Assalamualaikum wbt :)
May be peace be upon you.
Salam musim peperiksaan! hehe. Dalam pada kita semua sibuk mengkaji dan mentelaah buku-buku ilmiah, jom take 5 and baca analogi pokok :) hee. tak panjang pun just nak share apa yg dpt masa tazkirah maghrib td :)
Surah Ibrahim ayat 23-27 (:
Bismillahirahmanirahim.
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal salih, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu.
Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.
Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapatkan pelajaran).
Dan bandingkan kalimah yang jahat-buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah terbongkas akar-akarnya dari muka bumi tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Sadaqallah hul azim.
hmm. nampak tak Allah ada bagi kat kita analogi pokok? mcm mana pokok boleh dijadikan pengajaran kepada manusia. kita sebagai manusia selalu saja melihat pokok dari sudut saintifik dan sering kali alpa dan gagal utk melihat dgn mata hati. klise~ pokok bekalkan oksigen, bagi buah kepada manusia~ sumber pendapatan pekebun, perlindungan masa hari hujan, tempat burung2 bersarang dan blablabla. tapi dalam surah Ibrahim Allah memberikan analogi berbeza tentang pokok; perumpamaan pokok dgn kalimah yg baik. hmm.
baca dan hayati makna surah tersebut dgn mata hati, :)
p/s: Pokok dan semua benda kat dunia ni tunduk dan patuh mengikut perintah Allah(sunnatullah), kita macam mana ya? Jom sama2 muhasabah diri dan berusaha menjadi pohon-pohon yg berakar kuat(iman) yang sentiasa mengeluarkan buah-buah(bermanfaat) dgn izin Allah s.wt. InsyaAllah.
uh nuu.. exam lagi 3 hari. doakan agar semua urusan kita dipermudahkan Allah :)
“Ya Allah tidak ada kemudahan selain apa yang Engkau jadikan mudah dan Engkau dapat menjadikan perkara sulit menjadi mudah jika Engkau kehendaki” (H.R Ibn Hibban dan sanadnya dihukum sahih bertepatan dengan syarat Muslim dalam kitab al-Silsilah al-Sahihah, No. 2886).
"Ya Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima."
"Ya Allah, manfaatkanlah untuk diriku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku dan ajarilah aku dengan apa yang bermanfaat bagiku dan limpahkanlah rezeki berupa ilmu yang bermanfaat bagiku. Tambahkanlah ilmu kepadaku. Segala puji bagi Allah dalam keadaan apapun dan aku berlindung kepada Allah dari keadaan penghuni neraka."
Amin Ya Rabbal A'alamin.
Semoga bermanfaat :)
Nurafeefa Bungsu

.jpg)
No comments:
Post a Comment