Saturday, June 11, 2011

bercakap dengan cermin.

penatlah baca entry blog , status, link pasal cinta, kapel, kahwin harap maklum. x faham kenapa isu ini dihangatkan sgt. penatlah sangat penat. ada jodoh x kemana. jangankan sampai yg dikejar x dapat yg dikendong berciciran.

otw, memperbaiki diri. nak yg terbaik, harus jadi yg terbaik. tp matlamat utama balas pengorbanan ibu bapa. kejar kejayaan hidup dunia dan akhirat. :) kejar yop kejar.

kalau nak sesuatu usaha, doa dan tawakal. insyaAllah boleh punya. usaha tangga kejayaan. yg pasti jangan mudah putus asa jangan menyerah kalah. hidup tanpa ujian ibarat ais kacang xda ais.. dan takda kacang.

hidup kita, kita pilih, kita rancang tapi Allah yg tentukan baik buruk kesudahan. jangan menyesal atas setiap perkara yg telah berlaku. semua pasti ada hikmahnya. hikmah Allah itu luas dan sangatlah besar. jika dia kata jadi maka jadilah. kun fa ya kun. dia nak bg rezeki dia boleh bagi dalam keadaan yg tak dsangka-sangka. kalau dia nak tarik sekarang pun boleh.

perasaan cinta kasih dan sayang juga adalah kurniaanNya. syukur diberikan peluang utk rasa. tp biarkan dipendam saja kerana ia mungkin hanya bersifat sementara. kerana yg kekal hanyalah untukNya. bila tiba masa sampainya waktu. andai ada maka ada. biarlah ia kekal menjadi tanda tanya.

Aku bersyukur atas segala-galanya. Alhamdulillah.

Thursday, June 9, 2011

saad bin abi waqqas.


salam :)
it's sharing tyme!!..hehe. rasa cam nak share something dgn semua org. okay basically, kita sebagai manusia biasa banyak melakukan salah dan silap dalam pada kita sedar atau tak; ialah kan kita x sempurna..kadang2 kita buat silap dan salah dekat manusia dan seringkali segan nak minx maaf ataupun TERLALU BANYAK sangat kesalahan yang kita buat sampai tak tahu nak minx maaf kat sapa or mcm mana dan bila dan bagaimana..hmm..ini baru kesalahan kita dgn manusia. bagaimana pula kesalahan kita dgn Pencipta kita? Kalau nak kira banyak sangat dosa yang kita lakukan..even kalau kita FB or bt benda2 yang x berfaedah pun kdg2 dikira berdosa gak. So, apa yg ak nak cakap kat sini sebenarnya mudah...ni antara cerita yg dishare oleh kak Nadhiya Liyana..

Saad bin Abi Waqqas adalah seorang sahabat Nabi s.a.w yang dijamin masuk ke syurga..Pada suatu hari seorang lagi sahabat Nabi berasa sgt cemburu dan rasa ingin tahu kenapa Saad Bin Abi Waqqas ni telah djanjikan oleh Allah s.w.t utk masuk ke syurga. Lalu, sahabat baginda ni pun ke rumah Saad dan tinggal selama beberapa hari. Saad melayan tetamunya seperti biasa. Sahabat yg tinggal drumah Saad pun menyelidik atau memerhatikan tingkah laku Saad selama 3 hari tersebut dan tidak mengesan sebarang tanda2 atau keistimewaan ibadah yg dilakukan oleh Saad. Dia melihat Saad beribadah seperti biasa dan tak da apa2 yg special pun yg Saad lakukan. Jadi, dia bertambah curious lalu bertanya kepada Saad, apakah yg dilakukannya sehingga beliau dijamin masuk ke syurga oleh Allah sedangkan dia hanya melakukan amal2 ibadat biasa sahaja. Dan setelah selesai perbincangan maka didapati Saad Bin Abi Waqqas mempunyai tabiat memaafkan orang lain yang melakukan kesalahan kepadanya setiap malam sebelum tidur..


jadi, berdasarkan cita tu tadi banyak yang kita boleh ambil ikhtibar. First, amal ibadat tu penting tapi apa yg lebih penting dekat sini adalah KEIKHLASAN kita buat sesuatu amal ibadat tu. tak guna kalau kita solat 12 rakaat or 40 rakaat sekali pun tapi x ikhlas dan niat hanya utk menunjuk-nunjuk, x guna jugak (yes, mmgla dapat pahala..tapi...)..sbb apa yg Allah minx daripada kita is to be sincere dalam semua amalan yg kita bt..kedua, sebagai manusia yg seringkali khilaf dalam melakukan sesuatu perkara, hendaklah kita sentiasa bertaubat dan hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jangan sesekali putus asa dgn rahmat Allah. Ketiga, selalu amalkan sikap memaafkan dan memohon maaf kalau kita bt silap. jadikan Saad Bin Abi Waqqas sbg contoh..sbb once kita maafkan org lain hati kita pun tenang...dan last sekali, sentiasa berpesan-pesan dan igt mengingati antara satu sama lain utk mengerjakan kebaikan. "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat"

ermm..tu ja kot yg nak share. semoga kita semua dapat ambil ikhtibar daripada post ni dan sama2 berubah kepada yang lebih baik. Amin :)
p/s: buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan, sy budak baru belajar, kalau ada salah dan silap harap2 dimaafkan. semua yg baik dtg drpd Allah dan kalau ada salah dan silap tu berpunca drpd kelalaian dan kelemahan diri sendiri.
Thanks kak Nadhiya & Kak Salwa coz selalu mengingatkan kitaorg. May Allah bless you two, Us always :D
Love,
Nurafeefa Bungsu.
saya maafkan semua org yg buat salah dgn saya dan saya jugak berharap anda semua memaafkan semua kesalahan saya sama ada kesalahan yg sengaja atau x disengajakan..sma2lah kita saling maaf-memaafkan and make the world a better, happier and peaceful one! Feefa sayang mak & papa.

