Friday, January 28, 2011

oh hello :D


tadaa! nah kisses. xoxo :) thanks for visiting.
(ada org ckp chocolate hershey's ni coklat taik hehe!)

hello, opsss..assalamualaikum :D
finally dah sampai pun weekends..happy gila whoaa...penat tggu sehari demi sehari berlalu. minggu ni agak penat jugaklah sebab kelas psycho dah start..fuhh..balik lambat dgn semua hw, research segala. tapi still manageable lagilah syukur alhamdulillah :) tggal lagi 4 hari saja, x sabaq cheq nak balik Penang..jambatan pun dok tggu dgn penuh kesabaran. almost one monthlah ak x balik... :( xpa2 hidup perlukan pengorbanankan?

post kali ni nak cita pasal apa yg jadi whole week tapi x nak buat day by day sbb dah bosan dah nak buat perubahan skit, orang2 moden zaman sekarang ckp anjakan paradigma..HAHA. rasanya minggu ni xdak apa sangat yg berlaku. macam biasalah pergi kolej balik kolej. makan. tido. study. online. pyramid. abs. mydin. banana..blablabla.... okaylah tu kan kenala bersyukur. lagipun JPA hantar ak kat sini bukan untuk main2 tapi untuk study. tp dah alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. hehe..ada duit lebih tu kita kenalah guna dgn berfaedahkan? hmm..berfaedahka? hahahaha...

ckp pasal duit, semalam ak dah beli buku psycho yg mahal tu RM164.50. mmg jodoh buku tu dgn ak, jadi ak pun menerima dia dgn hati terbuka walaupun mahal. buku tu lawa, colourful mmg menariklah. alkisahnya, mula2 nak beli buku econs yang RM205 tu tapi dah habes pulak.(Alhamdulillah jimat skit duit ak..haha.. rasanya buku tu nnt fotostat sajalah). pastu jadual waktu plak..haiyak, kelas semua dah ubah tempat. kelas besar ke kelas kecik. hishh. tapi xpalah janji cukup untuk semua org duduk dan ada meja kerusi yang selesa..x penting pun saiz kelas yang penting ialah kita sendiri nak belajar atau x. Insyallah, ak akan belajar bersungguh-sungguh.

masa hari isnin atau selasa tu kot, rasa nak pergi sgt Popular nak beli buku pastu habes2 kelas terus pergi pyramid serbu popular then aku pun beli dua buku best! akulah cinderella<----novel cinta..hehe dah lama x layan novel jiwang.... dgn satu lagi buku yang tajuknya dirahsiakan..haha..mengada gila..xdalah, tajuk dia bekalan untuk penuntut ilmu. bestlah, sgt sesuai untuk student mcm aku ni.hihi. lepas tu hari rabu kot x silap balik lambat.. penatnya, x dapat digambarkan. tapi biasalah student life.. penuh liku2 dan onak duri. sabar jelah. setiap kesusahan pasti ada hikmahnya.

ckap pasal shopping pulak, ak bukanlah extreme sangat bab shopping2 ni tapi bila dah nampak tanda harga SALE sana SALE sini..naik rambang mata pulak..cuba menahan nafsu tapi...hmm..manusiakan xdak yang sempurna..akhirnya, ak TERBELI jugak 2 helai t-shirt yang sangat cute..kalau ak pakai lagi cute ngehngeh.
dan sebelum ak terlupa, nak ckap gong xi fa chai dekat semua kawan2 yang menyambutnya. Nak Angpau!! hehe..nnt balik penang harap2 dapat angpau dr auntie rumah sebelah..ceh, ada hati dah tua bangka pun nak angpau.. :DD

cakap pasal hati plak, semalam ada perjumpaan dgn kakak2 Ausis kat rumah nerah dan sarah. mmglah kita sebagai manusia yang sering alpa, lalai dan leka ni kena selalu membersihkan hati kita. janganlah kita seringkali mudah tergoda dgn godaan syaitan. dalam pada kita melaksanakan tanggungjawab sbg pelajar, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim tidak harus diabaikan. betul ckp kak salwa, pada masa2 macam nilah pentingnya sahabat. sebab sahabat yang baik akan sering mengingatkan kita untuk melakukan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Insyallah.

haa..hari ni sgt seronok sebab dapat makan popeye dan tutti frutti. tapi kesian sarah sbb dia nak beli kasut mcm aku tu. Everlast tapi xdk saiz pulak..xdak rezeki kot. tapi atleast kitaorg enjoy lepak kat pyramid tu..lepas tu td ak beli sabun mandi baru kat watsons. sangat harum baunya..ni yg bt ak nak mandi banyak kali ni..hehehe..haa, assignment pun banyak, nak kena study lagi..haishh. jadi lepas beli sabun, ak dan sarah menunggu rapid.keadaan jalan raya yg sibuk dan sesak menyebabkan ak teringat dekat hazman dan adam
yang terlibat kemalangan kecil td pagi. kesian diorang..luka2 sikit. tapi nasib baik x serius. moral of the story, boncenglah motosikal dgn berhati-hati..tapi semuanya dah ditentukan takdir..terimalah qada' dan qadar ya. okaylah, saya pun dah selamat sampai casa naik rapid. dalam rapid pulak jumpa nabila dan hasbi ...sekarang sy otw nak habeskan post ni pun..n dinner time !

