May Peace be upon you :)
Salam ramadhan al-mubarak!
1 Ramadhan.
First time sambut Ramadhan di bumi Kiwi. Semoga Ramadhan kita di isi dgn perkara-perkara bermanfaat dan ramadhan kali ini disambut dgn lebih bermakna walau dimana jua kita berada. Jom sama-sama perbaharui niat puasa kita hanya kerana Allah bukan sebab-sebab lain. InsyaAllah
*dalam dakapan ukhuwwah kita mengambil cinta dari langit dan menebarkannya di Bumi..
Dalam bulan yg mulia ni jom kita sama-sama berdoa. Doa apa? Doalah apa2 saja sebab pada bulan ni, doa-doa muslim yg berpuasa dgn penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah, InsyaAllah akan dimakbulkan :) xnak ka doa kita dimakbulkan? heeee :D dah tu apa tggu lagi??? jom! top up amal ibadah, recharge iman, upgrade takwa and cuba delete and uninstall semua dosa dan jahiliyyah-jahiliyyah kita. pastu kalau ada duit lebih, jom beli anti-virus "sedekah" utk better protection and investment. hee :D InsyaAllah. Semoga setiap usaha kita diredhai Allah dan bulan ini membawa 1001 rahmat kepada kita semua. Ramadhan kareeeem!
credit: hijabiz
"Demi masa! Sungguh, manusia itu berada dalam kerugian, melainkan orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
[103:1-3]
*Mungkin lebih baik kita berpisah sementara, sejenak sahaja,
menjadi kepompong dan menyendiri,
berdiri malam-malam, bersujud dalam-dalam,
bertafakkur bersama iman yang menerangi hati,
hingga tiba waktunya menjadi kupu-kupu yang terbang menari,
melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia.
Semoga suatu hari nanti kita bertemu dlm jalan yg diredhai
Di mana tujuan kita hanya pada yang satu, Allah s.w.t.
Percaya pada janji. Tiada yg lebih menepati janjinya melainkan Dia.
tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati,
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Jom perbaiki diri, kejar cintaNya. kejar redha illahi!
kerana..
*"Sungguh disyurga, menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencinta keranaNya" Semoga Allah memberikan segala yang terbaik untuk kita didunia dan dihari akhirat. InsyaAllah.
Allahuma Ameen :)
*petikan dari buku Dalam Dakapan Ukhuwwah karya Salim A. Fillah
Nurafeefa Bungsu


No comments:
Post a Comment