Saturday, June 4, 2011

exam-->BTN-->Penang-->Sunway?

salam semua :)
dah lama x update blogkan? rindu owh. hehe.erm dah masuk bulan 6. everything seems to be different now. exam pun dah lepas. housematess kesayangan pun dah abes mufy. and me? last sem to finish it off. AUSMAT yeay! susah mana pun ak kena wat yg terbaik. even though ak dah hancurkan paper akaun and almost semua paper sem 2 nieyh tapi for last sem ni ak akan cuba bt yg terbaik-eh bukan cuba tapi KENA buat yg terbaik. mulakan hidup baru..pastu x lama lagi akan pindah dekat monash residence. da xda dah bas no women no cry yg menyampah tu. tapi yg x bestnya no more makan2 kat banana lepas habes kelas menstresskan otak dan jiwa and no more Mydin.hukhukhuk..huhu tapi xpa..i've learnt a lot. hanya org yg cekal dan tabah akan berjaya- (BTN, kem KLIA, 2011)


ohyaa, nak cita nie..rite after exam hari tu dak2 sunway ausmat tajaan jpa kena pg BTN or birotatanegara yang mmg kena pg utk persediaan fly. tujuannya: brainwash.(org ckpla) tapi lepas ak pegi rasa macam okayla not bad. banyak jugak dapat info pasal negara sendiri yg kadang2 kita rasa cam x penting tapi bila pg btn ni banyak jugaklah belajar pasal Perlembagaan Negara and bersyukur sgt2 jadi rakyat Malaysia. Besides that apa yg lebih best lagi dapat kenal ramai sgt org- especially dak Kolej Mara Seremban and most of them bakal2 DR yg akan fly ke India september nnt :) and gambar kat atas tu me with my group yg semuanya dak KMS - kumpulan 5 -pemenang tempat ketiga persembahan lagu satu malaysia :)

sepanjang kem tu banyak gakla aktiviti yang kami buat. tp mostly indoor and banyak dgr ceramah pasal negara, hak2 warganegara and sebagainya. walaupun kem KLIA ni agak kecik tapi hati2 jurulatih2 dan fasililator sgt besar. kehadiran kami disambut dgn hati yg sgt terbuka dan ceria. walaupun jurulatih2 kebanyakan dah berusia dan mostly bekas2 askar tapi mereka layan kami dgn baik sekali. thanks to all - pak deli, pak sahlan, pak sham, and kak siti. mereka buat kami rasa sgt selesa dan selamat berada disana :) kepada faci2 yg baik2 semua abg zidane, kak jijah, abg yap, abg long dan ramai lagilah yg x tersebut namanya disini. thanks for making my BTN experience a good one ( x teruk yg mcm org cakap tu) thanks to sunway-mates yg gempak gak... :D-tgk gambar cukup.hehe


haa. makanan kat sana pun okayla boleh tahan. hari2 ada buah tu yg best tu. tembikai, honeydew, pisang, betik, orange. seronoklahh..pastu ada mcm2 kuih. first day tu mmg masin sikit tapi dimaafkan.hehe. facilities dia pun memuaskan. aktivity2 dia semua pun do-able. thanks jugak kat solehah sbb jadi roomate ak sepanjang 5 hari 4 malam kat btn tu. hehe. syang ko! kalau tanya ak: ak x nyesal pegi kem ni. sebb banyak yg ak dapat dr kem ni n banyak dpt kawan2 baru..hehe. dsamping kenal dgn kawan2 baru hubungan silaturahin dgn pelajar sunway pun dapat dieratkan.

erm rite now ada kat penang. lepas habes kem terus balik penang sebb mak bt kenduri arwah for mamuman, doa selamat for fadhilah and birthday mamuchik and hafiy. banyak present ben10 hafiy dpt. seronok and penat bila dapat balik penang. tapi apa2 pun bulan mei 2011 ni banyak meninggalkan kenangan manis dalam hidup. lupakan jap bab EE yg x berapa nak manis tu. biarkan ia menjadi yg pertama dan terakhir. sbb ak ada misi baru. life must go on yeah. ak x nak hampakan kedua ibu bapaku. i promise i'll do my very best okay. semoga setiap usaha akan dredhai Allah s.w.t. dan harap2 semua dapat kejayaan yg cemerlang. Amin.

Lots of Love
Nuraeefa Bungsu.
p/s: saya rasa sy dah jumpa apa yg saya cari. awak?