harap2 masih dberikan peluang oleh Allah untuk memblog lagi. Insyallah. rezeki, ajal, maut dtangan tuhan. kita sebagai hambaNya yang lemah hendaklah sentiasa berdoa untuk mendapatkan yang terbaik. Insyallah.

Ya Allah, bukakanlah kepada kami hikmahMu dan limpahkanlah kami dengan khazanahMu kerana engkaulah tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


okay, sampai disini saja coretan untuk kali ni. semoga berjumpa lagi~ have a great weekend!
♥ ,
Nurafeefa Bungsu :)


Friday, January 21, 2011

kisah satu minggu yg melampau~


nah, saya bagi lolipop!hehe.thanks for visiting :)
salam.
wahaha..tajuk klise yg amat. ntah papa tah.tapi memang tulah tajuk yang paling sesuai untuk post kali ni. (harap2 post ni x panjang sangat dan x meleret-leret.) hmm..mula-mula nak cakap yang saya ni bukanlah seorang mind reader tapi kdg2 saya boleh baca apa yang ada dalam otak orang.mungkin tu kelebihan yang Allah bagi kat saya. Alhamdulillah. tpkan kdg2 apa yg saya baca pun bukannya betul sangat..heheh! dah mula dah merapu-raban saya ni..k k k..kita mula dgn peristiwa yang berlaku sepanjang minggu ni..

isnin..
isnin lepas semua budak Ausmat kena buat sesi orientasi. berkenalan dgn bdak2 january intake. mmg bestla kitaorg main game mcm2..mmg happening. bdak july intake macam ak kena tlg lecturer supaya orientation tu berjalan smoothly, adeh..dan ak mengambil keputusan untuk membantu Mr. Varun! <---lecturer yg agak ensem tu..ngehngeh. alkisahnya kitaorg kena tlg untuk game human knot dgn one dot game. bestla. hari tu berakhir dgn senyuman sbb semua class dibatalkan. :)(dalam situasi keadaan kewangan yg dalam darurat pun ak sempat lagi tambah satu koleksi baju, beli masa otw balik kat pyramid..suka..suka)

selasa..
lepas isnin mestilah hari selasa kan xkan rabu pulak. alahai, lambatnya nak hari sabtu.hehe.tulah yg bermain diminda ak. kelas berjalan seperti biasa. pastu masuk kelas eald register subjek dan ak mula2 dilema gak sbb kena finalize subjek yg ak nak pastu pei jin, yi hui plak pergi tukar kelas Eald. skrg tggal ak, acap ngan ihsan ja dak JPA dlm EALD 11. ah, lantaklah ada aku kisah? ak nak belajar, yg lain2 semua x penting..kitaorg kena form group utk forum. Alhamdulillah walaupun mula2 ada masalah skit nak wat group tp last2 settle gak. akhirnya, kami bersepakat buat tajuk Should History be a compulsory subject to pass in SPM. thanks to ooi sbb sudi join kitaorg :)

rabu..
ho yeahhh! esok cuti. tu jalah yg ak fk. okay class akaun cancel. miss tamyne dh bgtaw awal2 dan dia pun dah bekalkan hw/assignment for our class dan ak pun dah siapkan. pastu masuk kelas econ. oh no! group work lagi. adeh. ingatkan second sem dah xda presentation suma dah. mangkoklarrr..tp xpa, lek lu..haha. dapat group ngan hazman, siong lung ngan amirul. tajuk ASEAN..xda discuss apa2 pun, research2 kat library pastu dah. mirul ckp dia nak bt slides. finelah. pastu balik..seronok.seronok sbb esok cuti yeah! thaipusam!!(happy sgt mcm aku plak yg sambut thaipusam tu)

khamis..
(please refer to my previous post- cerita hati~ (di pagi thaipusam). ) haha..ptg tu pg tgk cita khurafat. xdalah seram mana pun. tp still ak ni penakut jadi tutup muka jalah. HAHA. malam baca buku sket2 dan tido.

