Sunday, March 20, 2016

rezeki

Assalamualaikum wbt dear blog readers,
May peace be upon you :)




Finallyyy I am updating my blog. dah lama berkira-kira nak blog tapi tak berkesempatan.
Alhamdulillah dapat curi masa utk update blog yg dah berhabuk ni fuh..fuhhh..(tiup tiup habuk)


rezeki.


Apa ada pada rezeki?
Setiap hamba Allah sudah ditetapkan rezekinya sejak dahulu lagi. sejak dia masih berada dalam kandungan ibu. Soal rezeki, ajal, maut, takdir, jodoh dan sebagainya sudah ditentukanNya sejak azali lagi.


Apa lagi yg mahu kita berkira-kira?




atau masihkah kita meragui kehebatanNya?


*******************************************************************************




seringkali diri ini masih belum percaya, Dialah perencana terhebat.
seringkali bersangka-sangka yg Dia lupa, sedangkan Dia tuhan yg tidak pernah lupa,
seringkali diri ini terasa Dia tidak pernah mendengar, sedangkan dialah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.




terlalu banyak khilaf dalam diri ini.
kerana sering dibayangi indahnya nikmat dunia,
terlena dibuai rasa,
terkejar dgn keindahan dan nikmat sementara.


tuhan,
izinkan aku memohon keampunan atas segala dosa.
aku hanyalah hambaMu yg penuh dosa.


ampunilah aku, rahmatilah aku, berkatilah hidupku.
dan akhirkanlah kesudahan hidupku dgn pengakhiran terbaik.



kurniakanlah aku rezeki yg baik, ilmu yg bermanfaat
dan terimalah amalanku yang tak seberapa.


Sesungguhnya aku masih sedang mencuba.


mencuba utk menjadi hamba.
ikhlaskanlah diriku.
redhokanlah hatiku
kuatkanlah hatiku
aku terlalu ingin memperoleh cintaMu.


Cinta yg satu.


Janganlah Kau pesongkan hati ini setelah Engkau berikan petunjuk.




PadaMu aku memohon padaMu ku berharap.
syukur atas segalanya.


yang ikhlas,


HambaMu.


**********************************************************************************











No comments: