erm, tiba-tiba rasa mcm nak motivate diri sendiri, jadi ak pun cari2 diary yg ak bawa masa pergi SG hari tu. Masa SG tu ada satu slot yang dipanggil "Super Muslim Student" dan ak rasa slot tu memberi inspirasi dan berjaya memotivasikan diri ak yg agak down dikala itu. meh sini nak share, sbb sharing is caring. :
Slot tu disampaikan oleh Prof Dr Tengku Shahrom ataupun lebih dikenali sbg Dr T.
antara point2 dan pesanan2 yg sempat ak catat :
1) kita kena selalu ingat Allah is the one who decide, Dia yang tetapkan semua and He can easily take back what He gave to us
2) Make yourself special, feel that you are special and know that you are special.
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “ (At-Tin :4)
3) Bersyukur. Banyak benda yang Allah bagi kat kita kdg2 kita lupa utk bersyukur. kena selalu ingat semua rezeki dan nikmat yang Allah telah limpahkan.
4) The power of Human Mind and the Right Attitude. dengan dua benda ni you can get everything you want!
5) ****REASON OF LIVING****
- Target in few years time - First Class Degree in Bachelor of Commerce and Administration from VUW
- cari kerja yang elok dan balas jasa mak and papa
- *......* :P
- Pray and believe and it will happen! (you can do it! believe in yourself! You can!)
6) Make wise decision and focus! Fokus - apa matlamat hidup, apa yang kita nak apa tujuan kita dihidupkan didunia? hanya untuk menjadi buih-buih di lautan? #ohtidak!
Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu (Ad-Dzariyatt : 56)
Makanya, setiap apa yang kita lakukan, eg: mandi, makan study hendaklah dilakukan dengan niat kerana Allat Taala. InsyaAllah ia akn dikira sbg ibadah. :)
7) Amar Maaruf dan Nahi Mungkar. tinggalkan perkara yang Allah larang dan ikut dan laksanakan perintah Allah. Apabila nak buat kebaikan, buat sebanyak mungkin, keputusannaya; dosa atau pahala biar Allah yang tentukan. sebab Allah tak nilai kita berjaya atau tak at the end tpi dia akan nilai semua usaha yang kita dah lakukan untuk menjadi baik.
8) Hablum minallah, Hablum minannas. Jaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.
"Tidak sempurna iman seseorang diantara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." (h.r Bukhari dan Muslim)
9) Back to basic;
i) Professionalism - give our very best and be on of the best
ii) True understanding of Islam and be the best Muslim.
10) Percaya yang rezeki itu datang daripada Allah dan sentiasa sabar dlm melaksanakan sesuatu.
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At- Talaq : 2,3)
Haaa, tuelah serba sedikit nasihat dan ayat2 yg telah dikongsi oleh Dr T untuk menjadi super muslim student. Dia pun ada cakap sebagai pelajar tak kiralah kat mana kita belajar dalam or luar negara we must always remember that kita kena jadi yang terbaik "cream de la creme" dan jangan sia-siakan peluang yg telah diberikan (aduh, terasa ni!). InsyaAllah sama-samalah kita berusaha. Yosh!
Semalam pun jumpa sorang lagi yang memberi inspirasi, pakcik tuan punya kedai Burger Fresh dekat tgh2 town Wellington. dia ada kongsi kisah hidup dia. hmm, kalau nak tahu pasal dia kenalah dtg Wellington. hehe :P Just nak share apa pesanan dia untuk saya dan Farah, "you girls must dream and aim for the star, if you can't reach the star atleast you have made it through the sky and that is good enough! always dream big and try to achieve it! Do not limit yourself and try to take risk. (Ya Allah , pakcik ni semangat sungguh patutlah boleh successful macam ni *ak tercengang*) dan burger dia pun sedap!
Okay, maybe thats all for now, nntkan next post! hopefully dapat memberi sedikit sebanyak motivasi kepada pembaca sekalian.
p/s: masih dalam proses menjadi super muslim student juga! insyaAllah mesti boleh! *dream big*
Till then,
xoxo
Nurafeefa Bungsu



2 comments:
yup..always be grateful in life. :) chayok!
yup be grateful for everything in life.. :) all d best!
Post a Comment