jumaat..today..
hmmm..-__-'' mulakan hari anda dgn senyuman ye adik2..tet! ntah papa la ak nieyh. okay pg td naik bas sembang ngan ainaa..best jugak sbb xpernah dapat chance sembang ngan dia.ak rasa ainaa ni lawa..mungkin sbb mata dia kot, dia pun ceritalah mcm2..seronok2 dapat kenal dgn dia. pastu p atm. oh my godd!! elaun sudah masuk sihhhh!! ice skating! ice skating! ice skating! haha..ak akan pergi gak one fine day..hehe.pastu kelas econs <---sedih gak ar sbb presentation x okay sgt. tp xpa bleh cuba lagi. there is always a second chance. salah ak gak x tolong. eh, eh, ak dah offer nak bg pertolongan tapi mungkin manusia ni kan ada ego masing2..haih.xpalah benda dah jadi. malas nak komen mcm2. ak pun ego jugak. kenalah belajar terima kelemahan diri dan org lain ya. lesson of the day,

''Avoid having your ego so close to your position that when your position falls, your ego goes with it ''

kadang-kadang kita memerlukan org lain utk membantu kita jugak.xyahlah nak ego-ego sgt. lepas habis kelas econs, pergi pyramid mkan kfc ngan sarah. then balik lerrr.. n now i'm infront of my lappie typing this post. enjoy reading! :D till then, wish all dear blog reader a wonderful week ahead!
Love,
Nurafeefa Bungsu.

Wednesday, January 19, 2011

cerita hati ~ (di pagi Thaipusam)

''Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.''

salam:)
hari ni saya cuti jadi berkesempatanlah nak tulis2, lakar2 idea kat blog ni..hehe. sbb apa saya cuti? oh, hari adalah hari Thaipusam. kat Malaysia nikan banyak festival yg diraikan sbb rakyat negara ni berbilang kaum. jadi bertuahlah cuti pun banyak..weehoo. oh seronoknya sbb mggu ni hanya pergi kolej 4 hari saja :D semakin hari saya semakin seronok pergi kolej..saya rasa lebih bersemangat nak belajar..terima kasih Ya Allah.

nak bt summary for this week pun mcm x best ja sbb belum sampai hujung minggu lagi. Jadi, kita bt post biasa2 ja lah..hehe..semalam saya sempat bertanyakan pasal thaipusam ni kepada dua org rakan saya Shantini dan Jeya. mereka ckp masa thaipusam nilah org yg bernazar akan menunaikan nazar mereka. Org India ada banyak tuhan jadi pada hari Thaipusam ni mereka akan beribadat pada satu tuhan yg spesifik.(x ingat plak apa namanya) macam orang Islam jugaklah kalau bernazar kenala tunaikan kalau hajat tu dah tercapai..tp lain agama ada lain cara utk meraikan sesuatu perayaan...sbg org Islam kita hanya beribadat kepada tuhan Yang Maha Esa.

sbb terlalu asyik sembang pasal thaipusam, kami bertiga tertinggal bas..duhh, jadi pg2 dah kena merentas desa pergi summit then lintas jalan yang sibuk pastu kejar bus. Fuhh..nasib baiklah jalan tu jam..sempat jugaklah kami bertiga kejar bas yg hanya ada sorang penumpang saja!! haihhhh.. Hasbi! apa la pakcik bas tu...atleast tggula sekejap sampai ada 10 org minimum xda ar membazir petrol ja..haihh..lagipun masa kami sampai kat bawah pun baru 8.43pg..awal lagi kot..

okay, xpalah dah nasib x sempat kejar bas tu. ada hikmahnya..nasib baik jugaklah semalam pakai kasut kalau x mmg sakitlah kaki..hehe. Allah dan tetapkan yang terbaik untuk kita jadi redha, tabah dan sabar ya :) bersyukur gak sbb sempat naik bas dan x payah bayar duit utk naik rapid pergi sunway pyramid dan jalan sampai kolej..

wah, banyak assignment utk kelas semalam. maths(tapi ak dah siapkan) Yay! and econs plak group work. kena bincang pasal ASEAN. okay ja sbb dah bt research dekat library tggal2 baca ja utk lebih faham. atleast okaylah because i'm not presenting. but i'm helping out with the researching of course. harap2 everything will be fine..lepas siapkan maths ak pun keluar makan ngan housemates semua..lepak2.hehe..yalahkan xkan nak study 24/7 kot..kenala rehatkan minda jugak. and first tyme pergi mydin tanpa beli apa2 barang. Yes, saya berjaya menahan nafsu. :D

saya perasan tapi xtaw kalau org lain perasan jugak..haha. tapi saya lebih selesa mendiamkan diri. mcm xda apa2 terjadi. biarlah segala-galanya ditentukan olehNya yg Maha Berkuasa kerana hanya dia sahaja yang menetapkan segala-galanya. Apabila dia mengkehendakan sesuatu untuk terjadi maka jadilah. Saya terima segala ketentuanNya.
"jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

hmm, janganlah sesekali kita berputus asa dengan rahmat Allah kerana Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa," (Al-Hajj :22)

klah gtg,

nnt saya free dan rasa bosan lagi saya update blog saya yg cun ni eh..hehe..
Love,
Nurafeefa Bungsu :)