
salam :)
it's sharing tyme!!..hehe. rasa cam nak share something dgn semua org. okay basically, kita sebagai manusia biasa banyak melakukan salah dan silap dalam pada kita sedar atau tak; ialah kan kita x sempurna..kadang2 kita buat silap dan salah dekat manusia dan seringkali segan nak minx maaf ataupun TERLALU BANYAK sangat kesalahan yang kita buat sampai tak tahu nak minx maaf kat sapa or mcm mana dan bila dan bagaimana..hmm..ini baru kesalahan kita dgn manusia. bagaimana pula kesalahan kita dgn Pencipta kita? Kalau nak kira banyak sangat dosa yang kita lakukan..even kalau kita FB or bt benda2 yang x berfaedah pun kdg2 dikira berdosa gak. So, apa yg ak nak cakap kat sini sebenarnya mudah...ni antara cerita yg dishare oleh kak Nadhiya Liyana..
Saad bin Abi Waqqas adalah seorang sahabat Nabi s.a.w yang dijamin masuk ke syurga..Pada suatu hari seorang lagi sahabat Nabi berasa sgt cemburu dan rasa ingin tahu kenapa Saad Bin Abi Waqqas ni telah djanjikan oleh Allah s.w.t utk masuk ke syurga. Lalu, sahabat baginda ni pun ke rumah Saad dan tinggal selama beberapa hari. Saad melayan tetamunya seperti biasa. Sahabat yg tinggal drumah Saad pun menyelidik atau memerhatikan tingkah laku Saad selama 3 hari tersebut dan tidak mengesan sebarang tanda2 atau keistimewaan ibadah yg dilakukan oleh Saad. Dia melihat Saad beribadah seperti biasa dan tak da apa2 yg special pun yg Saad lakukan. Jadi, dia bertambah curious lalu bertanya kepada Saad, apakah yg dilakukannya sehingga beliau dijamin masuk ke syurga oleh Allah sedangkan dia hanya melakukan amal2 ibadat biasa sahaja. Dan setelah selesai perbincangan maka didapati Saad Bin Abi Waqqas mempunyai tabiat memaafkan orang lain yang melakukan kesalahan kepadanya setiap malam sebelum tidur..
jadi, berdasarkan cita tu tadi banyak yang kita boleh ambil ikhtibar. First, amal ibadat tu penting tapi apa yg lebih penting dekat sini adalah KEIKHLASAN kita buat sesuatu amal ibadat tu. tak guna kalau kita solat 12 rakaat or 40 rakaat sekali pun tapi x ikhlas dan niat hanya utk menunjuk-nunjuk, x guna jugak (yes, mmgla dapat pahala..tapi...)..sbb apa yg Allah minx daripada kita is to be sincere dalam semua amalan yg kita bt..kedua, sebagai manusia yg seringkali khilaf dalam melakukan sesuatu perkara, hendaklah kita sentiasa bertaubat dan hanya pada Allah tempat kita bergantung. Jangan sesekali putus asa dgn rahmat Allah. Ketiga, selalu amalkan sikap memaafkan dan memohon maaf kalau kita bt silap. jadikan Saad Bin Abi Waqqas sbg contoh..sbb once kita maafkan org lain hati kita pun tenang...dan last sekali, sentiasa berpesan-pesan dan igt mengingati antara satu sama lain utk mengerjakan kebaikan. "Sampaikanlah walaupun sepotong ayat"
ermm..tu ja kot yg nak share. semoga kita semua dapat ambil ikhtibar daripada post ni dan sama2 berubah kepada yang lebih baik. Amin :)
p/s: buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan, sy budak baru belajar, kalau ada salah dan silap harap2 dimaafkan. semua yg baik dtg drpd Allah dan kalau ada salah dan silap tu berpunca drpd kelalaian dan kelemahan diri sendiri.
Thanks kak Nadhiya & Kak Salwa coz selalu mengingatkan kitaorg. May Allah bless you two, Us always :D
Love,
Nurafeefa Bungsu.
saya maafkan semua org yg buat salah dgn saya dan saya jugak berharap anda semua memaafkan semua kesalahan saya sama ada kesalahan yg sengaja atau x disengajakan..sma2lah kita saling maaf-memaafkan and make the world a better, happier and peaceful one! Feefa sayang mak & papa.

AUSMAT NZ BOUND FAMILY



