Manlah tempat dia bermanja dan mengadu.
'Huh? kenapa cepat sangat Pak Man?'
"Hish kamu ni Rin, Pak Man ni haa dah penat uruskan borang-borang kamu, dah naik bengkok tulang empat kerat Pak Man ni haa" Khairina menarik nafasnya lalu tersenyum.
"Yalah Pak Man, sepatutnya Rin sendiri yang uruskan pendaftaran tu, ini tak susahkan Pak Man saja. Rin dah besar, Rin kena belajar uruskan diri Rin sendiri sampai bila Rin nak harapkan Pak Man.."
"Rin, Pak Man tak kisah buat semua ni, Rin pun Pak Man dah anggap macam anak Pak Man sendiri. Pak Man sayangkan Rin, Yaya, Along, Angah dan Achik. Pak Man dah janji dengan arwah nenek dan atuk Rin dulu, selagi kudrat Pak Man masih ada, Pak Man akan berkhidmat untuk keluarga Rin seikhlas yang mungkin"

Khairina mengangguk, air matanya mengalir membasahi pipi gebunya. Berat hati untuk  melangkah keluar dari kereta. Dia sedar tempat baru ini pasti akan mengubahnya menjadi individu lain. Tempat yang akan mengubah Khairina menjadi lebih matang dan dewasa. Dia perlu kuat dan tabah.

“Aku dah ready, You can do it Airin” Khairina memotivasikan diri sendiri.

Dengan langkah berhati-hati dia keluar dari kereta, Khairina melambaikan tangan kepada pemandunya itu lalu menyorong begnya menuju ke arah asrama. Rasa cemburu menyelinap dalam diri Khairina apabila melihat keadaan disekeliling. Selalunya hari pendaftaran pelajar baru pasti pelajar-pelajar akan ditemani ibu dan ayah tapi mama dan papanya terpaksa ke London atas urusan perniagaan. Walau bagaimanapun, dia masih bersyukur kerana jarak rumah dan kolejnya agak dekat jadi tak perlulah dia membawa banyak barang seperti pelajar-pelajar lain lagipun papa dan mamanya berjanji akan melawat pada setiap hujung minggu.

 Di hujung bangunan berbumbung biru itu, Kharina  melihat sekumpulan pelajar berkumpul  disitu dan tanpa membuang masa Khairina pun menghayunkan kakinya ke sana.
"Oh..list kedudukan bilik..erm..aku duduk bilik mana ni?' Kharina mencelah-celah dalam kelompok pelajar tersebut. Tapi pelik pulak bila semua yang tengah semak senarai tu pelajar lelaki..
"Agaknya aku salah blok kot...adoyai.." Omel Khairina dalam hati.
"Hai cik adik.....cik adik nak cari bilik abangka?" perli salah seorang pelajar lelaki di situ.
"A'ahla abang saya tengah cari bilik abanglah ni..erm..mak saya suruh tanya mana blok perempuan eh?"
"Entahlah dik, abang pun baru masuk kolej ni, tak sempat nak belek peta, malam nanti adik tanya InsyaAllah abang boleh jawabkan...HAHAHAHA" 
"Apa kata adik manis tanya Pak Cik Guard kat depan tu" balas seorang budak lelaki yang berdiri bersebelahan Khairina.

Pipi Khairina sudah kemerah-merahan apabila ditertawakan sebegitu. Haish nak buat macam mana hari pertama dah kena perli. Nasib-nasib.
 
"Oh, kalau macam tu samalah kita, saya pun baru daftar hari ni. Nama saya Aisya Khairina. Terima Kasih banyak-banyak walaupun korang ni tak berapa membantu sangat" balas Khairina lalu beredar dari kesesakan kawasan tersebut. Sebaik sahaja Khairina menoleh kebelakang dia terlanggar sesuatu. Gedebuk!

"Eh, sorry!!! saya tak sengaja.." Buku-buku yang dipegang lelaki itu bertaburan di lantai. 

Khairina berasa serba salah. Alahai.... mamat ni baru first day bawak buku macam dah setahun belajar kat sini. Nerd betul. Bebel Kharina dalam hati sambil membantu lelaki tersebut mengutip buku di lantai. 
"Terima Kasih, tapi maaf awak tak diterima"
"Eh, apasal pulak? Sedangkan Nabi pun ampunkan umat ni kan awak yang entah sapa-sapa ni . Awak ni sapa? Ah, lantaklah malas nak layan, nak maafkan maafkanlah tak nak sudah! saya tak hairan" bentak Khairina yang sudah keletihan lalu menyorong beg ke arah Pak Cik Guard.
"Pak Cik, boleh tak Pak Cik tunjukkan saya arah ke asrama perempuan?'
"Boleh-boleh, tapi apa yang kecoh sangat tadi tu?"
'Entahlah pakcik, gila diorang tu! " Khairina menahan marah . Geram dengan pelajar lelaki tadi.

Pak Cik Guard tersebut pun membantu Khairina ke blok Sutera Mawar tanpa banyak bertanya. Keadaan di situ lebih sesak dari keadaan di blok Merah Saga tadi. Setelah mengetahui lokasi dorm, Khairina terus ke bilik untuk meletakkan barang dan berehat sebelum sesi suai kenal bermula petang nanti. Bilik Khairina berada di tingkat atas sekali berdekatan dengan bilik air.
"Masaklaahh aku nak panjat tangga hari-hari nanti..hmm.. mintak-mintaklah roommate aku tak sampai lagi. Senang sikit nak kemas barang..Bismillahirrahmannirrahim,Ya Allah permudahkanlah urusanku. Dia membuka pintu biliknya..
'Yes!Yes! takda sapa lagi"moodnya kembali tenang.
'Emm..boleh tahan besar bilik ni.3 single bed, 3 almari dan 3 meja blajar..cantik dah..tak payah nak berebut..haha..' Khairina rasa lega setelah melihat kondisi bilik asramanya..lupa sekejap peristiwa menyakitkan hati tadi. 

 Asrama yang baru dibina lebih kurang 2 tahun lepas masih dalam kondisi yang baik dan teratur. Perabot dan kemudahan asas yang disediakan juga memuaskan hati Khairina. Khairina menarik begnya dan diletakkan disebelah katilnya, lalu dia melabuhkan punggung di atas katil yang empuk. Dia memilih katil paling hujung berdekatan balkoni  supaya lebih selesa dan agak tersembunyi kerana dia sukakan privasi. Pemandangan dari balkoni juga amat menenangkan.

 “Mana pegi roommate aku ni?tak sampai lagi ker? Ah, lantak diorang la yang aku fikir kenapa?..baik aku kemas baju sekarang" 

Beg bajunya dipunggah dan segala isi beg disusun dengan kemas di dalam almari. Bantal busuk kesayangannya sejak darjah 5, diletakkan di atas katil dan segala barang makanan disimpan dipantri. Memang sudah tercatit dalam buku panduan, segala barang makanan pelajar perlu disimpan dipantri untuk tujuan keselamatan dan kebersihan oleh pihak kolej. Khairina pun akur dengan peraturan yang telah ditetapkan.  Sebaik melangkah keluar dari bilik, sebuah keluarga yang bercakap dengan loghat Kelantan pekat sampai didepan pintu.
Assalamualaikum...

-end of chapter 1-
28/11/2011 12.15am

No comments: