Friday, February 11, 2011

makanlah hati~


salam,
hidup umpama rollercoaster, mula2 merangkak, berdiri, berjalan lepastu berlari atau mungkin terbalik kaki ke atas kepala ke bawah. kdg2 kita perlu lompat halangan yg berada di depan. ikutlah nasib badan jugak kdg2 lepas kadang2 kita jatuh terduduk dan kadang2 mungkin kita jatuh tertiarap..argh..tragis2. tapi semua tu x penting. x kisahlah betapa teruknya atau seriusnya kita jatuh tapi bagaimana kita bangun semula untuk menghadapi segala macam cabaran dan dugaan dalam hidup yg serba mencabar ni. Seringkali kita lihat rollercoaster pun "close for maintance" inikan pula manusia yang sentiasa lalai dan leka, seringkali memerlukan santapan rohani untuk menilai dan muhasabah diri..manusia tidak akan sesat selagi mereka berpegang teguh kepada 2 perkara; Al-Quran dan Hadith. Jadikanlah Al-Quran sbg santapan yg dapat mengenyangkan hati kita dan mendekatkan diri kepada Pencipta. Insyallah :)
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” Al-Ankabut [Ayat 2-3]

Dan ingatlah Allah tidak akan menduga seseorang manusia itu lebih daripada kemampuannya. Allah itu Maha Mengetahui.
Sama-samalah kita berubah ke arah yg lebih baik :) tiada halangan untuk manusia yang paling kejam atau jahat di dunia ini untuk berubah. hidayah Allah itu boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yg dikehendakiNya ke jalan kebenaran. Semoga kita adalah salah seorg drpdnya. Insyallah.

Love,

Nurafeefa Bungsu

P/s: kdg2 rollercoaster pun ada yg jenis terjunam dalam air jugak ! hati2lah bila pilih nak naik rollercoaster yg mana eh.. pilih landasan yg selamat kalau rasa diri tu x berani. jgnlah nak try corkscrew kalau rasa diri x mampu. ukur baju dibadan sendiri :) sama-sama kita renungkan dan selamat beramal.
yay! nak gi genting isnin ni...x sabarrrrrr!! :DD

No comments: