Tuesday, April 7, 2009

Hidup..

hidup ini tidak selalunya indah..
kadangkala kita perlu akur kehendak qada' dan qadar..
siapalah kita untuk mempertikaikannya..
kita sebagai hambaNya hanya boleh berusaha..
namun begitu..
hidup perlu diteruskan..
hidup umpama roda kadang kala kita di atas dan kadang kala
kita di bawah...
yang penting kita tidak terlalu pantas menyerah kalah..
tidak wajar berputus asa..
jadikan sesuatu yang terjadi itu sebagai pengalaman..
kerana pengalaman akan mengajar kita erti kehidupan sebenar..
adalah lebih baik untuk kita melakukan kesilapan daripada berterusan mendiamkan diri..
kerana kesilapan akan mengajar kita tentang kebenaran..
tidak semua manusia di dunia ini sempurna..
masing-masing punya kelemahan sendiri..
kepada manusia-manusia sekalian..
janganlah terlalu takbur, angkuh, tamak...
dunia ini hanya sementara...
yang kekal hanyalah di akhirat sana..
hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan..
hanya manusia yang tabah dan cekal dapat mengharunginya..
hidup ini penuh dengan kepura-puraan..
manusia sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang mereka
impikan...
manusia sanggup menggunakan taktik kotor untuk memperoleh apa yang mereka ingini...
tapi bagiku..
hidup ini amat indah jika kita bijak dan sabar mengahadapinya...
kejahatan perlu dibalas dengan kebaikkan..
janganlah kita mengenepikan ilmu pengetahuan..
kerana ilmu pengetahuanlah teras kejayaan...
gagal sekali tidak bermakna kita gagal selamanya...
tetapi bagaimana tingginya kita bangun untuk mencapai kejayaan..

No comments: