Saturday, June 11, 2011

bercakap dengan cermin.

penatlah baca entry blog , status, link pasal cinta, kapel, kahwin harap maklum. x faham kenapa isu ini dihangatkan sgt. penatlah sangat penat. ada jodoh x kemana. jangankan sampai yg dikejar x dapat yg dikendong berciciran.

otw, memperbaiki diri. nak yg terbaik, harus jadi yg terbaik. tp matlamat utama balas pengorbanan ibu bapa. kejar kejayaan hidup dunia dan akhirat. :) kejar yop kejar.

kalau nak sesuatu usaha, doa dan tawakal. insyaAllah boleh punya. usaha tangga kejayaan. yg pasti jangan mudah putus asa jangan menyerah kalah. hidup tanpa ujian ibarat ais kacang xda ais.. dan takda kacang.

hidup kita, kita pilih, kita rancang tapi Allah yg tentukan baik buruk kesudahan. jangan menyesal atas setiap perkara yg telah berlaku. semua pasti ada hikmahnya. hikmah Allah itu luas dan sangatlah besar. jika dia kata jadi maka jadilah. kun fa ya kun. dia nak bg rezeki dia boleh bagi dalam keadaan yg tak dsangka-sangka. kalau dia nak tarik sekarang pun boleh.

perasaan cinta kasih dan sayang juga adalah kurniaanNya. syukur diberikan peluang utk rasa. tp biarkan dipendam saja kerana ia mungkin hanya bersifat sementara. kerana yg kekal hanyalah untukNya. bila tiba masa sampainya waktu. andai ada maka ada. biarlah ia kekal menjadi tanda tanya.

Aku bersyukur atas segala-galanya. Alhamdulillah.

No comments: